Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 15 November 2009

Mengapa Anda Berblog??

Sudah lama rasanya Zaila ingin bertanya kepada kawan2 semua soalan ini..Ya, mengapa kawan2 mempunyai blog dan atas alasan apa kawan2 semua berblog?? Zaila punya alasan senang sahaja, tentulah ingin mengabadikan kenangan kehidupan Zaila buat tatapan generasi yang akan datang poyo je..Owh, entry kali ini mungkin akan sedikit panjang & penuh dengan tulisan sahaja..pada mereka yang sakit mata mata berpinar2 tengok tulisan ini, bolehlah terus ke blog yang lain aja ya!!

Zaila start terjun berkecimpung~~gile skema ayat aku~~ dalam dunia blog ini pada bulan Februari 2009..At first, Zaila suka membaca blog kawan2 aje, sehinggalah terdetik untuk mempunyai blog sendiri..Selain itu, Zaila juga berangan2 nak glemer memulakan bisnes online juga..so masa tu hari2 dok menangis pujuk hubby supaya membelikan Zaila broadband..Agaknya bila dah bosan dengar rintihan Zaila, hubby pun belilah dengan syarat sewa bulanan yang RM68 tu Zaila yang bayar & memang Zaila bayar!! Tapi hanya sebulan sahaja;P bulan yan lain2 tu masuk akaun hubby..thanks ya yang^_____^

Sejak dari itu, bermulalah kisah hidup Zaila sebagai blogger mummy..~~Cewaaahh..lagi poyo;P~~ tapi seriyes, dari tak tahu apa tentang IT mak buta IT dek non hinggalah dapat belajar sedikit demi sedikit tentang dunia blog yang fana ini~~cewah, lagi skema ayat ni~~ dan sekarang ini, Zaila masih lagi cuba untuk memperbaiki mutu penyampaian bahasa Zaila;) Honestly, Zaila tak pandai nak karang berjela2 dalam BI, kalau bahasa rojak tu bolehlah;P takpee..slowslow kan..hermm..kalau Zaila fully kecek Kelate dale blog ni korang akan pehe dop?? Zaila rasa macam nak kena buat satu hari tu khas untuk belajar bahasa Kelantan ah~~Kak Ti, remember those days when we r having Kelas Bahaso Kelate with Najwa?? I miss dat moment;(

Alhamdulillah, sejak Zaila ada kedai alam maya, perniagaan Zaila makin maju semakin dikenali..dan terima kasih juga pada pelanggan setia Zaila yang senantiasa memberikan sokongan..Tak sangka dengan adanya MariKelih store, ekonomi kehidupan Zaila semakin berubah~~macam iklan Hai-O lah plak~~Hermm, tapi sekarang kedai Zaila macam tak ada barang untuk dijual pula..Maklumlah mood meniaga dah makin pudar;P Tapi, jangan risau!!! Zaila sudah bangkit kembali dengan aura semangat baru..Ingat nak ubahsuai sedikit kedai Zaila tuu..seiring dengan kemunculan tahun baru 2010 ni;) Kita tunggu & lihat jelah!!!

Selepas itu, Zaila terjumpa pula Nuffnang..hermm..baru tahu rupa2nya dengan berblog juga kita boleh mendapat $$..Rugi kalau tak join tau;P Walaupun blog Zaila tak femes mana~~ayat merendah diri~~ tapi tak salah kalau kita meletakkan iklan di sini, dapat bayaran sekadar lepas untuk bayar bill broadband pun sudah cukup bagus!!! Actually, banyak lagi komuniti iklan yang boleh kita letak di blog contohnya seperti google ads, Advertslets.com & ermm..tak tahu;8 Pendek kata, dengan menulis merapu2 pon boleh jana pendapatan sampingan..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kenalah selalu bertanya & membaca..Itu sahaja kata kunci yang perlu kita buat sebab kalau kita malu, kita yang akan rugi!!!

