Hari ini aku akan kongsikan bagaimana cara kami dalam berbelanja dengan membeli barangan keperluan harian. Tak dinafikan sekarang ni barang keperluan semua naik harga, bayangkan keluarga besar seperti kami ni yang mempunyai 5 orang anak dan semuanya masih kecil-kecil lagi. Memang terasa sangat yang duit mengalir laju je macam air bila beli barang dapur dan keperluan anak-anak.
Jadi sekarang ni setiap hari Jumaat selalunya en suami akan beli suratkhabar "The Sun" dan sambil-sambil baca suratkhabar tu mulalah si dia tengok iklan potongan harga di setiap pasaraya. Selalunya Tesco, Giant, Aeon Big memang akan ada satu ruang iklan tawaran menarik yang akan berlangsung pada setiap hujung minggu. Selalunya en suami akan tertarik pada harga susu anak-anak lah. He he he. Memandangkan dia yang tukang membeli segala keperluan jadi memanglah dah jadi satu tanggungjawab pula untuk mencari mana tempat yang menawarkan harga yang lebih rendah!
Sabtu yang lepas awal-awal pagi lagi en suami ajak ke Aeon Big Bukit Rimau untuk membeli barangan keperluan di situ. Selalunya dia suka membeli di Econsave tapi dek kerana terpikat dengan iklan susu dan ada lagi beberapa tawaran menarik, maka kami ke sana lah awal-awal pagi lagi. Nasib baik dekat je dengan rumah :)
Sebenarnya tertarik dengan tawaran ikan bawal emas harga RM7.90 seekor. Selalunya ikan ni dijual dalam RM30+ untuk sekilo. Rasanya macam dah murah dah sebab ikan pun agak besar-besar juga. Kebetulan hari tu kami nak buat bbq untuk keluarga adik beradik en suami di rumah kami jadi terus beli 6 ekor.
Ikan ni memang kegemaran kami sekeluarga. Selalunya aku suka goreng atau buat masak stim. Kalau masak kari pun sedap juga. Ikan ni sesuai dimakan oleh ibu berpantang juga tau. Hari itu kami beli juga ikan salmon sebab ada tawaran RM19.90 untuk 100gm. Bagi aku murahlah kan sebab selalunya RM30+ Memang omputih kata cheapskate sungguh!
Sedar tak sedar hampir RM400 juga kami memborong pagi itu tapi banyak beli keperluan anak-anak lah kan. Bila nak keluar tu tiba-tiba perasan ada acara putar "Wheel of Fortune" kat luar kaunter bayaran. Rupa-rupanya kena beli dalam RM80 ke atas untuk buat 1 kali putaran. Kalau kami ni dapat 3 kali putar. Apa lagi, en suami lah yang dipertanggungjawabkan untuk memutarnya :)
Haa pada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Aeon Big jangan lepaskan peluang untuk sertainya. Teringat dulu rancangan TV "Roda Impian" ya, Saya putar ya Halim :P
Kami aim pada kupon KFC tapi tak ada rezeki lah pula. He he En suami putar slow sangat kot:P
Tapi alhamdulillah dapat kupon diskaun percutian sebanyak 50% di Holiday Villa Beach Resort & Spa di Cherating. Tempoh sah kupon ini adalah 6 bulan dari tarikh putar. Wah! best juga kalau dapat pergi bercuti lagi.
Oklah, itu sahaja tips yang aku ingin kongsikan ya. Oh tapi ada satu lagi tips lain yang sekarang ini aku buat adalah dengan membeli produk rumah di Amway sahaja. Sebenarnya ada lebih dari 800 produk yang boleh dibeli di kedai Amway jadi selalunya aku akan ke sana pada hujung minggu dan beli produk seperti sabun basuh pinggan, sabun membasuh, penjagaan diri dan macam-macam lagi lah. Selalunya tiap bulan sebelum 15hb nanti aku akan dapat pulangan balik dari hasil perbelanjaan di situ. Best kan? Walaupun kadang-kadang hanya dapat RM30+ dikreditkan di akaun Maybank aku tapi ok lah kan sebab dalam zaman yang serba mencabar ni siapa yang nak sedekahkan duit secara percuma pada kita kan?
Pada kawan-kawan yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang membeli-belah di Amway boleh hubungi aku melalui :
Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
Yang penting jadilah pengguna yang bijak dan tukar kuasa membeli kita kepada wang ringgit pula. Sejak aku jadi ahli Amway ni tak pernah pun tak dapat pulangan dari apa yang aku beli di kedai mereka. Best ke tak best?
Set kelengkapan botol susu untuk anak-anak pun ada
set berpantang lengkap buat ibu dan bayi
set Kitchen Aid bagi mereka yang suka membuat kek dan pastri
Set CCTV untuk melindungi kediaman pun ada juga
Set memasak yang super cepat dan memudahkan kerja di dapur.
Pendek kata semuanya ada dalam satu kedai. Setiap pembelian akan mendapat pulangan balik pada setiap 15hb (selalunya sebelum 15hb lagi dah dapat). Jadilah surirumah yang bijak dalam berbelanja.
Sehingga bertemu lagi. Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan