Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2014

Johnson Baby of the Year 2014 : Setiap Bayi Adalah Bintang Johnson's Baby of the Year 2014!


Johnson's BOTY 2014 Pic 1: (From L-R) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia.


7th from left) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia, with past winners of Johnson's Baby of the Year. 

Terima kasih buat Miss Jean dari IN.Deed Communications yang emailkan aku maklumat tentang majlis ini. Maaf kerana tidak dapat menghadirinya kerana ada perkara yang berlaku di saat-saat akhir. Jom baca apa yang menarik tentang majlis ini :

Kuala Lumpur, 19 April 2014: Lebih baik dan lebih menarik tahun ini, edisi ke-22 pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY) merupakan landasan yang sempurna untuk si manja yang comel dan keletah, sihat dan pintar menawan hati orang ramai di seluruh Malaysia! Dari 1 Mei – 30 Jun, Johnson’s Baby menjemput ibu bapa (dan ‘bintang’ kecil kesayangan mereka) menyertai salah satu pertandingan bayi comel yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Ketahui lebih lanjut di www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.
“Bayi adalah satu anugerah dan rahmat, dan Johnson’s Baby percaya bahawa setiap anak adalah istimewa,” kata Encik Vaibhav Saran, Pengarah Urusan Johnson & Johnson Malaysia. “Ternyata, bukan kami sahaja yang berfikiran begitu kerana ini merupakan tahun ke-22 berturut-turut pertandingan Johnson’s Baby of the Year diadakan. Ia merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa kerana ia membolehkan mereka meraikan keriangan sebagai ibu bapa bersama ibu bapa lain di seluruh Malaysia.”

Johnson’s Baby of the Year 2014 Lebih Baik dan Lebih Menarik!
Tahun ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia! Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif dan sosio-emosi juga.

“Tiada yang lebih bahagia berbanding kebanggaan menjadi ibu bapa, dan sebagai duta Johnson’s Baby dan juga juri pertandingan bagi tahun 2014, saya berharap ibu dan bapa menganggap pertandingan ini sebagai satu peluang untuk meraikan segala yang istimewa pada si manja mereka,” kata Dynas Mokhtar, seorang pelakon, usahawan tempatan dan ibu kepada dua orang anak.

“Kesihatan mental dan sosial kanak-kanak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka kerana semua unsur ini menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang holistik dan sempurna,” jelas Dr Anna Padmavathy Soosai. “Memasukkan proses penilaian ini dalam pertandingan ini merupakan cara yang bernilai untuk mencari ‘bintang’ yang paling comel dan menawan hati.”

Selain menawarkan kategori baru berdasarkan umur tertentu – 0-12 bulan, 13-24 bulan dan 25-36 bulan, pertandingan Johnson’s BOTY 2014 dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi. Selain itu, semua bayi akan dijadikan bintang Johnson’s Baby dan diberikan liputan dalam media.

Pada tahun 2014, pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menolong bayi yang ditinggalkan dan anak yatim mencari rumah perlindungan dan penjagaan – bagi setiap penyertaan dalam pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE.

“Johnson’s Baby ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa di Malaysia di atas sokongan mereka sepanjang dua dekad yang lepas, dan dalam kami mengalu-alukan edisi ke-22 tahun ini, kami ingin membalas jasa dan menolong masyarakat setempat kami. Kami membuat keputusan untuk bekerjasama dengan OrphanCARE kerana kami menyedari bahawa, bagi setiap kanak-kanak yang sihat dan gembira, ada kanak-kanak lain yang bernasib malang dan hidup terbiar. Kami berusaha untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat rumah perlindungan yang sempurna, dan ini merupakan satu peranan yang amat penting dan yang kami sokong sepenuh hati,” tambah Encik Vaibhav Saran.

“Kerjasama dengan Johnson’s Baby merupakan cara yang amat baik untuk meningkatkan kesedaran tentang ramainya kanak-kanak yang memerlukan rumah penjagaan yang sempurna di mana mereka dilimpahi kasih sayang dan dipupuk,” kata Pn Rabitah Hani, Ahli Jawatankuasa OrphanCARE. “Setiap kanak-kanak memerlukan keluarga dan terdapat juga ramai pasangan yang mencari anak untuk melengkapi hidup mereka, maka misi kami ialah untuk mengurangkan bilangan kanak-kanak di rumah anak-anak yatim dengan memendekkan proses pemadanan dan pengambilan anak angkat. Sokongan dan kesedaran daripada penyertaan dalam pertandingan Johnson’s BOTY akan membantu kami menolong lebih ramai kanak-kanak.”

