Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 2 Mac 2016

Mudahnya Gosok Baju Dengan Philips Seterika PerfectCare Aqua System

Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ni ramai pula yang Whats App bertanyakan tentang pengalaman aku menggunakan Philips seterika PerfectCare Aqua System ni. Maklumlah, sudah hampir 7 bulan kami menggunakan khidmat seterika ini. Kalau dulu punyalah susah dan paling tak suka gosok baju tapi sekarang ni boleh santai-santai je gosok baju untuk stok seminggu (tapi tetap tak suka gosok baju) T___T"

Pendek kata ianya memudahkan dan menjimatkan masa menggosok. Tak payah nak tekan kuat-kuat semata-mata nak bagi ada "side". Yang kelakarnya en suami pernah cakap selama dia bekerja inilah pertama kali seluar dia pakai pergi kerja ada "sideline" HA HA HA Nampak sangat sebelum ni gosok ala kadar je (sebab malas).

Alhamdulillah bulan lepas ada seorang pembaca blog ini yang menghadiahkan seterika ini buat suaminya. Haaaa sayangkan suami silalah belikan gadget yang berguna, ini barulah isteri yang bijak :) Sebabnya nanti memudahkan kerja isteri juga untuk menggosok sebab gadget macam ni memang kita akan gunapakai selalu di rumah. Ke ada yang tak gosok baju untuk ke pejabat atau sekolah? T___T"

Selalunya yang WA mesti akan bertanya apa beza yang aku jual dengan yang kedai jual. Seterika yang ini sebenarnya edaran Amway dan sebagai ABO (pengedar Amway) aku memang boleh jual seterika pada harga pasaran atau mungkin kalau nak bagi diskaun sikit-sikit ke bolehlah, ianya tak sama dengan yang kedai elektrik jual sebab siri ini telah direka khas untuk edaran Amway sahaja. Memang akan ada adik beradik yang muka sama dengan seterika ini di kedai eletrik Achong tapi yang ini kapasiti air adalah 2.5 liter tak akan sama dengan kedai Achong yang kapasiti mungkin dalam 1.7 liter yang harganya jauh lebih mahal dari yang ini. Jadi, tak salah kalau nak buat perbandingan dan banyak bertanya ya :)


Yang bagusnya kalau kita ni pengedar Amway (ahli Amway) penghantaran percuma terus ke alamat kita dan dapat pula PERCUMA iron board yang besar gabak tu. Sesuai sangatlah untuk gosok baju jubah atau kemeja sekali letak tak payah nak terbalikkan dah. Best kan? Member aku yang baru dapat pun cakap senang nak gosok baju untuk bekalan seminggu. KAlau dulu bercinta lah nak siapkan (itupun terpaksa layan drama Korea) tapi sekarang ni sekejap aje dah siap. Pendek kata tak sempat nak habis satu drama Korea tu :P


Oklah, kalau cakap banyak pun tak guna juga. Boleh Whats App 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan. Untuk pengetahuan, boleh juga sertai skim bayaran kutu / ansuran sekiranya tidak mampu nak beli secara tunai. Pendek kata, wajib ada bagi setiap rumah terutamanya rumah mereka yang mempunyai ramai anak untuk ke sekolah atau mereka yang pakai uniform seperti abam askar yang sado atau akak misi yang solid tu. Nanti mudah je keje menggosok baju uniform tau.

Oklah, hingga bertemu lagi. Bye!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puan, ada ready stock tak...kalau ada saya berminat...tengah mencari2 ni

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^