Sudah lama rasanya tak kongsi perangai anak-anak syurga aku kan? Kalau dulu selalu juga cerita pasal perangai Ashraf dan Azzam, sekarang ni dah tak ada apa yang mahu dikongsi. Bukan tak ada cuma biasalah mama mereka yang sudah dilandai angin kemalasan. Hermmmm makin meningkat usia makin takde mood ke?
Tapi sesekali bila melihat dan membaca balik segala entri yang aku buat bercerita tentang karenah anak-anak rasa terhiburlah pula. Maklumlah, apabila mereka meningkat semakin membesar perangai masing-masing pun dah berubah. Tadi aku baru aje marahkan mereka sebab bergaduh. Hari ini kebetulan si Haziq & Husna tak ke sekolah sebab dicutikan sempena UPSR, belum masuk tengahari dah bising satu rumah sebab bergaduh. Alahai kalau gaduh sikit-sikit takpe, ni perang mulut. Berpuak-puak pula tu padahal kalau time nak masuk jamban adik yang kau marah lah kau ajak teman tunggu kau "membuang".
Itulah anak-anak. Orang kata rumah orang anak ramai ni sentiasa bising. Memang lah kan, macam-macam perangai dan ragam masing-masing. Mama kena sabar jelah sebab nanti bila dah besar nanti mesti masing-masing dah meninggalkan rumah ni untuk kejar cita-cita masing-masing :( Masa tu (kalau dipanjangkan usia) mesti aku akan buka blog dan baca balik kenangan lama waktu mereka masih kecil. Oh sedihlah pula.
Oklah, nak abadikan gambar-gambar mereka dan kisah disebalik gambar.
Ini "welcoing notes" yang mereka buat sempena mengalu-alukan kedatangan sepupu mereka Sabtu yang lepas. Memang kami ada buat bbq untuk adik beradik en suami, pastu senang je kalau nak bagi mereka kemas bilik, haa cakap je ada saudara nak datang rumah. Apalagi macam lipas kudunglah mereka kemaskan bilik yang tak pernah-pernah kemas tu
Azzam sedang menulis. Berlakon je ni sebab dia bukan suka menulis pun, kalau menconteng yaa bagi aje kat dia :)
Azzam ni rambut dia lebat dan orang selalu ingat dia gegurl sebab bulu mata dia yang melentik macam pakai maskara. Dalam anak-anak aku, dia yang paling cepat berdikari. Waktu ni kami bawa anak-anak ke tasik di Kota Kemuning tu dan dia tak nak pakai "pampers" dah. Elok je balik masuk rumah dia terkencing dalam seluar T___T"
Setakat ini 3 anak lelaki harta dunia akhirat aku. Semoga apabila aku tua mereka bakal menjadi penjaga dan pelindung kami anak beranak.
Gambar masjid Putrajaya sewaktu kami bawa anak-anak bermain di Dataran depan masjid tu. Haritu kami solat maghrib dan Isyak di sana. Anak-anak aku memang suka pergi masjid atau surau tapi nak kena selalu ingatkan mereka supaya jangan berlari-lari dan bising. Pernah sekali tu aku bawa mereka ke surau masa ada majlis jualan, sekali Ashraf kencing kat tangga surau. Adoi, sabar jelah selama ini tak pernah terkencing tapi bila masuk surau dia tak tahan lah pula >___<.
Orang kata kalau nak anak dekat dengan surau maka kita mak ayah pun kena dekat juga. Seperti kata puan Roza jika mahukan anak yang soleh dan solehah sebagai ibu bapa kita perlu berusaha juga untuk menjadi soleh & solehah. Peringatan buat diri yang masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki juga.
Gambar ni masa balik kampung bulan Jun yang lepas. Seronok mereka pergi pantai main layang-layang lepas tu Pok Teh belanja makan ais krim. Mana tak sengih sampai ke telinga :)
Haziq dulu masa bulan puasa suka ikut en suami pergi surau terawih, nak tahu kenapa? Sebab nak minum air tin yang diletakkan dalam bekas berisi air batu. Kelakar pun ada bila dia dah pandai berebut-rebut dengan budak-budak lain sebab nak ambil air tin tu. HA HA HA Kalau di rumah memang jangan haraplah mama nak bagi minum air tu ya:P Sekarang ni pun kalau dipaksa memang dia akan mengikut en suami ke surau. Itupun sebab ada tarikan makanan di surau.
