Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 29 Julai 2011

Program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Sempena Bulan Ramadhan yang akan berkunjung tiba ni, aku nak ajak korang menambahkan sket ganjaran amalan kita dengan menyertai program "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" anjuran sukarelawan-sukarelawan yang bergerak aktif di facebook & laman sosial yang lain. Program ni bertujuan untuk mengumpulkan 10 000 baju raya (Baju Melayu & Baju Kurung) yang BARU *bukan yang korang dah pakai mahupun yang dah ketat/rosak* untuk diagihkan ke lebih 30 buah rumah anak yatim & rumah-rumah kebajikan yang ada di Malaysia ni *insya Allah*




Korang derma sepasang baju kurung/baju melayu pun dah cukup & kalau boleh hebahkanlah di blog & laman facebook mahupun Twitter masing-masing supaya lebih ramai orang yang tahu akan kempen ini. Sambil-sambil beli baju raya untuk anak-anak tu, apa kata lebihkan sehelai dua untuk diberi sedekah kepada anak-anak yatim yang adakalanya tak bernasib baik seperti anak-anak kita;(




Aku takleh nak cerita lebih-lebih sebab aku cepat emo, tengok gambar anak yatim pun aku dah menangis keluar air mata segala. Yerlah, naluri keibuan aku tersentuh bila melihat muka mereka..Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari website sehelai baju atau like fanpage diorang di sini..Program ini akan bermula dari 1hb Julai sehingga 25hb Ogos 2011. So masih ada masa untuk kita sama-sama membantu mereka;)




Pada yang ingin memberikan sumbangan (hanya dalam bentuk baju melayu/baju kurung sahaja, sebab mereka tak menerima tunai) bolehlah poskan sumbangan ke alamat seperti di bawah;-




SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA


D/A : Ahmad Bin Sa'abun


No.12, Jln Platinum 7/44, Seksyen 7,


40000, Shah Alam,


Selangor




Tel. No. : 016-215 1192




Semoga dengan sumbangan ikhlas dari kita dapat menceriakan wajah-wajah anak yatim di pagi hari raya nanti *Insya Allah*

2 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

bagusnyo usoho gini. harap2 ramai hok sudi bantu

FaRah Baharom berkata...

baru tengok gambar dah sebak.. :(

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^