Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 5 Julai 2010

Boleh Potong List^__^

Ingat tak entri mengada-ngada koyal yang ini. Well, Alhamdulillah tercapai juga hasrat Zaila untuk beli sebahagian barang-barang tu. So dah bolehlah potong list kan;DZaila kan nak frame gambar untuk gantung kat dining hall. Dah dapat pon;) Beli dari Ikea, Ribba Frame RM39/pc & gambar kat dalam tu pon beli kat Ikea juga. Actually gambar tu ada 3 semuanya (Trilling poster RM39/3 pcs) tapi dek kerana takut tak muat nak sangkut semuanya, Zaila just beli 2 je dulu & rasanya tak perlu 3 frame kot.
Sofa baru memang tak boleh beli lagi kena tunggu sofa lama roboh dululah nampak gayanya so just beli kain buat cover sofa tu supaya takderlah nampak kesan-kesan muntah anak-anak kotoran yang ada. Polarvide from Ikea (Harga RM29.90)
Pastu cermin besar untuk ruang tamu. At first tu ada berkenan cermin di Ikea, harga pon boleh tahan dengan kecantikan cermin tu *cermin cantik ke??* tapi bila dah nak beli tu baru terfikir, mana nak muat dengan kereta cabuk kami ni so terpaksalah tinggalkan troli cermin tu & buat-buat lupa nak bayar..Last-last, beli kat area rumah aje & harganya lebih kurang je ngan Ikea tu cuma kurang cantik sket ah *ahaks*
bunga hidup segar untuk menghiasi dapur & meja makan. Ivy Plant from Ikea (RM1.90) & Kardemumma Plant Pot (RM4.90)
Bamboo Plant (RM4.90). Hubby cakap tak lama pasni bolehlah minum air kelapa *pasal dia ingat ni pokok kelapa* LOL

Fakta diri : Zaila letak harga barangan yang Zaila beli ni bukan apa, untuk rujukan kawan-kawan semua yang berkenan / berhajat untuk mendeko-deko rumah kawan-kawan semua;) Mana tahu lepas ni terus serbu Ikea ke. Owh by the way, Ikea is having their sale start on this Thursday sampailah 1st August. More detail here. kalau tahu awal-awal, mak tak g Ikea lagi

Apa-apa pon, nak tunggu gaji next month pula sebelum boleh potong list yang lain;D

2 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

kalau ada pokok ke bunga hidup dalam rumah ni best kan.. rasa linked with the nature... cantik pun cantik..
:)

Tanpa Nama berkata...

suka la ngan pokok ivy ...kat ikea harga dia memang 1.90 ker...murah giler..serbu ikea beli 10 pasu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^