Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 18 Februari 2010

Bersediakah Anda Untuk Menjadi WAHM??

Di dalam dunia yang mencabar ini, pernahkah anda terfikir untuk meletakkan jawatan & menumpukan sepenuh perhatian di dalam membesarkan anak-anak?? Berapa ramai yang sanggup melepaskan kenikmatan merasai sendiri duit hasil bekerja demi untuk menjaga makan pakai anak-anak mereka?? Syabas bagi kaum Hawa di luar sana yang sanggup berkorban melepaskan jawatan di sesuatu organisasi demi menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa, sesungguhnya anda seorang yang hebat!! bila Zaila nak ikut jejak langkah ni??

Namun, dalam dunia IT yang berkembang maju, sesungguhnya kaum Hawa tidak seharusnya takut untuk melepaskan jawatan mereka demi anak-anak. Rentetan itu, terhasillah istilah Working at Home Mummy (WAHM) atau lebih dikenali dengan ibu yang bekerja dari rumah. Bukankah bagus kerana dalam masa yang sama kita dapat mendidik anak-anak dan melihat mereka membesar di hadapan mata kita setiap hari?? Terlalu banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencari pendapatan sampingan. Contohnya adalah dengan membina website, e-book atau melakukan bisnes dari rumah. Sekiranya anda mempunyai sesuatu kemahiran seperti pandai membuat cupcakes, menggubah hantaran atau membuat kraftangan, anda bolehlah memaparkan hasil kreativiti anda melalui medium seperti blog, forum, website & juga laman sosial seperti facebook & friendster. Seterusnya akan menarik ramai minat pembeli / pelanggan di luar sana untuk membeli atau mencubanya.

Harus diingatkan bahawa sebelum seseorang kaum hawa itu berhenti dan membuat keputusan untuk menjadi seorang WAHM, pasangan mereka haruslah mempunyai sumber kewangan yang kuat dan boleh menampung kos hidup keluarga tersebut. Selain itu, menjadi seorang WAHM memerlukan tuntutan disiplin yang tinggi kerana mereka harus pandai membahagikan masa di antara memenuhi keperluan anak-anak dan perniagaan yang dijalankan. Mereka juga mesti pandai menarik perhatian anak-anak (terutamanya yang beranak kecil) agar tidak mengganggu atau mengacau ruang kerja (Work station) ibu mereka. Untuk permulaan, seseorang mungkin akan pening dalam menyusun atur jadual kerja seharian mereka, ditambah pula dengan jadual kerja sang suami dan jadual persekolahan anak-anak. Di sinilah pentingnya agar WAHM mempunyai perancangan & penyusun atur jadual yang terancang agar semua perkara dapat berlaku dengan sempurna & kemas;)

Bukan senang kan untuk menjadi seorang WAHM ni kan?? So pada semua WAHM di luar sana, Zaila tabik spring pada mereka semua, tak kiralah yang masih belum mempunyai anak atau beranak lebih dari seorang. Zaila salute mereka semua & Zaila juga berharap yang suatu hari nanti (one fine day) Zaila akan mengikut jejak langkah mereka semua. Kepada WAHM yang membaca entri ini, bolehla kiranya anda semua memberikan tips atau sedikit nasihat bagi mereka yang bercadang untuk meletakkan jawatan & menjadi seorang WAHM juga, care to share anyone??

Dalam pada itu, Zaila pun nak kongsi satu rahsia jugalah;) Mungkin terlalu awal bagi Zaila untuk berhenti kerja tapi kalau sudah ditakdirkan begitu, Zaila pasrah & berusaha untuk memberikan yang terbaik buat suami & anak-anak Zaila. Buat masa sekarang, biarlah Zaila start dari bawah dulu iaitu mengembangkan bisnes online Zaila ni. Alang-alang sudah mencuba, biarlah sampai berjaya suka suka hati je buat pepatah ni so Zaila sudah set up kan satu bilik di rumah Zaila untuk dijadikan sebagai work station Zaila;-
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaa..tempat kerjaku!! ~sebagai permulaan~