Cara Penyertaan Pertandingan Johnson’s Baby of the Year
Jadi, berilah anak anda peluang untuk menjadi bintang dari 1 Mei hingga 30 Jun! Untuk penyertaan, cuma lampirkan dua keping gambar terbaik si manja anda. Kemudian, beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan, dan simpan resit sebagai bukti pembelian.

Ingat, bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan, dan setiap bayi yang menyertai pertandingan ini akan disiarkan dalam majalah!

Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan gambar berserta resit. Penyertaan boleh diserahkan di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana khidmat fotografi percuma juga disediakan; melalui pos ke alamat Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest, PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor; atau secara dalam talian melalui Johnson’s Baby Facebook Page: www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.

Sementara itu, ibu bapa boleh mengunjungi acara Johnson’s BOTY sehingga 20 April di ruang legar 1Utama (Old Wing, Concourse Level), dan mendapat peluang awal untuk menyertai pertandingan serta menikmati promosi menarik sepanjang acara ini!

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year contest, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com. Hashtag rasmi untuk kempen Johnson's Baby of the Year tahun ini ialah #BOTY2014. Marilah menyertai perbualan ini!

*********************************************************************************

Mengenai Johnson’s Baby
Selama lebih 100 tahun, Johnson’s Baby telah mengabadikan dirinya untuk memahami bayi dan belaian istimewa yang diperlukan untuk mata, kulit dan rambut mereka. Johnson’s Baby menggunakan pengetahuan itu untuk menyediakan ibu-ibu produk yang selamat, ringan dan lembut yang terbukti secara klinikal. Rangkaian produknya melibatkan deria dan apabila digunakan bersama rutin bayi, boleh membantu membangkitkan emosi positif dan akhirnya mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Dipercayai oleh ibu-ibu dan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, Johnson’s Baby terus menggunakan pengetahuan dan penyelidikan untuk menghasilkan produk pengguna yang selamat dan inovatif serta murni, ringan dan lembut sebagaimana yang dijanjikannya.

Mengenai Johnson & Johnson
Prihatin terhadap dunia, seorang insan pada suatu masa telah memberi inspirasi dan menyatukan kakitangan Johnson & Johnson. Syarikat ini merangkumkan penyelidikan dan sains – membawakan idea, produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan insan. Johnson & Johnson mempunyai lebih daripada 275 syarikat operasi di lebih daripada 60 negara dengan pekerja seramai kira-kira 128,700 orang. Pekerja Keluarga Syarikat Johnson & Johnson bekerja dengan rakan kongsi dalam penjagaan kesihatan untuk menyentuh kehidupan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia.

Wow! Memang menarik bukan? Jadi, bagi ibubapa yang ada anak kecil tu, seeloknya cuba sertai pertandingan ini. Mana tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah anak yang comel, boleh menang pertandingan :)

Hadiah pun memang menarik bangat!

Prize per Category
Category 1
(0 – 12 months old)
Category 2
(13 – 24 months)
Category 3
(25 – 36 months)
Grand Prize x 1
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Second Prize x 1
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Third Prize x 1
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Consolation Prize x 7
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000

Jangan lupa ya untuk menyertainya! Baca syarat di atas dan bertindak sekarang!

Khamis, 17 April 2014

Diari Suri Bekerja Dari Rumah : Pentingnya Urus Akaun Bisnes

Assalamualaikum,

Hari ini aku mahu kongsikan tentang sikit sebanyak mengenai akaun bisnes. Cewah! Bisnes juta-juta kah? Takderlah, ini hanya untuk surirumah macam aku ni je, yang setiap hari masuknya dalam RM10, RM20, RM100, RM150. Bukannya masuk sampai ribu-ribu mahupun juta-juta pon. Kalau dah sampai tahap juta, kena upah auditorlah pula nanti untuk keluarkan laporan kewangan tahunan.

Alhamdulillah, hari ini aku baru nampak yang ada hikmahnya Allah telah tetapkan aku untuk bekerja di bahagian "perolehan" (bahagian buat tender kerana sekurang-kurangnya ada juga pengalaman bekerja yang aku dapat. Betul bak dikata orang "Perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita". Jadi, jangan dok mengeluh sangat jika gaji sikit ke apa. Lakukan dengan ikhlas, insya Allah lama-lama nanti akan nampak hasilnya :)

Oklah, mengikut pengalaman aku yang dah lama buat bisnes online ni. Iyalah sejak dari 2009 lagi tu. Tapi masa tu aku masih bekerja, memang duit bisnes tak nampak mana sebab habis buat pusing modal & beli barangan aje. Memanglah susah untuk melihat balik apa yang aku dapats etiap bulan kerana masa itu aku berniaga tudung dan kain ela. Dapat duit hasil jualan kena ulang beli stok baru dan begitulah seterusnya. Tapi aku bersyukur juga, sekurang-kurangnya sepanjang berniaga tu, aku berpeluang menjual di bazar Ramadhan The Summit (walau tak untung mana) & juga di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC (walaupun kena tipu dengan penganjur). Semua itu satu pengalaman yang begitu berharga bagi diri aku yang bermula dari tiada apa pun asas tentang berniaga!

