Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 18 Jun 2010

This Feeling

Pernah tak korang rasa macam tangan ni asyik gatal sahaja?? Bukan gatal sebab kurap, tapi gatal nak membuang menghabiskan duit. Tapi Zaila gatal tangan nak beli peralatan rumah, maklumlah mood berada di rumah baru ni lain sket, tambah-tambah bila rumah kita sendiri;)

Semangat untuk mengdeko rumah masih membara-bara lagi ni. Sekarang pon dok tengah fikir je apelah barang yang perlu dibeli untuk memenuhi setiap ruang rumah Zaila ni;D

So di saat bulan tengah mengambang *bilalah nak gaji ni* apa kata jom kita start berangan apa yang ingin dibeli bulan depan bersama-sama dengan Zaila*__*

sudah tentulah frame ayat Quran..Mana nak beli frame ayat-ayat quran yang murah ya??

frame yang cantik-cantik!! Haritu dah aim frame kat IKE.A, nak beli untuk ruang dining & sebagai hiasan di atas display cabinet

cermin..yes, i need bigger mirror..Pssttt, nak tahu satu rahsia tak?? Kat rumah Zaila sekarang ni tak ada cermin sebab ingat nak beli yang besar terus gantung kat living hall tapi sampai sekarang tak beli-beli lagi;D

flowers for my console table of course;)

toilet accessories macam cermin, tempat hang towel & of courselah IKE.A is our choice;)

langsir untuk bilik-bilik atas

new sofa set *hint untuk sang suami*

new coffe table *lagi hint untuk sang suami*

bunga-bunga menghiasi laman simenku yang sekangkang kera kat depan rumah tu

Aduish!! Banyak betul list untuk dibeli ya..Seb baik bukan nak beli sekaligus, kalau tak..harus melayang duit kami ni;D

Pics credit to google

5 ulasan:

fabulous.farah berkata...

yeah..selamat membeli belah~

linahilmin berkata...

hi jiran!
lina klu beli frame2 ayat2 Quran, beli kat Giant Putra Height, kedai betul depan cashout counter giant tu... harga boleh tahan dan hasil nya sgt cantik & kemas..
bila kita wat lawatan sambil belajar kerumah masing2 nih???!!

zailamohamad berkata...

farah, best kalu membeli bila ada duit..huhuhuhuuuuuuu

zailamohamad berkata...

Lina, datang je ke rumah Zaila yang sekangkang kera ni..tapi sekarang ni semak sket r sebab tgh renovate kat dalam tu

maya amir berkata...

takpe..beli sket2..heheh.. parah gak nak beli serentak tuh..selamat membeli belah:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^