Di dalam bilik inilah nanti Zaila akan bekerja (sila abaikan monitor PC tu sebab CPU rosak), sekarang ni Zaila guna notebook Toshiba yang dibeli oleh hubby Zaila hampir setahun yang lalu (thanks yang). Printer pun ada, ada buku Invoice, bil filing & kalau penat boleh landing kat katil bujang sebelah tu;P ngeh ngeh ngeh..Actually ni kat rumah sewa Zaila so tak boleh nak buat proper, kalau dah pindah nanti, bolehlah beli rak buku & meja yang cantik sket;P
Actually masih ada lagi barang yang Zaila nak beli sebagai kelengkapan di bazaar nanti. Tapi kenalah tunggu sebab budget tak berapa mengizinkan lagi. Bila bilik tu dah penuh dengan barangan, Zaila akan tunjuk lagi gambar work station Zaila ok;) Setakat ni, itu aje yang mampu disediakan..ngeh ngeh ngeh

Paling tak tahan siap print iklan ilovebazaar tuuu;-
yang pasti ianya akan menjadi penguat semangat Zaila untuk menjadi seorang bisnesswoman yg berjaya suatu hari nanti..Amiiinnn^___^ takpun jadi WAHM pon best juga;D

23 ulasan:

eynda berkata...

9 tahun yg lepas eynda bermula dgn SAHM...3 tahun kemudian mula menjadi WAHM bertahan 2 tahun je sebab kesihatan tak mengizinkan tau aje la buat bisnes kena layan customer walaupun ada masalah....sampai sekarang kekal dgn SAHM aje...tapi ada perancangan nak jadi WAHM balik...tak tau bila :-D

ME berkata...

All the best. Semoga Allah mempermudahkan urusan Zaila & dimurahkan dengan rezeki yg halal. me mmg dahlama nak WAHM, dari bebudak kecik till now .. akhirnya terdpt kerja betul2 depan rumah, rasa mcm dok umah gak ler.

mohdandmeriam berkata...

salam zaila . insyaallah satu hari nanti auntie rasa zaila will be one of the WAHM...kena gigih berusaha dan sokongan suami dan keluarga cita2 ni pasti berjaya.

fabulous.farah berkata...

ore bukey WAHM tapi WAHW (working at home wife) =p

xsure layak ke tak bersuara.=p tp ape yang farah rasa la

1) kene tahan orang berkata-kata.
2) buzy di luar waktu orang bekerja. kene jumpa orang merata2 ( kalau bisnes farah). tapi still sangat lapang sebenarnya.
3) mungkin akan hilang respek dr sesetengah orang. maklumlah orang tak tahu buat bisness ni duit kita berapa. tapi kalau suami gaji lebih sikit orang cakap. perabih duit suami lah tu.(rujuk no 1 orang ni kata macam-macam)
4) kene rajin. jangan hot-hot chiken waste=p
5) pandai uruskan duit sendiri.
6) kita xleh hidup mewah macam orang lain. sebab kene beringat masa susah. maklumlah. duit hasil usaha kan. orang bekerja ni tayah risau. duit masuk tiap2 bulan.kita nak buat loan pon susah.

tapi husband bagi full support dan ade kewangan yang kukuh ok. mula-mula buat bisness memang r sikit dapat. masa 1st month ore dapat 3-4 ratus je kuk.tapi lama-lama ok lah.tapi still xleh lawan gaji engineer lah~

tapi ore puas hati lah. ore ade banyak masa kat umah. kawan-kawan pon sangat baik ngan kite sebab kita free je manjang so jadi tempat meluahkan perasaan. and ade banyak masa nak improve diri terutamanya berkaitan ngan agama.
dengan kata lain. hidup rasa dilimpahi dengan kasih sayang.

ore tak dop niat nak cari kerja la setakat ni =p

sori lah kalau pendapat xleh pakai.ngahaha

Lady of Leisure berkata...

all the best zaila...
suka tgk zaila yang sentiasa bersemangat...

Tihara berkata...

Bagus Zaila..kuat semangat macam emak nya juga..

akak pernah resign tanpa pikir panjang dulu..memang banyak cabaran tapi di mana bumi dipijak,kalau kita terus berusaha pasti ada hasil untuk kita..org kata rezeki di mana-mana..Insya-Allah

zailamohamad berkata...

Eynda, bagus tu..takpe, i heart SAHM juga;) at least Eynda dapat melihat anak-anak membesar depan mata kan, puas hati bila dapat jaga mereka sendiri;)

zailamohamad berkata...

ME, thanks again..sekarang pon Zaila boleh bertahan di tempat kerja sebab office dekat ngan rumah & satu kompeni ngan hubby so takyah nak pk panjang. Mungkin bila anak-anak sudah start bersekolah nanti Zaila akan berhenti and menjadi WAHM atau SAHM kot;) Insya ALLAH

zailamohamad berkata...