Bak pepatah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Ok, sambung lagi, selepas berhenti kerja pada tahun 2012. Awal-awal tu memang aku rasa sangat "down" sebab sudah hilang punca pendapatan tetap dan masa tu nak bisnes pun dah rasa hilang semangat dah. Mungkin sebab aku lakukan sorang-sorang, bila tiada jualan mula rasa tak ada semangat dan hilang motivasi. Alhamdulillah, masa ni kak Masayu Ahmad mendekati aku dan menawarkan untuk menjadi ejen dropship untuk produknya. Waaah, tak sangka begitu mudah jika sesuatu perkara dilakukan bersama-sama. Masa ini saya sudah mempunyai pendapatan sendiri tapi masih lagi berubah-ubah. Maksudnya tidak tetap dan pendapatan masuk mengikut mood.

Tahun lepas merupakan tahun di mana aku mula fokus menjadi guru online. Rupa-rupanya lebih mudah jika menawarkan servis dari menjual barangan fizikal. Jadi, aku teruskan sehingga sekarang. Masalah yang sama berlaku apabila hujung bulan tidak nampak di mana hasil duit yang didapati dari mengajar pelajar membuat blog? Memang misteri sehingga lah aku masuk kelas urus akaun secara online pada awal tahun ini iaitu pada bulan Februari yang lepas. Alhamdulillah masa itu aku nekad untuk terus berdisiplin dalam menguruskan kewangan bisnes. Duit yang dapat memang dicatat dan direkodkan setiap hari (jika ada) dan jika aku membeli atau menggunakan wang bisnes pun akan dicatit. Pendek kata, semua kena masuk buku kira-kira lah!


Ini adalah contoh buku kira-kira ahkak dalam laptop "baru". Yang bulan-bulan lepas dah "gone with the wind" dah bersama laptop Toshiba yang rosak tu. Padan muka tak buat back up, kena lah mula balik. Tapi sejujurnya, ini adalah yang paling asas yang aku tahu. Ada lagi beberapa urus niaga seperti stok material (untuk produk parti) dan senarai lain yang sentiasa kena update. Pendek kata, hatta 5 sen pun masukkan rekod ya tuan tuan puan-puan.

Alhamdulillah, sudah boleh nampak hasilnya. Bila kita tahu rekod kewangan kita, sekurang-kurangnya kita sudah boleh target berapa jumlah pendapatan bulanan yang dimahukan. Jangan ingat bila bekerja sendiri semua yang kita dapat itu adalah gaji kita. Nak kena asingkan juga kepada beberapa tabung seperti tabung simpanan hari tua (ingat orang kerja je ke ada KWSP?), tabung hutang dan tabung ape dah satu lagi (lupa!). Gaji juga boleh tetapkan dahulu dan selebihnya bolehlah usaha tanpa had. Contohnya bulan ini nak target gaji RM700, jika sudah mencapainya boleh target lebih lagi pada bulan seterusnya. Yang pasti kena usahalah hoiiiiii

Mana ada duit nak datang bergolek-golek ye dak?? Ini semua banyak yang aku dapat melalui sifu aku yang tak putus-putus memberikan sokongan dan mengajar kami untuk lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Pada korang yang takde sifu, jangans edih-sedih. Ini haa ada kelas offline belajar urus akaun di Shah Alam. Lagi bagus sebab dapat bertetang mata lagi dengan cikgu. Kalau nak tanya boleh tanya direct aje. Nak maklumat tak??

Ini maklumat kelas :

Tarikh : 10 May 2014 (Hari Sabtu jadi memang tak ganggu waktu kerja uols)

Tempat : Tingkat 2, PKNS Bizpoint Shah Alam

Waktu : 9 pagi - 5 petang (air mineral & makan tengahari disediakan)

Modul :

 1. Pengenalan Book keeping and accounting

2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer

3. How to do record keeping

4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan

Harga?

5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????

6. Case Study (full set of Bookeeping)

case study - hands on task. Full cycle how to do book 

keeping.

Oklah, jika berminat boleh daftar melalui aku juga. Hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Facebook : Zaila Mohamad
Sms / Whats app : 012-3228651

Laparlah pula, nanti-nanti kita sembang lagi ya! Toksah dok zoom gambar lah untuk tengok pendapatan aku. Takderlah banyak sangat tapi yang penting kena sentiasa bersyukur. Alhamdulillah!

