Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 6 April 2010

Tag Teman Baik

Thanks Tihara sebab sudi pass tag buat Zaila. At least adalah juga pengisian cerita untuk blog Zaila ni. Terlalu banyak yang Zaila ingin kongsi bersama tapi masa & keadaan yang tidak sesuai & mencemburui Zaila. Cukuplah sekadar kawan-kawan tahu Zaila bahagia & bersyukur dengan segala apa yang berlaku ke atas Zaila & keluarga dalam waktu yang terdekat ni;)

Apa-apa pon, jom kita layan tag Teman Baik ni;-

i) Siapakah kawan baik anda??
Zaila nak cerita dari zaman sekolah rendah sampailah sekarang ya

sekolah rendah - Best frend Zaila masa tu namanya Siti Khadijah Binti Hussain. Zaila panggil Joh. Kami teman sekelas sejak darjah satu sampailah darjah 6. Pastu Zaila ke sekolah depan rumah Zaila (walaupon lain-lain kelas api dialah best friend Zaila) ke mana pon Zaila mesti ajak dia. Pas PMR, Zaila tukar sekolah, dia sekolah sama tapi every time cuti sekolah mesti balik jumpa dia..Masa Zaila kahwin, dia sibuk datang menolong..Dia kawin, Zaila pula dalam pantang!!
Hari Sabtu lepas Zaila g rumah Joh di Cheras, how time flies so fast, masing-masing dah ada anak & muka tembam toksah cakap. Memang agak lama tak jumpa dengan Joh..rindu kat dia tapi apakan daya, kejap je boleh borak-borak. Moga Joh tabah mengharungi dugaan yang mendatang;)

sekolah menengah - Masa form 4 & 5, Zaila ada best friend nama Nurul Firdaus Binti Suria. Kami sekelas, balik sekolah g tusyen sama-sama. Pastu kami baik juga dengan Nur Saadah Binti Jailani & Sharifah Nadia Syed Nasir. Masa birthday Zaila diorang rakam kaset nyanyi lagu apa dah (Zaila lupa) & then wish kat Zaila, mana entah Zaila letak kaset tu. Seriously masa tu kami rapat sangat-sangat. Sampailah Zaila masuk UPM, Fir masuk UKM, dia selalu singgah tidur kat bilik Zaila..Herm..lama dah tak jumpa Fir..really2 miss her;(

masa matrik - Zaila rasa walaupon setahun tapi jangka masa ni sudah cukup membuatkan hubungan kami erat. Masing-masing dari Pantai Timur so senang nak berinteraksi, masa ni best friend Zaila adalah Nor Azymawaty Binti Abdullah (Mek Nor), Norhayati Che Ahamat (Kak Ti), Tuan Nadrah Naim (Nadrah), Murni Hartini Jais (Muni), Wan Husaimah Wan Hussain (Saymah), Rahayu Abd Hadi (puyu-puyu) & Natul (ya ampun lupa nama Natul, harap-harap dia tak baca blog ni)..Nilah geng paling otai kat Kolej Teknologi Timur (KTT Dungun tu)..hehehe..i'll really cherish every moment spend with them. Semua dah ada anak dahpon..

masa U - Zaila baik dengan 5 orang, dengan yang lain bukan tak baik cuma dengan yang 5 orang nilah kami berkongsi rahsia mahupon buat benda-benda lawak yang tak pernah ada orang terfikir nak buat. First of all dengan Nadiah Karim (sekarang dah Nadiah Khair), Norhayati Che Ahamat (lagi) ya kami kebetulan dapat sama U sama course lak tu jangan isi borang UPU sama dengan member baik anda, Nor Hasrina Mohd Idris (Nani), Hada Masayu Dahlan @ Ismail (Ayu) & Najwa A Rashid (Najwa). Actually kami ni satu course & kebetulan kami ditakdirkan satu kolej pula. Selama 4 tahun bersama mereka, banyak kenangan manis & pahit tercatat dalam minda ni;) Memasing dah berkeluarga dah pon kecuali Kak Najwa ngan Kak Nani kita..cepat-cepatlah kak oi;D

masa sekarang - tentulah hubby Zaila;)

ii) Berikan 3 kenangan paling manis & 3 kenangan paling pahit dalam persahabatan korang;-