Untie, memang!! bukan mudah untuk menjadi seorang yang berjaya kan;)

zailamohamad berkata...

Farah, panjang sungguhkata2mu ittew, jangan takut ntok menyuarakan pendapat;)
akak rasa farah kena pedulikan apa yang orang lain cakap, yang penting kita sentiasa mendapat restu & sokongan dr suami so dia yang tahu betapa kita bersusah payahnya untuk mencari duit dengan cara kita sendiri..mulut orang memang xleh nak tutup sokmo;p
lagi satu, memang xboleh hangat2 tahi ayam..hahahaaa

zailamohamad berkata...

Lady, kadang-kadang Zaila rase down juga tapi bila tengok muka anak-anak, terus semangat balik!!
thanks Lady

zailamohamad berkata...

Tihara, betul tu..selagi kita percayakan ALLAH, rezeki ALLAH ada di mana2 juga cuma kena usaha sket kan..
Zaila hanya mewarisi sedikit (dalam 10%) semangat mak zaila, masih banyak yg perlu dipelajari!!

MQ berkata...

nasihat saya yg dah bertahun jugak jadi WAHM (dulu work at home wife sebelum dpt anak)kena kuatkan semangat dan usaha keras..kalo keje mkn gaji, ada MC, ada bonus tahunan, epf, medical benefit dsb, bila keje sendiri ni..semua kena beringat lebih..

mcm zaila ckp la, kena ada sokongan padu dari husband, yg penting dia pon mampu nak tampung hidup with single income sebab awal2 meniaga mmg modal keluar, untung belum tentu..

yg penting niat kita nak jadi WAHM utk apa, kalo niat ikhlas nak jaga rumahtangga dan anak2 disamping cari rezeki halal utk bantu kuarga insyaallah tuhan akan permudahkan..

CT NORAMIZA berkata...

zaila, akak doakan zaila berjaya, x yah bgn pagi2 pegi keja mcm akak lg nnt :)

N A N I E berkata...

rindunya kat Zaila..:)
seronok dengar pasal WAHM..berbekalkan semangat yang tinggi dan usaha yang gigih, insyaAllah Zaila berjaya..:)Mesti ur Haziq besh sebab mama ade 24 jam :)

zailamohamad berkata...

MQ, thank you for sharing..buat masa sekarang Zaila tak terfikir lagi untuk resign tapi insya allah, sambil2 kerja nak lakukan bisnes dr rumah..tak sia2 kalau kita usaha demi anak2, insya ALLAH akan dipermudahkan segalanya;)

zailamohamad berkata...

CT, thanks akak!! tapi rasanya kalau jadi WAHM pon kn bangun pagi juga sebab nak hantar husband keje kan;) heheheee

zailamohamad berkata...

Nanie, Zaila pun rindu kat Nanie juga**hugss**

Jangan Haziq bikin mama marah sudahlerrr;)

AYUKIRANA berkata...

zai, akupn slaluje terpikirkan nak jadi WAHM..tapi kena ada back-up plan dulu..sian kat baby bg org jaga..huhu..nak try business tp xterer aa zai...

sisdee berkata...

suke semangat zaila..teruskan..jngan peduli apa orang kata..
yg pnting kita kena tebalkan telinga..senyum sentiasa kat bibir..kuatkan ati..

orang keliling tak pnah nak kasi kata2 smangt..klu ada pun sgelintir..akan dgr yg negatif dari positif..tp kuatkan smangat jek..insyaallah diberkati :)

zailamohamad berkata...

Ayu, nak buat bisnes buat slow2, kalai takde modal yang banyak buat macam aku ah..bila da untung sket2 bolehlah makin kembangkan bisnes, tapi satu je ko mesti rajin & never give up ah..ko takyahlah berenti Yu, at least gaji ko dah besar, macam aku ni mana cukup..haahaahaa..napsu membeli belah besar sebab tu nak kn cari cara tambah pendapatan;D

zailamohamad berkata...

Sisdee, tulah!! macam2 orang dah mengata kat saya ni, sampai kena pulau pon pernah tapi saya tak pernah patah semangat..selagi hubby menyokong saya, selagi tu saya akan terus mara ke hadapan;)

Umi Aliya berkata...

selamat berkenalan. walaupun nmpk entri ni dah agak lama, tp saya tetap nak tinggal komen. saya pun tengah plan nak jadi WAHM, blog pun baru je buat. Hope kita leh kongsi idea dan pengalaman. jemput singgah blog saya yea...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^