Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 16 November 2009

~~Hari Ahad Yang Penuhkan Perut~~

Salam Monday Blues semua..Malasnya nak keje hari ni..Maklumlah sudah 2 hari bermalasmalas di rumah kan;) Semalam adalah hari yang sangat memenuhkan perut Zaila..Kebetulan adik ipar Zaila datang bermalam di rumah, so apa lagi kenalah ada acara makan2 kan??

Zaila tak masak menu yang susah pun..just bakar ikan terubuk, sayur goreng & ayam goreng..simple tapi sedap;P Tengok gambar jelah ya;-

ini gambar ikan terubuk sebelum dibakar
selepas dibakar, perahkan asam limau ke atasnya..meletop!!!

Mesti korang nak resepi kan??~~ayat perasan~~
Sebenarnya resepi ni Zaila dapat dari Saymah..Makan masa berbuka puasa di rumahnya dulu..Ingat lagi entri ini, so kebetulan Zaila terbeli ikan terubuk yang segar..sedap juga kalau dibakar bersama dengan sambal ciptaan Mak Mah ini;P

Bahan2 yang diperlukan:
- Bawang merah**
- Bawang putih**
- Halia**
- Serai**
- Sos cili
- Sos tiram
- Cili boh
- Daun limau purut
- Limau kasturi
- Garam & nise (atau gula)
- Minyak
- Ikan seperti ikan terubuk, talapia, keli atau apa sahaj pilihan hati anda

Cara2:
- Blenderkan semua bahan yang bertanda ** sampai lumat, lagi banyak lagi bagus
- Tumiskan bahan kisaran. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, garam dan gula
- Apabila sudah naik minyak (warna bertukar kemerahan), carikkan daun asam limau purut ke dalam sambal tersebut
- Ambil daun pisang atau aluminium foil, letakkan sambal dah kemudian ikan dan sambal lagi
- Bakar di atas api yang kecil sehingga ikan masak
- Kemudian perahkan asam limau kasturi ke atasnya..wallah siap!!

Perasan tak, masakan ini lebih kurang dengan yang Zaila pernah masak di entri ini cuma kalau mahu masak Portugese grill, tambahkan sedikit udang kering atau belacan ke dalam bahan kisaran tadi..Pastu cara bakar pon sama sahaja;)
ini sayur yang dimasak oleh adik ipar Zaila

ikan terubuk goreng tapi agak tergaring sket, kalau tidak mesti sedap!!!
sambal cili yang sangat pedas!!

Itu sahaja menu kami yang bisa membuatkan kami tersadai kekenyangan macam ular sawa lepas telan kambing..Memang tak ada aktiviti mengukur bangunan shopping mall lah semalam..sungguh tidak produktif langsung!!

Ops, sebelum lupa, Zaila nak berkongsi satu petua..bagi penggemar ikan terubuk, sudah semestinya ikan tersebut banyak tulang kan?? Bagi memudahkan kita memakannya, dinasihatkan sebelum menyiang ikan tersebut, elokkah dipegang kepala & ekor kemudian ditarik sehingga berbunyi~~maaf, Zaila tak tahu nak describe macamana bunyinya~~
Nanti tulang2 tersebut akan berkumpul di kepala, takpun nanti bila nak makan ikan tersebut, tulangnya akan berkumpul dan takdelah berselerak sangat..Hubby Zaila ada pengalaman tercekik tulang ikan terubuk semasa dia kecil;P Seb baik, dah tua ni semakin pandai memakannya;)

Oklah kawan2, nak sambung keje jap..Happy working!!!

25 ulasan:

yatica berkata...

Aduh, bakpo la entry mung ni psl mknn jah..buat perutku lapar saja. Malas ah nok singgoh blog mung lenkali..
.
.
.
.
.
Nawok jah!!!!;p

*gorjesmum* berkata...

salam..

hi zaila..i singgah blog u..i've link u too babe..

babe tierack u pakai dlm profile pic tu sama ngan i hehehe...kite serupa!

KV berkata...

sedap nyaaaaa

zailamohamad berkata...

Yati, sapo surum masuk tengok jah..Haaaa..kalu berani cuba masuk & balik cuba masak sendiri..haaaa..mesti perut mung kenyang & mung pun xsakit hati lagi;P

zailamohamad berkata...

Gorjesmum, Hi!! Ye ke sama?? Hiihihihihi..Zaila ada 2 je tudung TR, ingat nk tambah koleksi lagi;P
btw, nanti Zaila link kan ur blog k;)

zailamohamad berkata...

KV, jangan tertipu ngan pandangan mata..haahaahaa;P

fauzi-maya berkata...

sungguh lazat...heheh.. lame tak mkn terubuk..teringat mase gi swak, beli terubuk masin 1 kotak.. fresh,..kaw2 laa makan.. huhu..tetibe lapar!!!

honeylanz berkata...

ahad kami pun pesta makan² gitu.. perh mmg ukar sawa jd nye :p

Nurhayati berkata...

sedapnye ikan terubuk.. nak sketttttttttt

zailamohamad berkata...

fauzi-maya, memang sedap..Zaila pun suka Terubuk Sarawak..teringat lagi saat makan ikan terubuk masin goreng dengan bawang tuu..makan pula dengan nasi yang panas..owh..sedapnya!!

zailamohamad berkata...

Has, seronok kalau makan ramai2 kan..pastu pakat2 membongkang..haahaaahaa!!

zailamohamad berkata...

Yati, dah habis rrrr;P

Lady of Leisure berkata...

zaila betul tu lady penah dengar petua ni.. hihi..
ikan terubuk ni antara fav lady esp tang perut dia tuh.. lemak betul..

zailamohamad berkata...

Lady, betul tuuu..Zaila pun suka & naseb baik ikan yang Zaila beli ni segar, masa dok siang ikan ni pun dah ada lemak2 yang keluar..memang puas hati makan ikan ni;)

yatie chomeyl berkata...

hubby oghe tok brehi gop ike terubuk sbb byk tule. mujor ado tips nih, lenkali leh try lah

zailamohamad berkata...

Yatie chomeyl, Zaila pun dapat petua ni dari hubby Zaila juga..biaserlah ore hok pernah tercekik tulang mesti dio tahu kee..

jane_doe3328 berkata...

sedapnya! bulih try buat neh :)

Cik Amy Sensei berkata...

wat lapar perott aku jah nih..haha..koho panda mu masok dihh..

zailamohamad berkata...

Jane, try r..boleh pakai ikan jenis lain juga!!

Ami berkata...

sedapnyeee.ooo,gitu tipsnye.terubuk mmg sgt sedap tapi tang tulang tue penat!goreng sedap,bakar lagii sedap kan?

zailamohamad berkata...

Ami, betul tuuu..buat asam pedas pun sedap!!!

zarin berkata...

ish sedapnya!
tetiba rasa lapar...

zailamohamad berkata...

zarin, nanti jangan lupa cuba ya;)

puan.farah. berkata...

wahhh..macam jual kat kedai. mesti try!

zailamohamad berkata...

puan.farah, try jange dop try;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^