Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 15 April 2010

Perlu Tak Buat Kawalan Serangga??

Rumah kawan-kawan ada serangga merayap macam lipas & tikus tak?? Actually rumah yang Zaila menyewa sekarang ni siap ada anai-anai lagi dok mengorek pintu bilik kitorang. Kalau malam tu siap bunyi lagi "krek krek krek" hehehehe naseb baiklah kami dah tahu angkara siapa, kalo tidak sudah pasti kami ingatkan HANTU;D

Well, nasib baik rumah baru kami dah buat kawalan serangga siap-siap. Pada mulanya ramai yang bagitahu bahawa rumah akan rosak bila dibuat pest control ni tapi disebabkan Zaila tak mahu ambil sebarang risiko, Zaila & suami rasa baik kami buat aje kawalan serangga ni sebelum kami berpindah masuk ke rumah tu. Maklumlah, kita bukan tahu bila anai-anai mahu menyerang kan, so ada baiknya Zaila ambil langkah pencegahan dulu dengan membuat kawalan serangga ni.

Selalunya kalau kawasan perumahan baru, pihak developer rumah mungkin akan buat siap-siap tapi bagi mereka yang membeli rumah yang sudah agak berusia (selalunya lebih dari 10 tahun), anda dinasihatkan supaya membuat kawalan serangga ini kerana berkemungkinan ada terdapat serangan anai-anai di dalam bahagian kerangka rumah tersebut. Kawasan tapak pembinaan rumah juga memainkan peranan yang penting juga, kalau rumah kita terletak di atas bekas kawasan kebun kelapa sawit, lagilah mudah untuk serangga merayap seperti anai-anai untuk bergiat aktif mencari makanan. So, apa lagi, cuba periksa di bahagian kerangka pintu rumah tu, ada tak bunyi-bunyi yang pelik berlaku??

Kawasan yang selalu banjir juga boleh mengundang serangga ini untuk masuk ke rumah kita bagi mencari tempat perlindungan. Biasanya serangga yang paling banyak mengganggu adalah semut api yang bila digigit terasa sangatlah sakit. Teringat kenangan di rumah Zaila di kampung dulu, setiap kali hujan pasti akan ada pasir sarang semut di dalam tandas, masa tu kalau nak membuang kena spray racun semut dulu baru boleh membuang, kalau tidak, habis kaki kita digigitnya;D

Zaila hari tu buat kawalan serangga dengan syarikat yang buat kawalan serangga di office tempat Zaila bekerja sekarang ni. Buat dengan Pakcik Syed (Global Pest Control) memang murah & boleh 3 kali bayar pula tu (yang ni paling Zaila suka) & habis diorang buat kawalan serangga satu rumah dari atas atap sampailah ke dalam lantai. Perkara pertama yang Pakcik Syed buat adalah dengan pergi melihat keadaan rumah Zaila dulu. Alhamdulillah, rumah yang kami beli tu masih bebas dari serangan anai-anai tapi kami mengambil keputusan untuk membuat juga kawalan serangga itu sebab nanti bila dah pindah tak payah pening-pening lagi nak fikirkan pasal benda ni kan;)

Apa yang diorang buat adalah dengan menebuk lubang setiap berapa kaki ntah (kalo tak silap Zaila, bahagian bawah rumah Zaila tu ada 89 lubang semuanya) & masukkan ubat racun ke dalam lubang tersebut. Nanti mereka akan tutup dengan simen, memang tak cantik rupanya kerana anda boleh bayangkan di atas mozek terdapat lubang sebesar duit 20 sen yang ditutup dengan simen. Hehehehe..tapi, bagi Zaila ok jer sebab kalau kita tak perhatikan sangat, benda tu tak adelah so obvious mana;D Bau racun tu tersangatlah busuk tapi kan, apa yang Zaila perhatikan selepas buat kawalan serangga tu, seekor semut pon tak ada kat dalam rumah Zaila ni;)

So secara terus terang Zaila rasa kawalan serangga ni sangatlah penting walaupon rumah tersebut masih baru lagi. Kita kena sentiasa berwaspada & perhatikan perubahan fizikal bahagian rumah especially apa-apa yang berasaskan kayu sebab bila si anai-anai sudah menyerang, kita tidak akan sedar sehinggalah barang itu rosak..hahahaha..apa aku cakap ni?? Oklah, kalau tak nak yang anai-anai pon, kita bolehlah buat kawalan untuk menghalau semut & segala macam benda merayap di dalam rumah tu supaya rumah kita bebas dari gangguan haiwan merayap..

Kalau kawan-kawan pula, apa cara yang digunakan untuk menghalau binatang merayap ini dari terus mengganggu kehidupan anda??

12 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

kena buat ler zaila .. bila baca blog zaila baru terpikir .. kita since pindah tak pernah buat ...

Nurhayati berkata...

haah mmg perlu buat.. umah mak yati pun buat sama cam zaila..ada tebuk simen..mmg nampak tak bape cantik..tapi umah lagi penting dgn barang2 perabot yg penuh ngan kayu jati. best kan bila wat pest control ni.. segala minatang2 takde.

Mag berkata...

perlu-perlu,,xpelah tak cantik pon,,lagipon kecik je ruang yang terjejas..daripada akak dok berperang dengan hidupan-hidupan ni hari-hari

N A N I E berkata...

Zaila dah buat yer? ai baru nak survey survey..my fren buat ngan Kamal&Kamal..3 kali gak..macam menarik kan..skrg ni memacam penyakit :)

Unknown berkata...

betul tu..beringat sebelum kena..harga dia mahal jugak kan..

Zaila Mohamad berkata...

Di, cuba bincang dengan husband dulu & tanya orang pest control tu, selalunya rumah yang bawah 10 tahun takpe kot

Zaila Mohamad berkata...

Yati, betullah pakcik syed pon cakap macam tu juga, mana sayang rumah ke barang2 yang akan rosak dek anai-anai
tapi masalahnya rumah zaila xkena lg serangan dr anai2 cuma baik kita ambil langkah pencegahan awal2 kan;)

Zaila Mohamad berkata...

farah, tulah rumah akak 2 tingkat & bahagian atas memang lantai jenis parkir kan so kenalah buat, takut diorang makan habis lantai2 rumah ku ini..hahhahaa

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, zaila kena RM1k for whole house, kalau berminat zaila boleh bg contact person tu;)

tapi Nanie rumah baru rasanya tak perlu kot

Zaila Mohamad berkata...

Kak Ina, memula zaila survey dalam harga RM1200 tapi seb baik leh kurang dapat RM1000 je;)

eynda berkata...

Kat kondo ni ada semut...ada lipas...ada cicak...ada lebaaahhh paling takut...nanti rumah baru lagi macam2 boleh masuk kan...sebab rumah bertanah...

Zaila Mohamad berkata...

Eynda, kena pastikan yang developer dah buat pest control awal2 tau

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^