Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 1 Mac 2016

JJCM : Nasi Arab Yaman Al - Nafoura

Assalamualaikum,

Ini kisah petang Ahad yang lepas, selepas seharian menjadi "penunggu rumah" gara-gara kontraktor kabinet dapur rumah yang datang buat kerja pada hari cuti, alhamdulillah en suami merealisasikan impian mak buyong untuk makan nasi arab Yaman tapi bukan di negara Yaman lah tapi hanya di Wangsa Maju sahaja :)

Sebenarnya ini kali kedua kami makan nasi arab ni. Pertama kali bila Abang Zul & Kak Rah bawa bungkus makan di rumah kami beberapa minggu yang lepas. Terasa kesedapan sehingga Mekla bagitahu en suami kalau tak bersalin lagi nak ulang makan lagi nasi arab ni. Mungkin selera mak buyong yang semakin menjadi-jadi sekarang ni menyebabkan semua rasa sedap :) Hai patutlah muka bertambah gebu, mana taknya setiapkali balik check up di klinik mesti stress sebab berat badan naik berkilo-kilo :P

Oklah, kita fokus pada nasi arab Yaman ini. Restoran ini bernamma Al-Nafoura dan terletak di Wangsa Maju. Ini alamatnya :

AL-NAFOURA SDN BHD
NO.9 (GROUND FLOOR) JALAN MAJU RIA 2
BLOK B, PLAZA WANGSA MAJU,
WANGSA MAJU SECTION 10

TEL : 016-608 1114

Aku tengok restoran ini diusahakan oleh beberapa orang mamat Arab (tak tahulah asal dari mana) sebab restoran ni tak besar pun. Macamana kami tahu? Sudah tentulah melalui Abang Zul & Kak Rah yang tinggal berdekatan dengan restoran ini. Malam tu keluarga mereka pun makan nasi arab bersama kami juga :)

Oleh kerana restoran ini masih baru, tak ramai yang datang tapi aku perhatikan rata-rata pelanggan adalah dari kalangan orang cina. Bukan senang nak tarik bangsa lain makan nasi arab kan? Mesti ada keistimewaannya yang tersendiri ni. Selalunya kalau ke restoran nasi arab, kami akan cuba menu Mandy kambing dan Kabshah tapi restoran ini ada sediakan menu lain iaitu Madghout Kambing.


Ini Mandy ayam (bagi mereka yang tak makan kambing) dan kabsah kambing. Nasinya memang sedap dan cukup perisa. Isi daging juga lembut. Hai masak guna Noxxa ke bang? :P

Nasi mandy ayam RM20 (separuh untuk 1 - 2 orang makan)
Nasi kabsa kambing RM35 (besar untuk 1 - 3 orang makan)


Kalau nak datang sini sila sediakan duit tunai sahaja ya :)


Inilah Madghout Kambing yang berharga RM60 (dapat 2 pinggan untuk 3-4 orang makan). Kalau nak makan kena tunggu selama 20 minit. Bagi aku nasinya agak pedas dan terasa macam nasi goreng pun ada (pedapat tekak Melayu lah). Kalau nak rasa boleh, cuma bukan kesukaan kami. Mandy kambing juga yang tersedap buat setakat ini :)


Terima kasih Kak Rah sebab selalu jadi tukang ambil gambar. Ini gambar sewaktu melantak. Memang tak toleh kiri kananlah kalau makanan dah sampai tu :)


Gambar selepas. Memang licin :) Kalau bab makan memang bagi lah dekat kami. Insya Allah tiada pembaziran yang berlaku. Kalau tak habis pun boleh bungkus dan panaskan makan di rumah pula.


Tak sah kalau tak minum Teh Arab RM10 satu tea pot. Ada rasa daun pudina dan sedap diminum panas-panas


Azzam memang suka makan nasi arab. Eh bukan setakat Azzam, Haziq, Husna, Ashraf dan Aaliyah juga makan nasi arab. Anak-anak aku semua makan :)


Pilihan menu nasi, ada juga roti dan pelbagai menu lain. Pendek kata boleh datang lagi jika teringin nak cuba menu lain. Harga pun berpatutan jika dibandingkan dengan harga restoran lain yang sama waktu dengannya (Hadramawt Palace rasanya lagi mahal). Kalau Saba' pun lebih kurang juga


Ashraf waktu ni demam panas, makan pun tak menyungguh mana. Kesian dia sebab muntah. AKu rasa perut masuk angin sebab haritu dia tak makan dari awal pagi lagi. Oh ya, jangan lupa cuba Adani Spice Tea RM12 satu teapot. Ala-ala teh tarik arab lah ni


Aaliyah yang tertidur sebaik sahaja sampai di sini. Tapi lepas tu sedar dan makan juga. Memang kami semua penggemar nasi arab lah :) Bagi mereka yang mahu mencuba boleh tengok alamat di atas ya. Harga, lokasi dan persekitaran juga selesa di mana kalau makan di dalam restoran masih berhawa dingin, kalau nak makan di luar pun boleh. Setakat ni tak perlu buat tempahan lagi tapi mana tahu lepas ni kena buat kan? Jadi sebelum naik harga tu, boleh pergi cuba dulu :)

Sehingga bertemu lagi. Bagi mereka yang mahu mengiklankan kedai makan atau servis penghantaran makan, boleh hubungi aku di zailamohamad@yahoo.com atau Whats App ke 012-970 6828. Insya Allah dengan sedikit bayaran (murah je) aku akan iklankan di dalam blog ini tanpa ada tempoh pengiklanan. Trafik blog ini memang seribu pengunjung setiap hari dan ini boleh membantu memperkenalkan bisnes korang kepada pembaca blog ini atau mendapat tempat di carian Google.

Sehingga bertemu lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^