Thursday, March 20, 2014

Tak Sabarnya Nak Balik Kampung!


Assalamualaikum,

Esok dah cuti sekolah ya (bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor). Tak sabar dah rasanya nak balik ke kampung bercuti. Insya Allah cuti sekolah ini akan berlangsungnya majlis pernikahan adik ipar aku (adik perempuan en suami) pada 27/3/2014. Mana yang ada di kampung masa tu, jemputlah datang ke kenduri kami di Tumpat. Sila tinggalkan komen di bawah, nanti aku akan hantar kad undangan ya:)

Tahun ini memang merupakan tahun adik-adik aku menamatkan zaman bujang. Bermula dengan adik ipar yang ni (Kak Zura), kemudian bulan raya nanti adik aku sendiri yang akan menamatkan zaman bujangnya. Akhir sekali adik ipar yang bongsu pula bakal menamatkan zaman bujang pada bulan Disember nanti. Wah, berderet-deret majlis perkahwinan tahun ni. Yang pasti, aku tumpang gembira untuk adik-adik. Setakat ini hanya boleh bagi sokongan moral aje, kalau nak tolong lebih-lebih, mak buyong tak larat! hehehe

Gambar di atas tu masa majlis pertunangan yang berlangsung pada 21hb Disember 2013. Sama dengan tarikh birthday Haziq. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis kecil-kecilan tapi meriah. Maaflah sebab aku memang lupa untuk bercerita di sini. Malah, raya cina yang lepas pun aku balik kampung untuk majlis merisik adik aku pun tak sempat nak cerita di sini :) Kita tunggu gambar kahwin jelah ya, itupun kalau rajin nak masukkan:P

Oklah, doakan semoga perjalanan kami pulang ke kampung selamatlah belaka. Insya Allah jika ada masa aku akan update tentang majlis persiapan raja sehari ni. Mungkin melalui Instagram sahaja sebab ianya mudah & cepat! Kalau nak masukkan dalam blog kena tunggu balik Shah Alam baru lah boleh nak stori panjang-panjang sket.

Sehingga bertemu kembali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015