Bye!

Selasa, 23 Julai 2013

Perhatian Buat Ibu Mengandung


klik gambar untuk pembesaran

Assalamualaikum,

Perhatian! Perhatian! Bagi ibu mengandung atau yang sedang dalam proses nak mengandung, sekiranya berminat untuk menyertai program di atas (boleh baca details di atas), walaupun anda bukan seorang blogger tapi cukup berminat untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama Dumex, boleh emailkan aku butiran peribadi seperti nama penuh, ic number, phone no & email selewat-lewatnya esok untuk urusan pendaftaran.

Email : zailamohamad@yahoo.com

Cepat-cepat sebelum terlambat!

Selasa, 26 Februari 2013

5 Buffered Earning, Terima Kasih Nuffnang!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Hari ni buka tengok akaun Nuffnang, ada 5 iklan tengah running dekat blog aku:) Walaupun hanya 1 untuk blog ini tapi sudah cukup membuatkan aku tersenyum. Penyumbang terbanyak untuk duit poket aku of courselah blog Welcome II My Life ni kan..Yang lagi 3 tu entah bilalah nak aktif balik..Tapi takpelah, asalkan ada juga iklan berbayar, walaupun sedikit lama-lama jadi bukit:)

Duit dalam tabung pon makin bertambah, takpe kita biar duduk dalam tu lama sikit, nak cash out bila dah cecah 3 angka *tapi entah bilalah tu* Setakat ini, aku masih belum terniat untuk tekan butang cash out tapi tak tahulah kot-kot next time tangan ni gatal nak tekan kan..Mari kita tengok sampai bila boleh bertahan..kuikuikui

Pada mereka yang masih belum dapat cash out duit Nuffnang tu, jangan sedih..jangan cepat give up..kadang-kadang kena belajar juga dengan mereka yang otai *yang pasti bukan aku sebab blog aku ni blog picisan sajork* kena tahu apa faktor yang boleh tarik orang baca blog kita kan? Macam blog aku ni sekarang dah jadi blog gambar makanan sudah, kalau gambar menarik takpe, ini gambar dari kamera amatur..tapi tetap buat korang tergoda kan? kan?

Alhamdulillah, sepanjang 4 tahun menghabiskan masa dekat blog ini, UV blog ini sudah meningkat. Terima kasih pada yang sudi membaca / follow blog aku ini. Insya Allah aku tak akan berhenti dari menulis/berkongsi pengalaman hidup aku. Aku rasa memang aku perlu untuk berblog, sebab di sinilah aku boleh "lari" dari rutin harian aku yang sememangnya sangat stress..HAHAHA baru jaga 4 orang anak pon dah kecoh stress kan? Bila baca balik entri-entri aku yang lama, ada rasa kelakar & sometimes rasa bodoh pon ada juga:D Tapi tak kisahlah, inilah yang dikatakan pengalaman hidup kan? Terima kasih juga pada yang sudi tinggalkan komen, aku mengaku memang teruk dalam membalas komen tapi deep down from my heart i really appreciate it:)


Terima kasih buat Nuffnang. Pada yang masih belum mendaftarkan diri sebagai Nuffnanger, baik buat cepat-cepat..


View terkini..memanglah tak segempak orang lain tapi cukup menggembirakan diri aku. Buat apa nak stress-stress bandingkan blog kita dengan blog orang lain. Yang penting aku happy dengan pencapaian diri sendiri. Terima kasih buat semua pembaca! Semoga blog ini akan terus maju & dapat menyumbangkan pendapatan yang tetap untuk aku..hehehe

Terima kasih juga pada pengiklan yang sudi memilih blog aku sebagai medium untuk memasarkan produk mereka. Pada mereka yang ingin memasarkan produk / jualan di blog aku, bolehlah email terus kepada aku zailamohamad@yahoo.com Insya Allah tiada bayaran dikenakan. Sekadar menolong secara ikhlas:)

Thank you *lambai tangan macam retiss*

P/S : baru dapat email dari wakil Huggies untuk join event diorang!!
P/S/S : Nuffnang, please please bagi aku peluang buat sponsored entry..hehehe Mana tahu kan..tuah ayam nampak di kaki, tuah blog nampak di..............(sila isi tempat kosong)

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Datang 2013


Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2013. Hari yang sama seperti hari-hari yang lepas cuma yang membezakan dengan hari yang lepas adalah dari segi pertambahan umur & usia. Alhamdulillah masih diberikan nikmat menyedut udara Allah & semoga tahun 2013 masih lagi berpeluang juga melihat anak-anak membesar di depan mata!!

