Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 22 Mei 2012

Alhamdulillah~

Assalamu'alaikum,

Rindunya nak berceloteh tapi biaserlah virus kemalasan melanda..Tapi nak membebel juga..kalau tak, nanti dalam hati ni macam ada benda je yang sangkut:P So mehlah baca bebelan mak buyong ni..Eh!

1) Alhamdulillah, aku pregnant lagi *cepat ucap tahniah kat aku* Walaupon aku sememangnya tak merancang pon untuk tambah ahli keluarga kami tapi dah rezeki aku & en suami..Tetiba noticed period aku lambat seminggu..Konpem-konpem r mengandung sebab aku memang jenis period teratur..Tapi haritu aku beranikan diri beli pregnancy test yang paling murah di Watsons tu..Memang konfirmlah 2 garis tertera kat situ..Alah, beli pregnancy test murah takderlah benda tu nak tunjuk berapa minggu dah pregnant macam pregnancy test Fasha guna tu..Opsssssss

2) Actually sangat takut untuk melalui detik-detik mengandung selama 9 bulan tu..Belum masuk saat melahirkan & berpantang lagi tapi like my husband said; dah mama yang tak nak ambil apa-apa perlindungan, terimalah seadanya:P Semoga Allah permudahkan segalanya..

3) Nak kata excited mengandung lagi tu sangatlah pentipu..Sebenarnya lebih kepada terkejut & malu..Kalau boleh nak rahsiakan sebab malu weh, macam takde keje lain yang aku reti buat selain dari beranak T_____T Sudahlah Ashraf masih kecil lagi..Haisy..terlajak perahu boleh diundur terlajak tuuuuuut PADAN MUKA AKU..huhuhuhu

3) Walauapapon persepsi orang, aku bersyukur dengan rezeki Allah bagi..Mungkin ada hikmahnya..Maklumlah padanlah aku ni sampai ke tua tak dapat kerja gomen, sampai kertu tak dapat jadik cikgu, sampai senior keje gaji tak seberapa, pendek kata kalau dari segi kerjaya, memang aku jauh tertinggal keratapi lah..Tapi Alhamdulillah rezeki aku ada di anak-anak..Lepas bersalin anak ke 4 ni bolehlah aku resign jadi fulltime housewife..Pedulikanlah apa orang nak kata, yang penting aku bahagia:) *doakanlah ya*

4) So far awal-awal pregnant ni macam tubuh cepat letih..no wonder masa haritu badan aku cepat mengah, lapar & kaki sembab semacam..Ingatkan sindrom nak gemuk lagi..HAHA tapi nipon bakal menggemukkan diri dengan jayanyalah memandangkan aku memang takde sindrom alahan..Tiap-tiap hari makan tanpa rasa bersalah..Hoyyeh!

5) Yeay! Bulan puasa boleh puasa penuh *Insya Allah* In fact hari ni pon aku puasa ganti..huhuhu PADAN MUKA AKU..awal-awal tak nak ganti, dah masuk Rejab barulah terhegeh-hegeh..orang puasa sunat ko puasa ganti..syabas mere bete syabas!

6) Awal bulan depan hajat di hati nak balik kampung..nak jumpa mak ayah, nak makan puas-puas:P Pertengahan bulan pula nak ke Vietnam..hurrey! *walau duit nanti akan susut dengan jayanya*

7) Itu saje kot..Doakan semoga semuanya dipermudahkan olehNYA

Owh emas kat kampung haritu turun harga *wink*wink*

16 ulasan:

Eliss berkata...

tahniah weh..tengah berdebar tggu 28hb. harap2 lekat laa..tahun lepas pose penuh, Allah bagi mengandung sekejap 5 minggu. hrp2 thn ni mengandung laa lagi sampai 9 bulan. amin

yatie chomeyl berkata...

tahniah zaila. kiro brp minggu doh preggy ni? ;)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

zaila..congrats!! ok la umur 30 dh anak 4..tp susah dah kite nak 'kejar' zaila..ape taknye lg 2 tahun br nak plan next pregnancy..ekekeke..

Btw,take care eh. Plan nak bersalin kat salam lg ke kali ni. Due date bile

mummY daniSha berkata...

besnye kak...baru 30 dah 4 org...sy ni baru seorang...padehal sendiri yg merancang,lg mau merungut kekeeeeeekeke...

congratz ya!take a gud care of urself!

mrs adam berkata...

tahniah,owh patut hari tu tulis kat fb kate nak asam,saya ingat nak ty,tapi tak tertanya lak.hee.emm best tau anak reramai.selagi mampu go on je*senang di hari tua

DaZzlingLilLy berkata...

tahniah..murah rezki ko zaila..agaknya ko pki baju yg beli kt aku selalu sgt kot?..hehe..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

tahniah zaila... ke dah ckp sblm ni. best apa tambah ahli keluarga. meriah. I is je x bertambah2 lagi. dua je baru.

Unknown berkata...

tahniah zaila..

nasib kita +- aje, bab kerja mcm xmerasa join gomen, jd cikgu pun tak nampak jlnye TAPI bab anak, alhamdulillah rezeki kt kt situ :)

take care...akak jeles ngan awk sbb awak nk masuk 4org ank... :)

Nurhayati berkata...

congrats bebeh..
alah rezeki ape.. pedulik la org nak kata ape. bukan kita mintak duit dorang pun nak bela.
cepat2 la termakbul doamu jadi sahm.. nanti leh join club i hehe

Ami berkata...

beh2 kalu posa penuh tak payah ganti kak,kelik kelate harus wat alasan mengidam nok make segala bende la ke.ami pon nok kelik bule 6 nie yeayy

Unknown berkata...

Salam..
Salam perkenalan huhuhu saya add ur blog dlm blog list saya ...

Hada Masayu berkata...

zaila!!!congrats!!!aiii, jauh tinggalkan aku nampak ;p

maya amir berkata...

laaa..aku baca entry atas tu, aku terpikir jugak ko tadek mood ni, ke pasal pregnant lagik? tapi aku tak berani laa serkap jarang.. rupenye ye! heheh..ok2..congratss beb..rezeki tuh beb.. jgnlah rasa ape2, malu ke ape k:)

jane_doe3328 berkata...

tahniah zaila weh :D

Unknown berkata...

Saya nak tnya.. Saya boleh dikatakan selalu period teratur jer la.. 27/28/29 hari jer period cycle tu sebelom kahwin.. tp sejak kahwin ni jd xberapa nak teratur sgt la... awl perkahwinn jadi 26hr,25hr jer. da dekat setengah tahun usia perkahwinan jd 30,31,32 hari plak...kenapa yer??

Pregnancy Test Delivery berkata...

Tahniah banyak2. Panjakan kesyukuran kepada Allah.
Kepada anda yang nak dapatkan pregnancy test dengan hanya RM 8 termasuk kos penghantaran (pasaran RM 12). Apa yang ada tahu. Esok selamat sampai di rumah anda. Sila likes SINI

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^