Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 16 Oktober 2009

Resepi Spaghetti Meat Ball Versi Zaila~~~lalalalalalalaaa~~~

Zaila sangat suka makan spaghetti..teringat lagi kali pertama makan benda alah ni masa kat rumah ex-school mate Zaila..mak dia yang masak..serious sedap & kami akan request it setiapkali rumah dia mengadakan open house..tapi lama kelamaan, Zaila cuba minta resepi dan belajar buat sendiri..Alhamdulilah, rasanya masih sama dengan resepi yang asal;)

Bahan2 yang diperlukan adalah:
*of cozlah mee spaghetti
*one tin of tomato puree~~kalau nak kuah banyak, sila guna tin yang besar~~
*one tin of cendawan butang
*mince meat~~basuh, tos & then goreng sampai kering~~
*meat ball~~boleh beli kat pasaraya, jangan lupa goreng dulu~~
*garlic & bawang besar~~potong dadu~~
*mixed herbs
*sos cili~~kalau nak pedaslah~~
*garam & gula

Kawan2 boleh juga tambah bahan2 lain seperti carrot, broccoli, capcicum & apa2 sahaja yang boleh ditelan;p kalau ada dalam fridge Zaila, sudah semestinya Zaila masukkan semua..tapi apakan daya, dek kerana mood memasak jarang ada so Zaila pon jaranglah membeli fresh vegetables~~kalau belipon nanti akan tua dalam peti ais je~~

Cara2:
**tumis bawang besar & bawang putih dengan menggunakan minyak zaitun sampai kekuningan
**masukkan tomato puree & sedikit air~~bergantung pada tahap kecairan yang kita nak~~
**masukkan daging kisar, meat ball, cendawan butang, mixed herbs, kalau nak masukkan sayuran..make sure masuk paling last skali agar sayur tersebut tidak over masak~~kang habis terbakar diapunya vitamin & zat2 yang terkandung dalam tu~~haaa..sape yang nak jawab??
**pastu last sekali masukkan garam & gula
**pastu rasalah~~kalau tak cukup masin tambahlah garam, jangan tambah gula pula ya~~
**mee spaghetti tu pula bolehlah direbus mengikut arahan yang terdapat di plastik spaghetti tersebut..kalo tak reti jugak, main campak je dalam air mendidih, make sure tambah minyak zaitun & garam sedikit..tak tambah pon takper..kalo tambah pon tak pe;)

first time pakai jenama ni, mee dia agak halus sedikit

Zaila suka mixed herbs ni pasal dah complete segala herbs yang kita nak;- oregano, rosemary & many more Italian herbs

cendawan butang; my favourites

bawang besar & bawang putih (potong dadu)

goreng daging kisar supaya daging tu tak akan berair bila dah dimasukkan ke dalam kuah nanti

keringkan dulu

nilah rupa mixed herbs tu, Zaila kasik masuk banyak2..sukeee

Inilah rupa spaghetti meat ball Versi Zaila~~~laalalalalalaaaaa~~btw, itu bukan meat ball, itu fish ball**hikhik, korang kn tipuuuuu**

Haziq cukup menggemarinya;)

P/s : silalah cuba ya;)

14 ulasan:

N A N I E berkata...

tetibe rasa cam lapar lak hehe..

Lady of Leisure berkata...

thanks for sharing the recipe ya zaila..lady mmg akan buat nanti..
kalau zaila nak tahu, dalam slalu dok memasak tu, spaghetti ni la antara yg lady mmg langsung tak reti buat..

zarin berkata...

owh spaghetti meatball..kesukaan kami sekeluarga:)
best!

p/s
nanti i link ur to mine.tgh tk sempat nk menglink2 now nih:P

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, jom makan;)

Lady, zaila tengok lady suka masak masakan kampung..haaaa..tang tu pulak yang zaila tak reti..same2lah kita bertukar resepi ya;)

Zarin..owh ok aje;)

NadiahKhair berkata...

bukan salah brand weh. Tuh mmg jenis spaghetti tu. vercemilli adalah name lain utk mee hoon. thus, die smaller than regular spaghetti.
Satu lagi tip, xyah beli meatball kat kedai. Mince meat ko thaw dulu pastu campur diced onion+salt n paper..gaul pastu buat bulat2 then goreng. Xnak goreng pun xpe. Most of the time aku baling je dlm sauce tuh tapi make sure die masak a bit dulu baru kacau. Otherwise die jadi mince meat balik. :P

deeja berkata...

salam...psahabaatan ...singgah makan jap..sedapp nyer spaghetti
tpesena dbuat nyer....thanks 4 resepiii

deeja berkata...

deej join the club...hihihi

Zaila Mohamad berkata...

Nad, a'ah..aku pon lupa..dulu ko pernah ajar aku kan?? tapi aku belasah jer..

Deeja, siler..siler..

JHaZKiTaRo berkata...

salam ziarah dari bumi Dublin.. blog hopping.. rajin2, meh singgah my blog.. :)

Tanpa Nama berkata...

sedap! ni my fav gak. tp x suka kuah yg byk ;)

Adinda Amy Sensei berkata...

salam..


sedaknyoooo la weiy spagetti tuuhhh...terliurrrr aku...haha

Zaila Mohamad berkata...

Jhazkitaro, Dublin??? jauh tuuuuu..ok kalo ada masa zaila jengok2 blog anda ya;)

Has, zaila suka yang ada banyak kuah;)

Cik Amy, marilah rumah ambo..ambo jamu ngan spaghetti ni;)

jane_doe3328 berkata...

zaila amik vermicelli bukan spaghetti sebab tuh halus ajer mie nya :)

kalau meatball saya suka brand marina, ade jual kat giant lam kotak biru. sedap! kalau masak sup or goreng mee ker masukkan meatball neh pong amat sedap!

Zaila Mohamad berkata...

Jane..al maklumlah Zaila ni main rembat jer..tak tahu plak ada bezanya..hik hik

iya??boleh try ni;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^