Semoga segala perancangan tahun ini akan dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Selamat menyambut tahun baru masihi semua..

Jumaat, 30 November 2012

Wall's dan Legoland Malaysia Menyokong Keseronokan & Kembara

*sticky entry for the next 48 hours*

Assalamualaikum semua,

Siapa yang tak suka makan ais krim sila duduk jauh-jauh..

Teringat kenangan aku di masa kecil. Kalau demam mesti nak makan ais krim. Masa tu mana ada banyak  sangat pilihan ais krim di kedai-kedai tapi yang pasti jenama Wall's iaitu ais krim Paddle Pop pelangi! Sampai sekarang pon aku masih suka makan cuma bukanlah selalu macam kecil-kecil dulu.

Siapa yang tak kenal akan jenama Paddle Pop kan? Kalau nak tahu, Paddle Pop ini keluaran Wall's iaitu jenama ais krim kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, malah ibubapa juga pernah suatu ketika dulu membesar dengan memakan ais krim Wall's!

Pada Selasa yang lepas, telah berlakunya satu lagi catatan dalam sejarah niaga di Malaysia di mana Wall's & Legoland Malaysia telah menandatangani satu perjanjian niaga di mana Wall's akan menjadi rakan ais krim ekslusif bagi Legoland Malaysia selama 5 tahun. Lepas ni, kalau ke Legoland..jangan lupa untuk menikmati ais krim Paddle Pop ya:)

Serentak dengan pakatan ini, satu majlis telah diadakan di Rumah Titian Kasih bagi meraikan 30 orang anak yatim yang sungguh bertuah kerana berpeluang untuk melalui pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif serta melibatkan elemen kembara bersama anak-anak. Mereka juga cukup bertuah di mana Wall's telah bermurah hati untuk menaja segala perbelanjaan untuk anak-anak yatim Titian Kasih agar dapat bergembira di Legoland Malaysia..Semasa hari pelancaran juga terdapat banyak mainan yang dapat mengasah kreativiti kanak-kanak & yang pasti mereka sangat-sangat menyukai aktiviti ini.

Pasti kegembiraan ini akan lebih bermakna lagi bila mereka akan ke Legoland Malaysia & merasai sendiri pengalaman bermain di sini. Sedikit info tentang Legoland :

LEGOLAND® Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama di Malaysia, dan LEGOLAND® pertama di Asia. Berukuran seluas 76 ekar, taman tema ini direka untuk keluarga dan kanak-kanak berusia di antara dua hingga dua belas tahun. Sebuah ‘rumah kelab’ LEGO® untuk semua usia, Taman ini menawarkan lebih dari 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Terletak secara strategik di Nusajaya, Taman ini menyambut tetamu pertamanya pada 15 September, 2012.Dalam perancangan adalah Taman Tema Air LEGOLAND® yang bakal dibuka dalam sukuan kedua tahun 2013 dan Hotel LEGOLAND® pada awal tahun 2014.

Sedikit gambar sekitar majlis perjanjian antara Wall's & Legoland :


Tan Mei Yan (Pengarah Pembangunan Pelanggan, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd) bertukar hadiah bersama dengan Siegfried Boerst (Pengurus Besar Legoland Malaysia). Bersebelahan mereka adalah maskot Kapten Paddle Pop & juga maskot Legoland


Wakil-wakil dari Walls & Legoland bersama anak-anak bertuah dari Rumah Titian Kasih. Happy sangat diorang bila dapat ke Legoland percuma!!


Chan Meng Yan (Pengurus Pemasaran Malaysia, Unilever Malaysia Holdings Sdn Bhd) & juga Sigfried 
Boerst (Pengurus Besar Legoland Malaysia) bermain bersama-sama dengan anak-anak dari Titian Kasih


Penyampaian hadiah bagi mereka yang menang dalam cabaran aktiviti pada hari tersebut.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini sangat memberi manfaat kepada semua pihak. Bukan sahaja dapat menggembirakan kanak-kanak di Rumah Titian Kasih tetapi juga dapat memperkenalkan makanan sihat dari Wall's (jangan ingat ais krim ini memudaratkan pula, jika diambil secara tidak berlebihan, In Shaa Allah dapat merangsang perkembangan emosi anak-anak).

