Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 26 Julai 2009

Minggu Ini..

Salam semua..Alhamdulillah penat p Johor pon dah hilang cume tetibe jer Zaila dilanda virus 'M'..Hihihihi..macamanaler nak jadik blogger tegar ni kalo dah terkena jangkitan virus ni;p

Tapi demi xmau tengok rumah Zaila ni berhabuk, Zaila nak cerita juga aktiviti kami minggu ini..Hari sabtu xder ape yang menarik, cuma kami p jenguk anak dara mummy Mia Sarah..lamer dah dok merancang nak jumpa tapi since semua orang pon busy, asyiiiiiiik tertangguh jer sampailah hari sabtu lepas baru mummyMia offer suh datang rumah..hihihihi..sorrylah babe kami terlambat sampai..janji kol 1 tapi kol 3 lebih baru sampai..jauh sungguh rasernya rumah mu ni nad oi!!!!

Kalo dah dijemput, sudah semestinya ader acara makan2 kan???hihihihi..thanks nad pasai mengikut juga keinginanku ini..hahahahhaha..teruk kan??siap request lagi nak makan ayam LRC..naseb baik che mat berbaik hati nak p amik ayam2 tu..thanks again ya..siap masak menu2 lain lagi..ops luper, nanti nak resepi mashed potato tu ya..sedap..nyam nyam nyam..owh gambar???luper nak snap!!! bole terima x alasan ni???hihihihi..consider semua orang enjoy the moment sampai terlupa nak amik gambar ok;-)

Sepatutnya haritu kami2 berkumpul (kami means aku, nad, ayu, nani, najwa & yati) tapi since ayu xdapat join coz hubby dia on call, nani plak gedik xnak join coz ada appointment ngan mak andam (serkap jarang ngeee), yati lak jauh di mata deeeeeekkaaaaaaaaaaat di hati...so tinggallah mak, nad & najwa bergosip sambil hingat dunia pasai nad sebok kejar Iman..hahahahahah!!! sungguh Iman sangatlah aktif orangnya sampaikan Haziq takut nak dekat ngan dia...yang kelakarnya walaupon Haziq pukul dia, but he still insist to kacau Haziq..agaknya suka tengok reaksi Haziq kot;-)

Lepas dah puas tengok baby Mia Sarah yang montel lagi gebu tu, kami semua beransur pulang..thanks tuan rumah, penuh tangki perot kami aritu, sampai tertinggal handbag segala;p
Pastu kitorang balik rumah terus..xlarat nak p jalan lagi..sampai rumah jer terus tido..

Hari ni plak, xsangke tetibe hubby ajak p Jusco Bukit Tinggi (paling dekat ngan rumah kami)..suka datang sini pasal dekat ngan rumah (10 minit jek), xsibuk, parking luas (xyah nak tunggu pasal parking penuhlah, xder masalah..even hari cuti pon parking banyak), harga parking pon murah (RM2 per entry, actually kalo Jcard holder kena RM1 jer), tempat shopping pon selesa...

Mula2 tu xplan pon nak datang sini, Zaila ni siap pakai selipar jepun lagi..adui..xvogue langsung!!!
tapi dah hubby ajak..bukan slalu..ni peluang keemasan ni..tapi rupa2nya hubby nak carik baju2 ntok anak2 dia..laaaaaaaaaaaaaa....baju anak jer ke yang??baju mak anaknye xnak belikan jugak ke?? baju mak anak tunggu gajilah...jawab bapak anaknyer;p

Dahtu habis jugaklah beberapa ketoi duit kami..alaaa, Zaila beli baju Jbaby jer..yang ni ntok anak2 pakai kat nursery..dah lame xbelikan diorang baju baru..pastu belikan kasut ntok Haziq & Ameera..Jusco sekarang kan tengah sale so best jugaklah cuci cuci mata ni..cuci mata jerlah...huhuhuhuhu..biler nak gaji ni..adooooooiiyyaaaaa....

Pastu alang2 dah ke Jusco, turunlah jalan2 kat supermarket dia..macam cerita Shin Chan tu...asal lapar jer mak dia akan ke pasaraya pasal nak makan makanan free yang tester tu..hihihi..kami pon buatlah macam tu jugak..kenyang jugaklah dapat minum air Vitagenlah, Nestle Yogurtlah..macam2 lagi..hahahahahah..pada pembaca yang kat luar saner, sape nak jimat hujung2 bulan ni bolehlah cuba buat macam kami buat..hahahahahah..

Tapi sempat jugaklah rembat beberapa barangan..antara yang best ialah Dynamo 4.7kg tu..kalo harga biasa selalunya mak beli dalam rega RM27 tapi masa ni ada offer dapatlah RM20, mak rembat 2 terus..sempatlah simapn buat stok..Zaila suka guna yang warna biru tu, pekat..satu penutup ntok satu cucian..jimat & bersih..xpon Zaila suka beli juga yang warna kuning..antibakteria punya..tu jerlah yang Zaila rasa murah..lain2 tu xtahu..
Lagi Zaila beli marinated lamb chop tu..then balik bakar dalam oven..sedaaaapp!!! jangan lupa ntok cuba tau..

Ermmm...rasernya tu jerlah aktiviti kami minggu ni..Sorry pasai xder satu pon gambar yang menarik..hahahahahha..bukan pe, dok dalam mode M lagik ni..M.A.L.A.S. ntok snap gambar;p
Minggu depan hari sabtu kami ada hari Dusun Solar Alert, MIL nak datang & ahad of courselah nak p terjah Pureen warehouse sale..xsabarnya;-)

Nak tido dah..Nite!!!!

4 ulasan:

jane_doe3328 berkata...

zaila, kat JJ Bukit Tinggi...ada satu kedai deko jual jam 3in1 (jam sekali ngan gambar) chantek!!! boleh beli utk rumah baru :)

mslvoe berkata...

ayam LRC tu ape zaila? maaf sha ktinggalan zaman sket

Zaila Mohamad berkata...

Iyo Jane, nati nak g cari..JJ Bukit Tinggi ni dekat jah nga rumah so anytime buleh g

Sha, ayam LRC tu Lemon Roasted Chicken..famous kat blog redmummy..nanti Zaila bagi link dia tapi takut sha xtahan godaan jer..sha kan tgh diet skrg ni;-)

mrs shaifull berkata...

zaila tolonggggggggggg akak x boleh nak baca langsung blog awak ni, what happen???

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^