Ashraf si mulut becok dan sekarang ini memang mulut tak boleh tahan bab melaser orang. Ada sekali tu waktu kami berhenti makan di Marry Brown Bera, adalah seorang wanita berusia kat depan aku dengan selambernya dia cakap "Hai nenek". Aduh rasa macam pang sedas di muka mama nak tahan malu. Nasib baik untie tu senyum aje :)
Tak dinafikan memang penat dalam membesarkan mereka tambah-tambah masing-masing dah pandai menjawab dan tanya macam-macam. Memang aku selalu naik darah terutamanya nak menangani perangai anak-anak yang dah besar. Kalau waktu kecil mereka ni tak banyak mulut tapi bila dah besar macam Haziq tu selalu aje komplen macam-macam. Sampaikan duit raya dia sekarang pun sibuk nak pegang sendiri sebab nak belikan mainan T___T"
Tapi dalam pelbagai ragam dan perangai alhamdulillah semuanya masih terkawal. Syaratnya kita pun selepas marah terus peluk dan bagitahu kenapa kita marah atau tegur anak-anak. Insya Allah mereka akan faham. Waktu terbaik untuk "slow talk" dengan mereka selalunya aku lakukan waktu selepas solat maghrib sebelum mengajar mengaji. Masa ni bolehlah nak nasihat supaya jangan tinggalkan solat dan kena sentiasa doakan mama & papa supaya kamis entiasa sihat untuk menjaga mereka.
Ini mamat muka selalu aje tak puas hati. Terus terang dia memang "panas baran" dan cepat marah tapi cepat sejuk. Sebenarnya anak-anak kalau buat perangai mesti sebab kita kurang bagi perhatian bagi mereka juga. Jadi, kena sentiasa bercakap dan tengok apa yang mereka buat.
Ini gambar Sabtu lepas sewaktu sepupu-sepupu mereka datang ke rumah. Syukur juga aku dikelilingi dengan anak beranak ramai, anak-anak pun mudah nak menyesuaikan diri dengan sepupu-sepupu dan semoga ikatan kekeluargaan kekal sehingga mereka dah besar nanti
Ulang tayang gambar Azzam Haneef macam hero hindustan dah anak mama sorang ni
Rambut panjang nak tutup mata dah tu
Semoga mereka saling sayang menyayangi walaupun apabila mereka dah berkeluarga nanti.
Seronoklah main sama-sama, memang dah rupa taska dah rumah kami ni. Abaikan rumah yang berkube tu
Ashraf dengan mainannya. Entah apa lah yang dia nak buat tu. Ada sahaja rekaan dan imaginasi yang dia buat.
Lukisan Husna ; memang jujur kan? Mama yang paling besar sekali T______T"
Anak-anak aku memang tak ada gadget walaupun Haziq dah lama minta dibelikan ipad tapi memang kami tak nak manjakan mereka dengan gadget, maka permainan mereka hanyalah kotak-kotak dan beberapa mainan Robocarpoli yang mereka "paw" daripada aku.
Sambil taip sambil sengih sebab lain anak lainlah ragam dan perangai. Tipu kalau aku tak penat atau tak stress melayan mereka. Tapi rasanya dapat melihat mereka membesar depan mata adalah satu nikmat yang tak boleh ditukar dengan wang ringgit. Kalau dulu masa aku bekerja, anak-anak aku selalu aje sakit tapi sekarang alhamdulillah semua masih terkawal dan seronok apabila mereka makan bertambah-tambah dan puji masakan kita rasa kembang semangkuk hinga bermangkuk-mangkuk :)
Sekarang ni lagu kegemaran aku adalah Wanita Terbahagia dari Bunga Cinta Lestari. Aku kopi pes kat bawah ni liriknya ya, kalau nak dengar sila google sendiri. Nak share video BCL dengan anak dia dan suaminya macam tak best pula sebab minah tu seksi. Isy tapi aku suka hayati lirik lagu tu :
Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
1 ulasan:
mmg seronok tgk keletah anak2 yg sedang membesar kan
Catat Ulasan