Bestnya kalau dapat ditaja ke Legoland. Musim-musim cuti sekolah ni, ramai ibubapa yang mengambil peluang membawa anak-anak ke sana. Seronok aku baca pengalaman mereka. Takpe, tahun hadapan bila hotel Legoland siap, kita pakat berkampung di sana pula so kena start menabung dari sekarang juga untuk beli tiket masuk Legoland kan:P

Terima kasih buat Kiersten yang sudi mengajak aku ke majlis ini. Tapi memandangkan kesihatan aku yang tak dapat mengizinkan aku bersama-sama bergembira makan ais krim Paddle Pop dengan anak-anak Titian Kasih, maka ini sahaja yang dapat aku ceritakan. Yang pasti, kalau aku dapat pergi ke majlis ini bersama-sama dengan anak-anak aku pasti lebih best lagi..

Paddle Pop OOoo Paddle Pop super duper yummy..*nak g cari ais krim Paddle Pop pelangilah, teringat kenangan masa kecil*

Jumaat, 16 November 2012

Apa Yang Menarik Di Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp

*48 hours sticky entry*

Assalamualaikum,

Ok, sambungan dari entry aku yang lepas (Jumpa Chef Anis Nabilah Di Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp), sebenarnya aku telah diajak melalui email untuk sama-sama menjayakan satu program antara Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd bersama dengan Chelsea Football Club. Untuk pengetahuan, ini adalah kali ketiga majlis seperti ini dianjurkan bersama & pada tahun ini, Samsung (M) Electronics Sdn Bhd sebuah syarikat yang tak asing lagi di negara kita ingin menjayakan gaya hidup sihat & persekitaran yang   mesra alam menerusi kesukanan & diet yang sihat!

Seramai 180 peserta belia yang terdiri daripada 9 - 13 tahun berpeluang dilatih oleh 4 orang jurulatih muda Chelsea. Kesemua belia adalah dari Rumah Sayangan, Little League Malaysia & Kuala Lumpur Youth Soccer.


semua peserta akan diberikan baju jersey biru & bertuah kan dapat dilatih oleh jurulatih dari kelab tersohor Liga Inggeris..ko hado??


Bukan main bersungguh lagi diorang menumpukan perhatian di dalam sesi latihan ini..bagus..bagus..


Ini adalah 4 jurulatih belia kelab Chelsea iaitu Steven Allan Winnet, Jack Collin West, Steven Leonard Shipp & David Michael Stewart..hensem-hemsem semua ni:)


Di akhir kem, kesemua peserta akan diberikan goodies beg & juga sijil penyertaan..Seronok kemain ya korang yaaaa

Demi merialisasikan gaya hidup sihat melalui pemakanan & diet yang sihat, Samsung telah menjemput chef selebriti yang tersangat gorjes iaitu Chef Anis Nabilah untuk melakukan demo masakan bagi menu yang mudah disediakan & yang paling penting adalah senang untuk disediakan. Even anak-anak pon boleh membuatnya!




Pada hari tersebut chef Anis Nabilah telah menunjukkan cara-cara memasak dengan menggunakan peralatan elektrik Samsung yang terbaru iaitu Samsung's latest convection microwave oven; the Samsung OmniPro


Nampak tak Husna yang sedang dengar penerangan dari chef Anis Nabilah dengan khusyuk! Tapi oven ini memang sangat bagus; jimat tenaga elektrik, besar & paling bagus adalah senang untuk dibersihkan!

Pada suami-suami di luar sana yang sayangkan isteri, bolehlah hadiahkan microwave oven ini buat isteri *jeling en suami* Pasti selepas ini isteri anda akan menyediakan menu masakan sihat selalu:P

Ok, selain dari itu, kami juga diberi penerangan tentang salah satu barangan elektrik dari Samsung yang harus dimiliki iaitu Samsung Eco Bubble Washing Machine

Sedikit maklumat tentang teknologi Eco Bubble adalah :

A bubble generator forms bubbles which gets detergent right to the fibres, up to 40 times faster than a high concentration liquid. This means wash temperatures can be reduced without compromising cleaning results. You can wash at just 15 degree Celsius and uses only 30% of the energy of a normal 40 degree Celsius wash cycle with better wash result.

Mesin basuh ni pon aku berkenan jugak kan? Best..best..*Hint kepada en suami*


Memang banyak sangat kelebihan mesin basuh Eco Bubble ni, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, blehlah berkunjung ke wakil-wakil Samsung sekitar tempat tinggal korang cepat-cepat. Musim-musim hujan ni, elok benorlah ada mesin basuh yang berkuasa tinggi & besar supaya boleh basuh baju banyak-banyak:P

Oklah, gambar di atas semuanya diambil dari kamera profesional, meh layan gambar dari kamera aku pula;


anak buah aku..Ingatkan daftar nama dia supaya dapatler dia berlatih bersama dengan coach dari Chelsea tu rupanya dia tak nak..malu katanya @____@


Masa ni sesi demo memasak dari chef Anis Nabilah. Memang cantik tuan punya diri sampaikan anak buah aku tanya "Dia ni orang putih (mat salleh) ke Cikla" HAHAHA Sudahlah speaking habes! Tapi memang senang pon resepi-resepi yang chef Anis Nabilah bagi ni & semuanya memang kegemaran aku & anak-anak so next time bolehlah cuba!


