Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 23 Disember 2014

Kembara Bumi Sabah Day 3 : Ladang Teh Sabah, Ranau

Assalamualaikum,

Masih lagi bercerita tentang kembara kami di Sabah. Terima kasih kerana sudi membacanya. Aku coretkan di sini khas buat tatapan anak-anak bila dah besar nanti dan juga pada sesiapa yang berniat untuk menjejakkan kaki di sana, bolehlah baca sedikit catatan di sini.

Pagi hari ke 3 kami bangun awal pagi lagi. Di sini subuhnya awal jadi memang kena bangun awallah kan. Di chalet yang kami sewa memang disediakan sarapan untuk 4 orang kerana kami menyewa bilik famili. Nanti aku kongsikan entri penginapan kami di Kundasang selama 2 malam. Tempatnya biasa-biasa sahaja tapi sangat mendamaikan dan very close to nature!

Selepas solat subuh, aku dan suami bersama Aaliyah keluar jalan-jalan kaki menikmati udara segar pagi di kawasan chalet kami tinggal. Anak-anak yang lain masih enak tidur lagi. Merasalah seperti pengantin baru sekejap :) Kemudian kami ke tempat makan untuk sarapan. Seawal 7.30 pagi sudah boleh bersarapan. Menu pilihan tidaklah sehebat hotel lima bintang pun; hanya telur dadar, sosej dan baked beans. Kemudian ada roti bakar dan pilihan air kopi atau teh. Cuaca sejuk-sejuk memang bestlah makan macam ni! Kemudian kami ke Pekan Kundasang sekejap untuk sesi ambil gambar. Hari ini bolehlah tunjuk kat en suami yang puncak Kinabalu sudah nampak depan mata. Subhanallah cantik yang amat!




Anak-anak memang tak mandi lagi masa ni sebab sejuk. Mama? Ehem ehem teka lah :P


Eh sukalah pula tengok gambar ni Haziq pegang tangan papa dia. Dah besar dah anak bujang aku, sepatutnya makin besar kena makin rapat dengan papa tau. Alhamdulillah percutian ini banyak merapatkan kami (walau banyak kali bergaduh on small matters like eh mama dah bawaklah kenapa takde atau eh anak sorang lagi kat mana? Awaklah sibuk sangat tengok henset tapi syukur sangat-sangat bila lihat balik gambar-gambar ini, memori indah tetap tercipta)


Aaliyah pagi-pagi lagi mama dah bawa menikmati pemandangan alam. Minah ni ok je selagi ada mama bersama (read : kantung susu)


Cantik pemandangan pagi macam ni. Berangan juga nak tinggal di sini tapi bila fikir-fikir tak nak lah :P


Gambar ini diambil dari kereta menuju ke chalet kami semula


Inilah tempat yang kami tinggal di Kundasang iaitu di Mile 36 Lodge. En suami tempah melalui Agoda.com juga

Selepas balik ke bilik, kami bersiap-siap pula untuk keluar. Mengikut perancangan kami mahu ke ladang teh dan sungai tempat bermain ikan kelah. Mula-mula tu gunakan wayze untuk cari ladang teh Sabah sekali dia hantar pi Kampung Makmor daaaaa..Cet! Tak boleh percaya juga si abang Wayze ni. Nasib baiklah orang-orang Sabah ni peramah jadi singgah Petronas isi minyak dan bertanyakan arah. Ooo Rupa-rupanya jauh sedikit dari Poring Hot Spring. Kalau dari Kundasang, jika mahu ke Poring ke kiri tapi jalan untuk ke ladang teh adalah ke kanan sepanjang 7km kalau tak silap kiraan aku :P


Melewati gerai-gerai sayur sepanjang jalan Kundasang. Biasa lah, jalannya agak curam dan mendaki juga


Kat bawah sana ada pemandangan kebun sayur tapi tak berani lah nak berhenti ambil gambar sebab aku ni gayat sket :P


Sepanjang jalan memang susah nak jumpa papan tanda Ladang Teh Sabah ni, tapi kalau selagi belum berjumpa dengan Poring Hot Spring maksudnya masih jauh lagi. Bila dah lepas Poring silalah "alert" ya. Mula-mula masuk ada macam pondok jaga dan kena melintasi jambatan kayu ini. Pendakian agak mencabar juga sebab nak kena lalui jalan yang berbatu-batu. Sepanjang naik aku tarik je napas tu sebab tak nak kereta berat. HAHAHA


Sepanjang jalan mendaki menuju puncak! Cuaca agak panaslah juga di sini ya





Iya, di sini namanya Ladang Teh Nalapak. Tidaklah sebesar BOH Plantations tapi cukuplah untuk edaran di Sabah dan kawasan sekitarnya. Rata-rata kedai makanan di sini menggunakan produk teh Sabah aje. Rasa teh Sabah ini kelat-kelat sedikit tapi yang bagusnya tanpa bahan pengawet tau. Di cafe nya aje ada pelbagai jenis rasa teh Sabah untuk dicuba dan kat sini aku beli teh sebagai ole-ole untuk keluarga dan teman-teman juga.



Gambar keluarga sebagai tanda dah sampai di sini tapi selalunya tak pernah cukup korum sebab kami takde monopod dan tak reti nak berselfie bagai :P




Cuaca memang panas. Tengoklah langit yang membiru itu. Memang cantik! Tapi tak berpeluang pula masuk ke dalam ladang untuk bergambar. Maklumlah jalannya agak curam sedikit dan tak sesuai untuk kanak-kanak. Aku nak masuk dengan Haziq bergambar pun tak boleh sebab si kenit Azzam nak ikut sama.




Sebenarnya ada lawatan yang kita boleh ambil untuk masuk ke kilang tapi rasanya tiada siapa pun yang ambil memandangkan harga sangat mahal (bagi aku yang kedekut iniler). Kalau tak silap dalam RM20 seorang (maaf lupa sebab tak ambil gambar)


Kat dalam bangunan ini lah teh dihasilkan. Kami hanya tengok dari kejauhan sahaja sebab tak ambil pakej masuk ke dalam bangunan

Layankan aje lah gambar-gambar budak-budak yang tak pernah sampai ke ladang teh di bawah ini :





Best friend betullah dalam gambar ni, padahal!!!!! Pantang duduk berdua mesti nak bergaduh







Kami duduk juga di restoran mereka dan minum teh sekejap. Lepas tu sambung perjalanan ke Sungai Moroli bersebelahan aje dengan ladang teh ni. Keluar aje dari Ladang Teh terus ke kiri ada tempat peranginan Sungai Moroli. Nantikan entri seterusnya ya!

Terima kasih kerana sudi membacanya. Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bolehlah singgah blog ini pula (Panduan Bekerja Dari Rumah Online & Offline).


3 ulasan:

sn farhana berkata...

Bestnya g sabah.. bler la dpt pegi lg..

Nour Leeman berkata...

Salam kenal dear..
Nice jugak ladang tea ni..nak tengok entri kundasang tu..sbb teringin nk pgi new zealand mlaysia..hehe

sakinah (SMS) berkata...

Bestnya..Nanti, boleh pergi lah dengan family.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^