Semalam, selesailah misi Zaila dalam membeli kelengkapan MKS ni, cuma ada nak kena beli sedikit lagi hanger bagi menggantung kain ela & sedikit lagi tudung (stok baru is on the way), and sedar tak sedar hanya tinggal seminggu lagi sebelum tibanya minggu Zaila akan meniaga di Subang Parade tuu..Tipulah kalau cakap Zaila tak berdebar..Maklumlah, tak dapat Zaila bayangkan sambutannya nanti..Paling risau kalau-kalau barang niaga tak cukup, maklumlah setiap orang berbeza citarasa kan, so Zaila risau kalau barangan yang ada tu tak dapat menambat hati pelanggan;D tapi kalau dapat menambat hati, syukur Alhamdulillah!!
Owh, pasti ada yang tertanya-tanya kan apa yang Zaila akan jual di booth Zaila nanti kan??
Insya Allah, akan ada pelbagai pilihan tudung (yang seperti ada di blog MKS) & juga tambahan tudung lain yang didatangkan khas dari butik abang Zaila. Selain itu, terdapat juga kain ela & sutera di datangkan khas dari negeri Kelantan & dijual pada harga yang berpatutan..Kalau tak percaya, kenalah berkunjung ke booth Zaila nanti, tengok & bandingkan sendiri harga tu;) Kalau tak nak beli pon tak ape juga, just singgah meriahkan suasana aje;) Zaila juga bercadang untuk menjual balik pre-loved items (pakaian & aksesori) yang masih baru pada harga serendah RM10 (daripada dibiarkan berhabuk di dalam almari, baik kita
"Ok enough merepek merapu Zaila, orang kat luar sana dah naik muak dengan cerita kamu tu, Asyek-asyek dok ulang benda sama aje;D macamlah kamu seorang yang pandai meniaga" Agaknya inilah kata hati orang yang selalu baca blog Zaila ni (kot)=D
Think positive!! Oklah kengkawan, sudisudikanlah singgah di booth Zaila nanti ya, tak nak beli pon takpe, Zaila tak paksa, datang jenguk booth2 yang lain pun takpe, supportlah flea market di Malaysia & bantu usahawan muda yang baru nak bertapak di arena business ni..cewaaah!!
Oklah, layan gambar-gambar MKS yang diisytiharkan beroperasi secara rasminya pada hari ini (sorrylah tak ada acara potong riben bg merasmikan MKS ni)
14 ulasan:
wah tahniah ek zaila...hehehhe..kita pun dah lama tingin nk ada kedai camtu :(
salam zaila. alhamdulillah semoga MKS akan berjaya. satu permulaan yg baik.
all the best Zaila :)
Sisdee, thanks..untuk permulaan secara alam maya sahaja..doakan moga bisnes Zaila makin mantop & boleh ada butik suatu hari nanti;)
wsalam untie Meriam, thanks for your support
CY4.0, thanks a lot for your wishes!!
Good Luck! Zaila..semuga ur biz semakin maju nanti
tahniah zaila.. semoga bertambah maju..
:)
kagum gak ngan zaila..all the best! Insya Allah berjaya! :) kalo saya kat KL dah lama turun subang parade nak kelih MKS..
Tihara, thanks!!!
Lady, doakan ya;)
Wan, thanks..alaaa butik biaser je, baru beroperasi di alam maya dahulu;D
Mesti Zaila berdebar debar kan? :) InsyaAllah semuanya akan ok..semoga bisnes Zaila berkembang maju :))..teringin nak gi Subang Parade nanti :)
Nanie, datang ah..nanti zaila kasik harga murah2 dekat Nanie;)
Catat Ulasan