Sempatlah juga meninjau microwave oven yang terbaru dari Samsung ni..Kalau aku tak beli lagi oven, harus aku beli yang ini..Mempunyai teknologi multi sensor yang pertama di dunia; lepas tu semuanya digital di mana   oven ini boleh membuat anggaran berat & boleh menganggarkan masa untuk defrost makanan yang kita baru keluarkan dari freezer..Zaman sekarang kan semua nak senang je so balik je kerja, keluarkan ikan dari freezer & tekan-tekan microwave oven ni untuk defrost sambil kita pergi mandi jek..Senang kan?


Chef Anis ada tunjukkan juga cara untuk membersihkan microwave oven ni..Memang senang bangatlah..Sebab setiap kali kita menggunakanya, tidak banyak minyak yang dikeluarkan & semasa pembelian juga kita diberi peralatan tambahan untuk memudahkan kerja kita seperti bekas untuk mengukus sayuran & juga para khas untuk mengekalkan kebersihan microwave oven ini


Kalau dah namanya chef, depan ramai orang pon tak malu untuk masak..Dalam masa sekejap sangat chef Anis Nabilah dapat menyiapkan 3 jenis menu


Masa ni chef Anis tengah menyediakan biskut jagung..Tak sangka dengan menggunakan microwave oven pon boleh bakar biskut..Sedap pula tu:)


Memang senang sangat cara untuk menyediakannya tapi kalau tanya aku konpem aku lupa cara-cara nak buat tu:P Nanti-nantilah aku minta resepi balik dengan chef Anis Nabilah tu:)


Inilah menu yang sempat chef Anis sediakan pada hari tersebut; roasted chicken, steamed vege & cheese biscuit. Sampai hari ni masih terasa lagi kesedapan masakan chef Anis..hehe

Oklah, aku rasa lepas ni mesti korang pakat berebut nak pergi beli mesin basuh Samsung kan?? Jangan lupa juga beli microwave oven sekali..Tambah-tambah pula yang nak masuk rumah baru tu, konpem matching ngan konsep rumah yang moden tu:P

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari Samsung.com & baca sendiri kelebihan produk-produk ini:)


Samsung Electronics Co., Ltd. is a global leader in semiconductor, telecommunication, digital media and digital convergence technologies with 2011 consolidated sales of US$143.1 billion. Employing approximately 222,000 people in 205 offices across 71 countries, the company operates two separate organisations to coordinate its nine independent business units: Digital Media & Communications, comprising Visual Display, Mobile Communications, Telecommunication Systems, Digital Appliances, IT Solutions, and Digital Imaging; and Device Solutions, consisting of Memory, System LSI and LCD. Recognised for its industry-leading performance across a range of economic, environmental and social criteria, Samsung Electronics was named the world’s most sustainable technology company in the 2011 Dow Jones Sustainability Index. For more information, please visit www.samsung.com.



Mesin basuh rumah aku pon jenama Samsung..Alhamdulillah masih setia memberikan khidmat kepada kami. Dalam membeli barang elektrik ni, pastikan jenama & kualiti yang menjadi keutamaan kalau tak nak menyesal di kemudian hari..hehe

Rumah siapa ada peralatan Samsung sila angkat tangan! Samsung Note & Samsung S3 pon Samsung juga:P LOL

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Isnin, 12 November 2012

Jumpa Chef Anis Nabilah di Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas aku ke Damansara Damai untuk event "Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp"
Stress gila cari jalan nak ke sini, pelbagai dugaan yang mendatang..Nasib baiklah last-last tu jumpa..Kasi tunjuk sket beberapa keping gambar..Next entry lain kali yaaaaaaaaa;-


Husna & sepupu bersama chef selebriti Anis Nabilah!


Anak-anak terlampau kagum dengan mesin basuh Eco-bubble dari Samsung..Bukan setakat anak, mak anak pon kagum sekali *jeling en suami*


Ada demo masakan dari chef Anis yang super comel dengan menggunakan Samsung's microwave oven yang terbaru dari Samsung..Lepas tu chef Anis sendiri yang serve kami makan..ko hado??

Oklah, nantikan entri sepenuhnya nanti..Selamat bercuti sempena Deepavali..Apa perancangan korang nanti?? Aku sudah pastilah penuh dengan aktiviti..Semoga dipermudahkan segalanya..Aminnnn

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Khamis, 8 November 2012

Jom Sertai Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp!