Setelah menjadi seorang blogger juga~~another ayat skema~~Zaila telah mendapat ramai kawan, to my lovely blogger friends, you know who you are^__^ Bila Zaila sedih, mereka sentiasa cheer me up, bila Zaila down, mereka juga yang memberikan kata2 semangat kepada Zaila..Terasa diri ini begitu berharga~~cewaahh~~ I feel so lucky to have such a beautiful friends in my life..syuuuuukur Alhamdulillah~~another iklan Hai-O~~Actually kan, bagus juga bila ada blog ni, at least kita boleh lihat perkembangan kawan2 kita..yap, Zaila senantiasa tertunggu2 kawan2 Zaila mengupdate cerita mereka especially teman2 rapat Zaila..Yelah kan, nak jumpa bukannya senang, so through my window jelah boleh berhubung;P so kepada Yati, Ayu, Saymah, Azmani, Zulailah ~~yap, they all are my lovely best friends forever~~ tidak kurang juga kepada blogger teman sekerja yang cukup gigih berusaha untuk mengupdate blognya..keep it up, Zaila akan sokong Kak Shida!! Selain itu, ramai juga blogger to be yang sedang gigih belajar cara2 untuk menjadi seorang blogger..~~hihihi to CikNorm, bila hang free??nak bagi tutorial ni~~ dan pada semua yang mengenali Zaila~~especially Nani, Najwa, Murni & Mek Nor~~ bila nak join group Zaila ni?? Meh kita pakat jadi blogger belake^_____^

Tak dinafikan juga~~skema tak ayat ni??~~ ramai mereka yang mengenali Zaila seperti sedare mare, ipar duai, rakan2, teman sekerja, teman sekolah, sematrik, se-uni & hubby?? ada membaca blog Zaila ini..so sebolehnya Zaila cuba untuk menjaga hati mereka..Kalau boleh, Zaila tak nak terapkan unsur2 negatif di sini kerana manalah tahu kot2 sok lusa anak cucu Zaila terjumpa terbaca blog ini & mungkin akan memberikan tanggapan yang negatif kepada Zaila sekiranya mereka dapati Zaila hanya tahu mencarut & maki orang sahaja..Nau'zubillahiminzalik ya!! Bukan Zaila nak berlagak baik, tapi apa yang kita lakukan di sini kadang2 akan memberikan effect kepada diri kita & keluarga kita juga..so watch out your mouth!!!

Selain itu, sejak dua menjak ini juga, Zaila semakin bersemangat untuk memasak!! Ini kesan dari berkawan dengan mereka ini ~~Lady, Zarin, Deeja, Lemongrass & ramai lagi blogger yang begitu pandai memasak;) Pendek kata suka bila dapat bertukar2 resepi dengan mereka & Zaila juga feel honoured bila ada kawan yang sanggup minta resepi dari Zaila~~owh, i'm so touched ok!!..perasan jadi chef tersohorlah tu~~Terima kasih juga;) ni yang semangat nak masak ni!!

Melalui blog juga,~~yaaaa, saya tahu ayat skema~~ Zaila had a chance to get connected with all people in the world..Tak caya?? Cuba tengok blog Ami German, Yati Jepun, Aida UK, Lemongrass Aussie & ramai lagi blogger Malaysia yang berada di luar negara sana, oh they are so lucky to have the experience living in oversea!!! How i wish to be in their shoes!! ~~haahaahaa..berangan sajo~~Yaaaa, terima kasih kepada kecanggihan teknologi masa kini yang membolehkan kita mengintai melihat mereka walaupon mereka berada jauh beribu batu dari bumi Malaysia ini..

Dengan berblog juga,~~jangan muntah kerana skemanya ayat ini~~ Zaila berpeluang mendapat banyak pengetahuan berguna tentang info2 keibubapa-an, handbags, fashions, artis & macam2 lagilah..cuma Zaila tak berapa suka dengan blog yang menitikberatkan tentang politik semata2~~rimas youuu~~Bercerita tentang ini, ramai blogger yang mempunyai minat yang berbeza2..ada yang menggilai designer handbags, fridge magnets, panggan mangkuk, setem & many more stuff yang kadang2 benda yang macam tak percaya untuk dipercayai untuk dimiliki oleh manusia biasa~~mind my ayat sewel, kepala tengah weng~~
Walaupun, kadang2 kita sendiri tidak mampu untuk memilikinya tapi at least kita dapat mengutip sedikit sebanyak maklumat tentang sesuatu benda itu kan?? yerlah to feel or touch the thing in this real world would be the most impossible thing to happen, so dapat tengok gambar pun jadilah kan?? Tak semestinya bila kita berkawan dengan seseorang itu kita akan terikut2 gaya & cara mereka juga kan?? Ramai di antara kawan blogger Zaila yang jauh lagi cantik, kaya bertuah dari Zaila tapi mereka sedikit pun tidak sombong atau lokek dalam menjalinkan hubungan alam maya berkawan dengan Zaila ni..Pada mereka ini, terima kasih tak terhingga ya!!

