Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 14 September 2009

Generasi K.T.T.

hari ahad lepas
ada iftar ngan kawan aka bedmate masa kat matrikulasi dulu
Zaila, saymah & murni
kami semua memang sebilik kat Rumah Redang dulu
banyak sungguh kenangan manis & pahit sepanjang setahun berada kat sana
Zaila dulu matrikulasi tahun 2000
kat Kolej Teras Timur (KTT) di dungun
dekat ngan pantai laut cina selatan
memang best!!
Saymah bertemu jodoh ngan otai KTT--jeming--
Murni pula bertemu jodoh dengan Pejar--presiden MPP--
Zaila pula bertemu jodoh..ngan mamat mana ntah;p
last year kami buat iftar kat rumah Zaila
Zaila buat nasi kerabu & diorang datang bawa lauk masing2
this year turn rumah Saymah pula
by the way
ini adalah muka generasi pelapis KTT
owh, sorry kualiti gambar sangatlah tak cantik
maklumlah kamera baru padahal tak reti pakai

Amirul Haziq (harap2 jadik ketua pembangkang kelas)

Tengku Izzat Arman jejaka idaman Malaya baru 10 bulan ibuIjatt dah mabuk2;p

Nur Ameera Husna yang comel macam mama dia;p

Nur Jannah pemalu & mysterious same like her mom;)

thanks Saymah pasal susah2 jer masak ntok kitorang
moga tahun depan dapat sambung tradisi ni lagi
errrr
turn sape plak ya??? buat2 garu kepala
owh by the way
ini adalah antara menu2 yang telah kami hadam semalam


tembikai sebagai pembuka selera

kerabu perut yang dimasak oleh chef Zaila di param

ikan haruan goreng..actually kuminta ikan keli tapi dapat haruan..lagi best!!!

peparu goreng bercili juga diimport dari param

ikan ape ntah dibakar di atas daun pisang..sorry mah, sebab mu terpaksa menebang pokok pisang belakang rumah mu semata2 nak jamu kami ngan resepi ini;p

kacang goreng ngan tempe

kerabu sotong

last sekali adalah menu yang paling menyengat
ketam masak lemak

Serious sedap semuanya pong sket
aperlagi mah
cepatlah update blog mu ngan resepi2 menu di atas
hok param tu tak payohlah;p

Walaupon kami tidak berbuka di hotel antarabangsa
mahupon restoran ternama
tapi kami amat gembira bertemu sekali sekala
harap2 tahun depan ada juga
rumah sape??
sape2 aje..
ntahapohapontah..
^_^

P/s : ntok Murni & Saymah, tahniah di atas hasil usaha anda, mak tumpang gembira..mak pon dok bercadang nak berusaha juga;p

12 ulasan:

Norhayati berkata...

kenapa aku tiada di tempat kejadian? :O

Zaila Mohamad berkata...

anda kan tidak diundang;p

Tanpa Nama berkata...

seronok nye.. jumpa kwn2 lama. pastu siap memasing dah ada pelapis gitu ;)

Nurhayati berkata...

aduhai tgk peparu goreng bercili sedapnye.. feveretku.. makan camtu je pun takpe.. hihi

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wah menuuuuuuuuuuu ... mmg rambang mata nengok ;-)

mrs shaifull berkata...

bestnya dpt bukak puasa ngan kengkawans lama, zaila masak apa plak?

Zaila Mohamad berkata...

has, gitulah..generasi matrikulasi, generasi U, seronok jer diorang sebaya semuanya;)

Zaila Mohamad berkata...

Yati, betol tu..Zaila pon suka..tapi mesti yang garing r..kalo yang lembik2..errr..tak selera

Zaila Mohamad berkata...

Kak Diana, memang banyak & sedap;)

Zaila Mohamad berkata...

Zaila tak masak ape kak CT, haritu kn mood MALAS;p tapi zaila beli kerabu perot & paru bercili tu

N A N I E berkata...

best kan sesekali dapat berbuka ramai ramai camtu..mesti banyak citer :)

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, memang best..banyak cerita nak bagitau tapi masing2 busy melayan anak2 juga..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^