Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 13 April 2010

Rancangan Kesukaan

Sejak hubby outstation ni, Zaila memang jadi orang pertama yang balik on time..hehehe..selalunya pukul 7 tu belum tentu sampai kat rumah tapi sekarang ni 6.30 dah terpacak depan TV. So bolehlah Zaila tengok slot Akasia yang terbaru di TV3 sekarang ni. Tajuk AdamMaya..Herm, cerita cintan cintun tapi i loike..sekali sekala feeling-feeling muda kan teringat zaman berchinta dolu-dolu

Sedikit review mengenai cerita ini yang dipetik dari sini;-

TERBARU di slot Akasia, sebuah drama komedi romantik pasti mencuit hati penonton dengan gandingan mantap Lisa Surihani dan Hussein Ruffedge berjudul Adamaya yang mula bersiaran sejak 6 April lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Drama moden dan ceria bersiri 23 episod ini inspirasi daripada filem popular I’m Not Single turut membariskan para pelakon handalan lain seperti Faizal Yusop, Diana Amir, Dian P Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi. Drama ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan hasil nukilan menarik oleh Feroz Kader manakala Zarihah Hassan bertanggungjawab dalam penulisan skrip. Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani).

Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari  tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

“Drama ini mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan. Pihak TV3 terasa terpanggil untuk menyerap nilai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya untuk mempertahankan mahligai perkahwinan dan institusi kekeluargaan itu sendiri.

“Kami berharap mesej yang terdapat dalam drama siri ini mendapat sambutan penonton di samping memberi hiburan yang terbaik. Sesebuah drama yang berkualiti bukan saja menghiburkan malah dapat membuka minda para penonton.” Kata Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar.


setakat ni Zaila masih follow lagi jalan cerita ni, tapi selalunya cerita yang Zaila follow dari awal, last2 ending dia mesti Zaila tak tengok..hahahaahaa!!

Lepas tu tukar pula ke TV9 sebab Haziq paling suka tengok rancangan ini;-


Memang seronok layan Ninja Warrior ni. Stage mula-mula pon dah susah, lepas tu pula kita dapat lihat bermacam-macam karenah peserta yang datang mencuba nasib. Lepas tu stage akan jadi makin susah & makin susah so hanya mereka yang mempunyai semangat seperti seorang Ninja yang akan menang stage paling last iaitu stage 4. Cewaaaah, hafal tuuuu;D

Kawan-kawan pula, apa rancangan kegemaran anda??

16 ulasan:

N A N I E berkata...

Ai suka tengok citer neh! Memang dari citer I'm Not Single..lagu..
pelakon yang kekal hanya Lisa Surihani tuh :) tapi citer neh pendek sangat 23 episode..hehe tetibe teringat ai tgk citer Na O Mei..adoi frust gile tgk ending..hazab sangat

Eliss berkata...

skang suka gak tengok adamaya tu dan semua program kat #AFC :p

oh satu lagi, asmaradana jam 10.30 mlm selasa-khamis tu :)

Tanpa Nama berkata...

x dang tgk tv la. 6.30-7.00 pm, ms tu la ac n ery merayu turun main kejar2 di taman.. hehhee..lps tu naik, main msk2 style campak2... hehehe

KV berkata...

bila tgk iklan drama adamaya ni mcm best jer. Tapi taim tak sesuai la. Masa tu akak sibuk jogging/briskwalk. Huhu

Ami berkata...

eh na o mei dah abis ye k.ila?best tok ending die?

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..dah lama tak tenguk tv..dulu hari2 tenguk nur kasih minat sangat..sedap macam nur kasih ke..hehe..

Mag berkata...

adamaya memang wajib tengok petang=petang..rqancangan kegemaran susah nak jawab sebab penunggu tv..hehe

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, zaila pon xsempat tengok ending Na O Mei, tu yg agak frust sebab selalu macam tu, follow2 then last episode xtgk!!

Zaila Mohamad berkata...

Elissmie, owh asmaradana yang ada Tizz Zaqyah tu ke?
zaila xfollow yg tu sebab lewat sangat, dahs elamat kroh kroh dah;D

Zaila Mohamad berkata...

Has, bagusnya has layan anak-anak;)

Zaila Mohamad berkata...

KV, chaiyyok..kalu kuruh, nati zaila pom nak wat briswalk jugakler

Zaila Mohamad berkata...

Ami, kak ila pon dok dam nak tgk

Zaila Mohamad berkata...

salam untie, ala cerita anak-anak muda..sekali sekala layan best juga, mesti untie sibuk jaga cucu ya;)

Zaila Mohamad berkata...

farah, nanti kalo akak xdan tgk ending leh tanya farah lah ya;)

mrs shaifull berkata...

akak pun suka gak ninja warrior tu, mmg sgt challenging lah :)

zaila, akak suka giler selendang purple tu, cantekkkkk

Zaila Mohamad berkata...

Akak CT, suka?? bagusnyaaaaa...memang tuler harapan saya;)
nanti update kat blog akak ya;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^