Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 12 Disember 2009

Krismas @Jusco & Selangor Cuti

Tajuk macam gempak je..Padahal takde apa nak cerita pun tentang Krismas di Jusco..hihihi..just nak bagitau yang semalam pas keje kami ke Jusco Bukit Tinggi gila suka datang sini hari-hari sebab mahu tukar seluar hubby yang dibeli masa Jcard day tempohari..Maklumlah masa sale tu terus rembat je pasal malas nak try pasai masa tak cukup & orang ramai, last2 balik rumah terketat hubby tak nak ngaku dia makin gemuk so nak tak nak kenalah g Jusco balik untuk tukar seluar tersebut!!! Bila sampai di Jusco tu, agak terkejut jugalah sebab SALE masih lagi ada & sampai 3hb tahun depan lama tuu & most item yang kitorang dok berebut masa Jcard day haritu pon masih on SALE lagi..Gulp, mak telan air liur jolah tak nak ngaku tipah tertipu. Seb baik, bila check balik harga baju yang kami beli haritu, rupa2nya kami masih bijak berbelanja lagi pasal masa Jcard day tu potongan sebanyak 70% sedangkan sekarang hanyalah 50% sahaja seb baik tau!!
Sekarang ni kat Jusco Bukit Tinggi ada pokok krismas yang besar & semuanya dibuat dari botol air mineral terbuang..Memang cantik!!! Nanti nak ajak hubby g MidValley pula, mahu lihat pokok krismas di sana pula!!
Husna dengan baju tidurnya!!

Semalam (hari Jumaat), kami cuti~~Happy Birthday YM Sultan Selangor~~ so kami dok rumah je, Zaila settlekan laundry & kemas rumah sket..Petang tu, kami bawa anak2 ke taman Kota Kemuning untuk jogging bawa Haziq berbasikal..Cuaca petang tu sangat ok & ramai orang sedang bersantai2 di sana..Taman ni tak jauh dari rumah kami, hanya 15 minit sahaja sudah sampai di sana..
Tengoklah Amirul tu, sian Ameera kena jalan kaki!!
Haziq dah makin pro dah merempit!!
Kami suka datang sini, ada kolam, ada ikan, ada kura2, ada air pancut & awek seksi tengah jogging, ada rumah cantik..aaahhh..tetiba teringat sal rumah baru kami..adusss..bila boleh pindah ni??
burung2 pun ada juga!! (nampak tak??)
Owh, sudah lewat petang..masa untuk pulang!! sambil tu, bolehlah nikmati Prosperity Burger di McD seberang jalan sana!! bakar 1 kalori, makan 100 kalori..aduissshh!!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harapnye misi has nk ke klcc berjaya esok! ngee

Zaila Mohamad berkata...

Has, Zaila pun rasa macam nak g KLCC je ni;)

zarin berkata...

rumah zaila dekat ngan taman kota kemuning???slalu lalu tp tk pernah singgah..BIL's hse kat bukit rimau

By Ticer Liza Yacob berkata...

salam dik

akak dah follow. tau tak? dulu akak pun penah guna background ni. he he

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, sekarang Zaila menyewa pon area Bukit Rimau juga & beli rumah pon area sini juga!!
Kalo datang umah BIL u, calling2 ah;)

Zaila Mohamad berkata...

Ibu Zaaz, ah iya?? arghh..instinct kita same ah!!

Mag berkata...

huhu..bile nak pindah rumah baru?

Lady of Leisure berkata...

best tgk sambutan krisman kan zaila.. masing kreatif.. kat pavillion smlm depa buat salji turun tapi tatau la salji betui ke idak kan sbb lady nampak dari dalam... tak sempat nak kejar.. salji tu depa wat turun kejap jer dalam 10-15 minit gitu..

c_da berkata...

menarik pokok2 kt jj tu..bahan terbuang lg...memang kreatif

Madam Bling Bling berkata...

i pown sukeeee pegi jj bukit tinggi, i stay kat parklands not far away from jj...anyway, nice blog and exchange with mine!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^