Zaila nak cerita kenangan manis aje, yang pahit-pahit tak nak kenang;D

sekolah rendah - Asal ada duit je mesti Zaila ajak Joh g Kota Bahru (KB), masa tu g naik bas je, kalau tak silap tambang kena dalam RM1.20 agaknya (lupa). Masa tu kalau ada duit RM50 rasa dah boleh beli macam-macam dah. Memang kelakar sebab selalunya kami pergi KB hari Sabtu pastu mesti akan terserempak dengan ustaz maklumlah masa tu sekolah agama Nak tahu apa ustaz buat?? Dia tengah skodeng budak sekolah Zaila yang tengah dating. Seb baik Zaila ni budak baik. ahaks padahal tak laku

Sekolah menengah - paling ingat bila sambut birthday Zaila di Pizza Hut depan Ampang Point, pastu keluar ke KLCC sama-sama, tapi yang paling Zaila tak lupa bila setiap orang dari kami syok budak yang lagi muda dari kami then panggil dia "anak kambing" haahaahaaa..macam-macam kan??

matrikulasi - herm..kenangan manis bila kami ke satu tempat kalo tak silap nama Teluk Bidara kot naik motorbot tambang RM0.50 sorang (first time naik, seb baik tak mabuk), pemandangan kat situ, ya ALLAH cantiknya!! Kenangan lain pon banyak, kami selalu keluar ke pantai depan kolej kami tu pastu pernah ponteng kelas bersama-sama adik-adik jangan tiru ya

Universiti - lagi kelakar, pernah satu malam kami tak tahu nak buat apa, kami make upkan Najwa & konon-konon suruh dia posing ala-ala model. Pastu dok pakat gelakkan Najwa & satu hari mak Najwa terjumpa gambar tu & teruk dia kena marah..Sorry Wa, seb baik kami selalu torture ko, kalo tak ko tak akan jadi PTD yang berjaya dah sekarang ni (tetibe)

Sekarang - can't describe by words

iii) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang anda akan katakan padanya??

i miss you all truly madly deeply do

iv) Lastly tag kepada 3 orang yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger

Zaila nak tag;-
- Maghfarah
- Has
- Nanie

Sila buat ya;)

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok..roger.
best gak tag nih..leh flash back sekali..suka...

thanks sbb tag has ;)

N A N I E berkata...

Mekasih Zaila! Nanti ai siapkan..:) Terharu rase..hehe

mrs shaifull berkata...

bestnya bila ingatkan kenangan dulu kan zaila?

KV berkata...

wah zaila dah tukar bekground la.

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..seronok baca kenangan lucu zaila n kawan2..masa sekolah ialah masa paling best..banyak kerja2 'gila' yg kita buat..kadang2 rasa bersalah mengenakan kawan2..tapi semuanya sporting..ala nak lepas tension kan..

Mag berkata...

tq kak ila..malam ini jugak saya buat

Hada Masayu berkata...

oh zailaaaa....:)

Zaila Mohamad berkata...

Has, buat jangan tak buat..

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, my pleasure
hope Nanie sudi berkawan dengan zaila sampai bila-bila;)

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, betul tu..kejap je kan masa berlalu;D

Zaila Mohamad berkata...

Kak KV, hehehe lamo doh tukar..kak KV jah hok jare mari nyinggoh;D

Zaila Mohamad berkata...

Salam untie, betul masa muda2 memang gila2 perangai saya tapi bila dah kahwin ni macam malu sket nak wat perangai macam tu
hehehehe

Zaila Mohamad berkata...

Farah, buat jange dok buat

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^