Hermm~~apa lagi ayat skema ya??~~ Pendek kata, Zaila memang teruja bahagia sekarang!! Dikelilingi dengan mereka yang begitu baik, begitu memahami diri Zaila ini..Kalau boleh, Zaila mahu berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mereka kerana hidup di dunia ini hanyalah sementara so we better enjoy our life to the fullest & of coz in the halal way^__^..Semoga kawan2 terhibur dengan membaca karangan kisah yang tak seberapa ini..May our friendship last forever ya!!

Ops, lupa nak tanya, kawan2 pula bagaimana?? Kenapa kawan2 berblog?? Haaaa..jawab tuuuuu

12 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hihihi.. wah best baca entri panjang dari zaila kali ni...
i feel honoured bila terselit nama lady kat sitew.. wakaka.. thanks a lot zaila.. hope kita boleh kongsi ilmu masakkan, zaila pun apa kurangnya kan, terer memasak pelbagai jenis masakkan..
lady mula2 berblog syok sendiri jer, tahun lepas mmg takde org masuk pun blog lady sbb takde siapa tahu yg lady ada blog... hihi.. dari dok merapu sorang2 baik kita merapu ramai2 kan.. :)
bagi lady lady suka berblog sbb nak abadikan kenangan dalam hidup lady, contohnya pengalaman lady gi holiday etc.. dan lady pun suka baca entri hoiday org lain selain entri masakkan n resepi.. bukan ape, kadang tu tak semua tempat kita berpeluang nak pegi, jadi bila lady baca entri org lain, lady boleh tumpang merasa pengalaman tu disamping menambahkan ilmu.. sbb tu lady suka share dengan kawan2 blogger mana lady pegi contohnya spa, kedai makan, atau cuti2..
:)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, samelah ngan Zaila..Actually, dah lama Zaila teringin mahu merapu panjang2 tapi takut tak ada orang nak baca kan;)
Yang pasti sejak berblog, Zaila rasa macam ada sesuatu yang membuatkan Zaila bersemangat untuk menjadi diri Zaila..Dulu, Zaila selalu terasa rendah diri sebab Zaila seorang yang tak cantik, pastu keje pon biasa2 je..haahaahaa..tapi bila adanya blog kita jadi tidak sedih lagi kerana ada ramai kawan yg sungguh supportive & memang benar, tiada manusia yang perfect..di situ dia lebih, di sini dia kurang so bolehlah kita sama2 membaiki kelemahan kita;)

Ms. Omey berkata...

hi, 1st time singgah cni. i pon baru lagi start berblogging. and purely just to have fun :)

Zaila Mohamad berkata...

Ms. Omey, thanks for dropping by;)
i'll link your blog in mine k;)

Tanpa Nama berkata...

pjg lebar gitu. kay has lak blog atas dorongan 2 og teman rapat. dia ckp ada blog blh ilangkan kesunyian.. maklumla..i kan lonely..hahhahha...has dah start merepek dah....make it short.. dunia blog mmg besh!! byk benda blh tau & dipelajari ;)

Zaila Mohamad berkata...

Has, sape teman rapat tu?? blogger juga ke??;P

zarin berkata...

eh nama i pun ada...hihihi thank u ye zaila...ingat u kat i...hihihi

kenapa i berblog ye?
hmmm...memula tu saja suka suka je tp tk sangka pulak dgn berblog ni dapat kenal ramai kawan kan! i suka lah..

Mag berkata...

hehe..panjang lebar..dulu mula-mula bukak blog sebab bosan dok umah lepas abis belajar..huhu

Norhayati berkata...

owh, aku mmg igt kelas bhs kelate wif najwa tu...abih tu, dh pass ke blom cik wawa kita tu?

Aku berblog hnya utk suka2..sbb tu lah suka2 jer blogku tu dh lama tak berhapdet..hahahah

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, ingat pasal you suka masak;P & i'm so jealous with you dapat stay kat rumah tengok hasya membesar depan mata;)

puan.farah, bagus!! sambil hilangkan bosan boleh kenal ramai kawan juga;)

*gorjesmum* berkata...

zaila i pun baru start blogging this year..asyik baca blog org pastu i berangan nak ada blog sendiri hehhe..tp blog i simple2 je taktau la nak cantek2 mcm u all nye blog :(

babe nanti i nak tanye something..nti i email ek..thanks :D

Zaila Mohamad berkata...

Yati, dop tahulah..agaknya dia kn GB kot..haahaahaa;)
Updatelah slalu..aku suka tengok aksi Naurah tuuu

Gorjesmum, takpe..mula2 tak cantik..lama2 nanti cantiklah blog you tuuu;P
Zaila dah receive & already reply pun!!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^