Assalamualaikum,

Pada mummy or daddy blogger yang mempunyai anak lelaki/perempuan berusia 7-15 tahun, aku galakkan korang join event seperti butiran di bawah ini :-


Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. and Chelsea FC are combining forces for the third time this year to host the “Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp,” targetted at youths from 7 to 15 years old. The youths, who are recruited from Rumah Sayangan, Kuala Lumpur Youth Soccer and Little League Malaysia, will spend two hours with Chelsea youth coaches to reinforce Samsung’s commitment to nurture our future generations towards adopting a healthier lifestyle through sport and a balanced diet.

This year, the “Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp” also invites the participation of children from the media. On that note, we are pleased to extend this invitation to you and your children, for an opportunity to meet up with the esteemed and world-renowned Chelsea youth coaches, to learn about football techniques from the professionals themselves.

Celebrity chef, Anis Nabilah, will host a cooking demonstration to inspire parents and the youth participants themselves to embrace a healthier diet and lifestyle. She will showcase some of her delicious recipes, which she will create using Samsung’s latest convection microwave oven, the Samsung OmniPro. There will be a lucky draw after the cooking demonstration, in which one lucky participant will walk away with a brand new Samsung OmniPro.

Details of the event are as follows:

Date                 :           Sunday, 11 November 2012                                                

Time                :           8:30am to 1:30pm
(Media registration to start at 8.00am)

Venue              :           Chelsea Blue Pitch @ NPNG Sports Centre
Jalan PJU 10/1A
Damansara Damai
47830 Petaling Jaya
Selangor 

Pada sesiapa yang berminat untuk join event ini, boleh emailkan details korang & anak korang kepada aku ASAP. My email is zailamohamad@yahoo.com

Pada yang tidak mempunyai anak berusia 7-15 tahun, jangan risau, boleh juga join dengan syarat cari anak buah ke/sepupu sepapat ke adik beradik ke yang berusia dalam lingkungan umur tersebut..

Thanks in advance!

Selasa, 25 Oktober 2011

Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night Party

Aku tak sangka, semalam aku saje je cuba nasib untuk masuk contest ini di Nuffnang..Hari ni terkejut bila buka email dapat invitation dari Nuffnang untuk join event ni..Hanya 70 komen terbaik je akan menang tau & aku rasa sungguh-sungguh terharu sebab terpilih!! Aku ni bukanlah kaki event sangat tapi for this, aku betul-betul teruja untuk tahu lebih lanjut pasal Astro B.yond IPTV services ni. Memandangkan rumah aku hanya subscribe Astro biasa, mestilah aku nak compare kan apa kelebihan yang B.yond ni ada..Mana tahu, terbuka hati nak subscribe B.yond juga ke:P

Haritu kan aku ada bagitahu rumah mak aku yang kat kampung tu pon pakai B.yond (refer entry ni), best pula bila adik aku dok asyik rakam movie HD je, puas hati sungguh bila tengok gambar tu..seakan-akan real!!

Rupa-rupanya bukan itu sahaja kelebihan Astro B.yond IPTV, aku dapat tahu yang ianya boleh dijadikan broadband, boleh buat call, eh macam-macamlah & yang penting under one bill..Tu yang buat aku tertarik sangat sampai cakap kat diri sendiri "eh, aku kena cuba masuk contest ni, mana tahu kan boleh g event ni"
Harap-harap lepas ni bolehlah bertukar ke service astro B.yond IPTV pula:P hikhikhik

Paling best adalah this is actually a theme party;- Hollywood & Celebrities Night Party..Owh, dah boleh imagine lampu liplap & semua yang datang pakai dress glamour bling-bling gitu. Paling beeeest lagi bila 2 of the best dressed bloggers will win this;-
fuyyooooooo *jaw dropped* sama macam TV rumah aku & juga ini:-
Huhuhuhuhu..best kan?? best kan??

Lokasi event pon menarik minat aku juga..Venue : B.yond IPTV Concept Store, Solaris Mount Kiara
cantik kan??
Owh tak sabar rasanya!! Tapi kan..haritu masa nak join contest ni, kita kena bagitahu which Hollywood celebrity yang kita nak jadi sekiranya diberikan peluang untuk hadir event ni..Korang tahu aku jawab apa???? haaaa cuba scroll sket ke bawah!!



































































































Julia Robertss uolssssssss
*seb baik Julia Roberts, kalau Kim Kardashian..lagi tak bleh blah*

Oklah, ada sesiapa yang pergi event ni tak?? Kalau jumpa kat sana, tegur-tegurlah ya..aku pon tengah pening nak dress macamana ni:P

Apa-apa pon, thanks Nuffnang!! More info about Astro B.yond IPTV here

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^