Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 16 Jun 2010

Resepi Udang Masak Kuning Versi Zaila~Lalalalala~

Dah lama kan Zaila tak share resepi kan?? Maklumlah dapur dah jarang sangat berasap;D Tapi weekend yang lepas MIL datang ke rumah so nak tak nak kenalah masak kan nanti dia ingat Zaila ni menantu ke hantu hehehe

Kebetulan udang yang hubby beli di Labuan pon ada lagi so terfikir pula nak makan udang masak kuning (Zaila panggil udang masak kuning sebab tak tahu nama saintifik masakan ni) so kalau salah, sila betulkan ya;D
Bahan-bahan:-
- Lengkuas*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Semua yang bertanda * diblender sampai hancur
- cili boh
- serbuk kunyit
- santan pekat & cair
- nenas, kacang panjang & terung
- garam & nisse (atau gula)
- udang

Cara-caranya:-
- panaskan santan
- masukkan bahan yang telah diblender, serbuk kunyit, cili boh
- biarkan seketika & masukkan nenas dahulu. Sekiranya nenas yang kita beli tu adalah nenas muda, seeloknya dicelur dahulu tapi kalau nenas tu rasanya manis, boleh masukkan terus ke dalam kuah tadi
- lepas tu masukkan udang, garam & nisse
- akhir sekali masukkan kacang panjang, terung & cili hijau
- kalau kurang masam, bolehlah tambahkan asam keping

Rasanya?? masam & manis..perfect!!!
ini pula nasi lemak yang Zaila masak beberapa minggu yang lepas. nasi lemak bodoh namanya sebab tak ada lauk pauk yang menarik *cuma buat sambal udang sahaja* tapi rasanya~takderlah sebodoh namanya;D

16 ulasan:

Eliss berkata...

eliss panggil masak lemak kuning :)

kalo kelate,buat makan pagi,lauk ni makan ngan nasi putih, nasi berlauk nama dia..heehehe

zarin berkata...

sedap udang masak lemak kuning tu..slalunya my mom yg masakkan sbb i tk pandai masak lemak nih :D

Mag berkata...

gulai lemak kuning ke name die.hahaha
farah pon fail bab2 nama ni

Tanpa Nama berkata...

slam zaila..selalunya masakan yg bodoh tu sedap rasanya..hehe..auntie suka masak lemak kuning udang..semua penghuni rumah sukakannya.

mrs adam berkata...

rasanya nama masakan udang zaila tu kalau saya panggil udang masak lemak.tapi sian la nama nasi lemak zaila tu ,sian nama nasi lemak bodoh.sian2.hehe

Lady of Leisure berkata...

sekali pandang macam masak lemak kan.... welcome back zaila, dah mula memasak nampaknya yeayyy

Zaila Mohamad berkata...

Eliss, hoa masak lemok kuning deh..wak nasi berlauk??sedapnyaaaa

make nga budu pon sedap juga kam;)

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, zaila pon xreti sangat masak lemak pakai santan ni tapi one thing yang zaila perasan, kalau kita guna santan yang fresh tu hasil dia mesti akan mengagumkan berbanding dengan pakai santan peket, lagi satu nak kena ada santan pekat & juga santan cair, pastu nak kena kacau selalu..barulah sedap!!

Zaila Mohamad berkata...

farah, jolo doh tu

Zaila Mohamad berkata...

wsalam untie, kalau untie masak mesti sedap, sebab tu semua orang suka;)

Zaila Mohamad berkata...

mrs adam, haahaahaa sukahati zaila je letak nama macam tu..sebab nasi lemak kosong je sebab tu panggil nasi lemak bodo (takde lauk)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, thanks..
tulah, dapur dah semakin berasap sekrang ni..hehehe

Norhayati berkata...

versi aku plk letak halia instead of lengkuas..pahtu serai dititik..mgkin beza skit di situ. Xkesahla..masak itu kam satu seni..

OneWan berkata...

*telan air liur*

kijamm betul la zaila tayang gmbar udang besar2 camnih.. :P teringin lak nk makan, esok nak g cari udang besar..hehehe

Zaila Mohamad berkata...

Yati, versi setiap orang adalah berbeza-beza kan, yang penting rasanya sedap;D

Zaila Mohamad berkata...

Wan, husband zaila beli udang ni kat Labuan, murah-murah!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^