Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 20 Julai 2009

Penat Pon Xhilang Lagi

Salam semua..Akhirnya kami selamat pulang dari percutian pendek xterduga kami hari sabtu lepas..hihihihi..hari ni baru nak update segala cerita sebab malam2 semalam penat yang amat sampai nak bukak notebook pon xlarat..sowwwiiii ya..

Yaaa...Kak Ti, aku tahu mu mesti dok tunggu aku upload gambar yang kita ambil kat umah mu kan??Saymah, sile jangan terjeles ya..aku tahu mu pon bahagia menikmati buah durian kat kampung halamang mung ittew;-)

Apa yang pasti, walaupon percutian itu sekejap sahaja tapi ianya membawa banyak kenangan manis & juga mengimbau kenangan kami semasa kami mula2 mendirikan rumahtangga..ya..waktu itu sungguh sadis..huhuhuhuhu..berbekalkan tikar segulung ngan toto, kami berhijrah demi mencari sesuap nasi kat tempat dipanggil Pontian..cewaaaahhhh..mulalah buat cerita sedih plak..siler jangan menumpaskan airmata ya;)

Tapi setiap kesusahan yang kita alami akan membuatkan hati kita semakin kental & makin tabah ntok mengharungi hari2 yang mendatang..masa kat Johor tu, Zaila sempat kerja kat banyak tempat juga..then masa ngandungkan Haziq barulah Zaila berhenti jadik fully desperate housewife sampailah hubby dapat tawaran bekerja kat Shah Alam ni..

Masa kat Pontian..actually kat Serkat..Zaila ada singgah rumah2 kakak2 yang banyak membantu kami masa kami mula2 merantau kat sini..mereka ni ibarat famili kami..bayangkan berada di perantauan jauh dari mak ayah, naseb baiklah ader mereka sebagai tempat mengadu..teringat masa mengandungkan Haziq mengidam nak makan siput sedut..naseb baik ader kak kasimah..dialah yang susah payah p carik kat tali air & siap masakkan ntok Zaila lagi..sampai sekarang Zaila masih xreti nak masak macam kak kasimah masak!!!

Hari Jumaat lepas, pas jer hubby balik dari meeting..hubby ajak kami keluar makan..bersungguh hubby nak bawa kami makan kat Stulang Laut..katanya makan kat sini best & dapat lihat pemandangan Singapore waktu malam..ermm..Tapi hubby ni nama jer study kat Johor, nak p Stulang Laut tu sampai sesat2 jugaklah..kater ore JB..apo daaaa..tapi pas jumpa kami singgah satu kedai ni..kami order makan set..siap ada siakap 3 rasa (besar gak ikan tu), kerabu sotong, sup tulang, udang celup tepung, kainlan ikan masin, air barli suam & teh O..semuanya pada harga RM47..murah kan???murah xkisah..sedap lak tu..memang puas hati..sorrylah semua..gambar makanan xsempat snap pasai lapar sangat masa tu..tapi gambar budak ni ader..sebagai bukti kami g makan kat situlah katakan;)


Pastu esoknya, pas jer breakfast kat Hotel..ops..luper nak bagitau..hotel yang hubby pilih ni tersangatlah kecik bilik dia..sangat2 xselesa..xtahulah kot2 bilik yang kami dapat ni xbest tapi Zaila not highly recommended this hotel..Rate dia RM168 per nite with breakfast..oklah gak kan..cuma mungkin lain kali kami kn amik bigger room..hahahahahahha..tapi paling best tengok TV r pasai dapat tengok siaran Tv dari Singapore..jakun sekejap ok;p

verangan jap nak pasang plasma tv kat rumah baru..boleh r yang..**wink**wink**

Pagi Sabtu tu, rumah first yang kami terjah ialah rumah Yati..Yati ni satu matrikulasi ngan Zaila, satu U lagi, satu coarse lagi, satu tempat praktikal lagi..yang paling best satu kapal..hihihihi..cuma dia ore Pasir Mas..Pendek kate banyak kenangan manis ngan dia..dialah peneman setia di saat Zaila mula2 belajar bercouple..konon..mula2 malulah kononnyer...Sekarang ni Yati stay kat Masai..dah ader anak sorang dah..walaupon sudah ada Naurah tapi badan Yati maintain kecik tapi hati tetap kuat semangat..xmacam mak..badan jer besar tapi lomah semangat;p

Mak, Ameera, Yati & Naurah tengah posing..kan betol mak gemok!!!

Ameera suka buat muka macam tu..konon lawalah tu;)


Ameera yang dah setahun, Naurah yang baru masuk 5 bulan..nampak sama besar jer kan??

Naurah Adni..bulat matanya..geram nengoknyer;0

Dok kat rumah Yati sekejap jer, then gerak p Tampoi jumpa kawan satu U hubby..dia tinggal kat apartment depan pasaraya KipMart..kelas gitu rumah dia..tapi xder nak snap2 gambar pasai xnaklah tunjuk jakun sangat..hihihihi..then beredar p Pontian..sampai rumah kak Rohaya dalam kol 3..pastu p umah bik Yam, pastu p jengok Tanjung Bin jap then last skali singgah rumah Kak Kasimah..serious kami terharu ngan sambutan akak2 ni semua..siap bagi buah rambutan, pulasan, petai..huhuhuhu...bukan sket tapi penuh satu bonet sampai leh kasik2 kat jiran2 semua..Zaila xsangka walaupon dah 3 tahun berlalu tapi nama kami masih segar dalam hati mereka..tambah2 sekarang dah ada anak..lagilah, rasa macam rancangan jejak kasihlah plak..amat2lah terharu..terima kasih orang Johor..musim buah nak p lagi..ape kaitan??

Rasanya sampai sini dulu ya..esok nak update lagi..banyak nak stori mori tapi mata ni bagaikan nak tertutop..esoklah jengok rumah kawan semua..taaaa....

5 ulasan:

Diver Mom berkata...

plasma..? pasang, jangan x pasang!

(kami punya tv, angan nak lekat ke dinding, tapi bila dah beli, mr hubby sayang dinding la pulak.. so last2 duduk atas kabinet je.. hihi) :)

Norhayati berkata...

AKhirnya terpampang jua wajah comelku bersama anak comelku di blog mu yg comel ini..sungguh terharu..sob..sob

Zaila Mohamad berkata...

Zu, ya plasma tv memang cantik..tapi tulah nak kena decide betol2..bila dah pasang sayang lak kalo nak tukar kat tempat lain kan??

Kak Ti..of coz...thanks pasai sudi jamu popia cornflakes...

Tanpa Nama berkata...

syg dinding gak nk psg gitu ;)
dah ilang penat blom ni? hehehe
best gak percutian yg x dirancang ni..

Zaila Mohamad berkata...

has, tulah..tapi nak jugak pasang..haahahhahahah..

dah hilang dah penat..tapi kena virus M plak;p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^