Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 23 Januari 2010

Dine @ Vivo Jusco Bukit Tinggi

Hi, salam hujung minggu semua!! So, ke mana kamu semua?? Zaila buat masa sekarang tak ada apa2 perancangan lagi..Duduk rumah layan blog lagi bagus;)

Well, just nak share cerita semalam. Kami ni macam biasalah, kalau dalam seminggu tak menderma singgah di Aeon Bukit Tinggi, rasa tak keruan aje!! Sudahler tengahari masa lunch hour Zaila dah singgah menderma kat situ;p Petang lepas waktu keje, hubby ajak ke sana untuk bawa anak2 berjalan~~alasan, padahal mahu tengok Hush Puppies punya sale~~

Lepas je solat maghrib, kami terdengar bunyi bising. Owh, rupa2nya ada pertunjukan dari ahli akrobat sempena CNY yang akan datang ni..Sempatlah snap 2 keping gambar ni;p then terus blah sebab tak tahan bunyi bingit muzik mereka~~faham2 jelah kan~~
budak lagi dah pandai buat stunt, mahu ganti Jackie Chan kah??

Malam tu, kami jalanjalancarimakan..Herm, dok tawaf ground floor tu ntah berapa kali ntah, naik malu rasenya sebab asyik muka kami je yang dok lalu lalang depan restoran kat situ;p Agaknya kalau budak2 waiter kat luar tu pon dah naik muak nengok kami berempat yang asyik lalu depan kedai makan mereka sambil2 usha menu yang best padahal nak cari yang murah!!
Last2 kami tergoda dengan pujukan adik waiter masuk dalam kedai ni..

pic googled

Environment dalam kedai ni sangat selesa, so sesuai untuk bawa keluarga mahupun makwe mahupun kawan2 untuk makan di sini;-)
kenapa watermark di letak bawah dagu??cuba teka?? muahahahahahaahaaa
owh, abaikan muka Haziq yang manja ngada2 disebabkan demam!!
papa muka tak puas hati kena jaga Ameera si pengukas (pemanjat) meja!!

Hubby order ini~~abaikan silau dari lampu restoran ittew~~
Zaila order yang ini tapi satu set dengan mushroom soup lagi
untuk beverage pula kami order Mocha & hot chocolate, teringin nak try minuman berais tapi since ada budak lelah tak sihat, terpaksalah batalkan saje niat kami tu;p
ini hubby punya, yap..rasanya sedap & nasinya sungguh wangi~~hubby memang mulut Melayu sungguh, tak boleh hidup tanpa nasi~~
Well, this is mine..cukup untuk menambah lemak2 di badan ini;p

Layanan di sini cukup baik, and guess what every RM20 and above yang kita bayar, kita berpeluang untuk dapatkan pelbagai jenis kek pada harga yang murah (for dine in only) tapi kami tak order pun sebab yang order ni pun sudah membuatkan perut kami penuh!!

Selain itu, jika kita mengisi borang survey tentang perkhidmatan mereka, kita akan dapat satu benda (dunno what is the exact name of it)~~alaaa yang kita boleh tampal kat fridge tu, tapi bukan fridge magnet~~ so Zaila isi jelah kan, lagipun servis & makanan diorang pun not bad!!
Insya ALLAH, kalau ada duit rezeki lebih, kami datang lagi!!

Ops, lupa nak kongsi..untuk semua yang kami order tu, kami dikenakan bayaran sebanyak RM47.40 ~~consider murahlah lagi kan??~~

Gendang gendut tali kecapi..
Terima kasih hubbiiiiiii...
gambar selingan 1 : i love that dress (pink) from MANGO
Gambar selingan 2 : terima kasih Jusco sebab pinjamkan troli ni;p

Till then, have a nice weekend!! Zaila nak p kemas bilik sat noooo..

14 ulasan:

zarin berkata...

kalau i pun sure akan order salmon steak tu sbb pantang nampak salmon..musti nk mkn aje :)

Lady of Leisure berkata...

sedapnya salmon... suka sangat sbb rasanya yg lemak2 tu kan.. lagipun org kata makan salmon kulit pun cantik..
:)

maya amir berkata...

salmon..ohww salmon:)yummieee

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, sedap juga ikan salmon ni ya;)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, iya?? kalo macam tu nak kena makan selalu ah ikan salmon ni

Zaila Mohamad berkata...

Maya, sedap!!

eynda berkata...

Sedapnyer salmon tu...walaupun seminggu sekali ada menu salmon...tak pernah jemu :-D

KV berkata...

sedap2 nya makanan!!!

Zaila Mohamad berkata...

Eynda, tulah zaila selalu terliur tgk salmon yang eynda buat

Zaila Mohamad berkata...

KV, sedap sungguh hingga membuatkan hancur dietkuuuuuuuuuuuuu

Tie HT berkata...

okeh la tu harganya..teringin nk makan tp jauh sgt..huhu

Mag berkata...

muke haziq comel jer walupon demam..hahaha

salmon tuh sangat mengujakan~~~~~

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, nanti kalau mai KL singgah ah sini

Zaila Mohamad berkata...

Farah, haahaahaaa..comel ke, ngade2 ade;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^