Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 26 Mac 2011

Pengalaman Bersalin Ashraf Hariz

Alhamdulillah..mood nak merapu bercerita sudah datang. Actually Zaila dah selamat bersalin anak ke 3 ni 16hb lagi..Punyalah lama menyepi baik di sini mahupun di facebook. Bukan apa, saja nak rehat puas-puas sambil jaga Hariz yang kecil cinonet ni & ditambah pula mata ni yang berpinar-pinar bila mengadap pc lelama..Haii, orang lain mabuk masa bersalin, Zaila mabuk selepas bersalin;D terbalik ni!!

Oklah, sebelum hilang ingatan..eh eh sebelum lupa, baiklah Zaila bercerita tentang pengalaman melahirkan si kecil ini. Walaupun dah masuk yang ketiga tapi setiap anak pasti akan berbeza proses kelahiran mereka kan. So samalah juga dengan yang kali ni. Pada sesiapa yang berminat untuk baca *sekadar berkongsi pengalaman* silalah baca ya..Pada yang tak sudi, baik cabut lari cepat-cepat sebab takut nanti fobia nak bersalin di kemudian hari;D hehehe just kidding!!

Kita start dari awallah ya..Kali ni macam biaserlah Zaila tahu Zaila mengandung bila cik P tak kunjung tiba..Masuk 2 bulan baru Zaila p klinik buat buku merah. Kali ni dah nekad dah nak bersalin di hospital swasta & check up pun buat di klinik swasta sebab tak nak mengganggu waktu kerja Zaila. Faham-fahamlah bos Zaila, mesti bising setiapkali Zaila check up di klinik desa (maklumlah check up aje dah makan separuh hari, dahler sekarang ni banyak kerja..haruslah dia bising kan) so bila check up di klinik panel kompeni tempat Zaila kerja ni sangat-sangatlah senang & cepat..Sudahlah boleh claim so lagilah ok kan;)

Bila dah masuk 7 bulan, Dr. Nora suruh Zaila refer hospital dah. Masa tu pening juga nak pilih hospital swasta yang cocok dengan "poket" kami. Maklumlah, kompeni cover RM1500.00 sahaja & zaman sekarang ni susah dah nak cari yang ngam-ngam dengan amaun tu kan. Di antara pilihan yang ada adalah Hospital Columbia Asia Bukit Rimau (paling dekat dengan rumah tapi terpaksa direject memandangkan gynae kat situ semuanya non muslim), SALAM Specialist Hospital, Pusat Bersalin Umra & DEMC. Dalam banyak-banyak hospital tu, Zaila tertarik pada SALAM memandangkan teman seopis Zaila pernah bersalin kat situ & dia cakap harga & servisnya pun ok & ditambah pula en suami cakap dekat juga dengan rumah so kali ni muktamadlah SALAM menjadi pilihan!!

First day refer dengan gynae (Dr. Siti Mariam Sh Ahmad) semuanya ok, baby ok, mama ok..sampailah..jeng jeng jeng..Bila masuk minggu ke 32 Dr Siti ada perasan yang air ketuban Zaila memang kurang & kenalah monitor setiap minggu. Masa tu memanglah Zaila macam was-was je sebab selama mengandung 2 anak sebelum ni takde pula masalah dengan air ketuban *maklumlah scan di klinik biasa je mana boleh nak detect paras air ketuban segala kan* Siap boleh syak yang bila dah check up di swasta ni memang saje je Dr nak takutkan kita sebab nak buat alasan nak suruh operatelah, nak "pau" duit kitalah *hehehe jahat tak* tapi last-last bila kandungan Zaila masuk 9 bulan, Dr Siti bertambah risau lagi sebab berat baby Zaila yang tak bertambah sejak 3 minggu berjumpa dengan Dr Siti berturut-turut. Asyik dok 2.3~2.4kg aje sedangkan sepatutnya berat baby akan bertambah sekurang-kurangnya 0.5kg setiap minggu so Dr Siti bagi kata putus untuk "paksa" baby keluar lebih awal dari due date iaitu sepatutnya pada 04/04/2011 nanti kepada tarikh 16/03/2010. Masa dengar ke tarikh tu, dan-dan tu juga badan rasa seram sejuk & siap menggigil lagi depan Dr. Siti...Hahahaha..memanglah tak malu sebab selama ni tak pernah pula baby Zaila di paksa keluar melainkan diorang yang keluar sendiri. Macam Haziq pecah air ketuban & Ameera pula memang sakit perut nak bersalin so of courselah kali ni lagi takut kan..Macam-macamlah berlegar dalam kepala otak ni..

Banyak malam jugalah Zaila tak boleh tidur memikirkan saat-saat itu. Macam-macamlah difikirkannya..Risau jalan tak terbukalah, kena ceaserlah, macam-macamlah. Dahlah Dr Siti bagitahu yang 2 hari sebelum tu dia cuti so dalam hati ni dok doa je moga baby tak keluar masa tu. Karang sape yang nak sambut baby karang?? Naseb baiklah Dr. Siti bagi MC selama 9 hari sebelum masuk wad. Dr. Siti siap pesan lagi suruh Zaila rehat cukup-cukup bagi naikkan berat badan baby *nampak gaya berat mama yang naik* so dalam pada seronok berada di rumah, hati kat dalam ni hanya ALLAH sahaja yang tahu..huhuhu..Tapi kan, nasib baiklah masa tu mummy Zara & Zareef baru je bersalin dengan Dr. Siti juga. Sempatlah kacau waktu berpantang Lily dengan bertanyakan banyak soalan..Hehehehe..Soalan apa tu?? Haaa..rahsia..main bermsg-msg di facebook aje..Thanks ya Lily!! Zaila bersyukur sangat-sangat ALLAH temukan kita di hospital waktu tu *walaupun tak bertegur sapa* tapi Alhamdulillah banyak yang telah Lily bantu Zaila dengan memberikan gambaran sedikit apa yang Zaila akan hadapi sebab kes kita sama sahaja iaitu baby dipaksa keluar melalui teknik "induce"

Isy, panjang pula cerita ni kan?? Ni baru intro..belum masuk hari nak bersalin lagi ni..Tapi apa-apa pon, Zaila kena stop dululah sebab si kecil Hariz ni dah sedar so sambung next entri pula ya!!

15 ulasan:

maya amir berkata...

eh dah bersalin rupenye zaila..sorry lame tak jenguk sini..ocngrats dear..16hb..same b'day makss.. tapi 16/7...hehehe

kasihredha berkata...

akak dah lama tak bersalin...dah lupa dah macamana rasanya....walaupun tahu...ianya amat2 sakit :)

nkniessa berkata...

akak, so total cost yg akak kena kat bayar brapa ek? nang pun tgh dok survey tempat nak bersalin gak ni..

hari tu tny, 1999.00 kat Salam tu, betul ke? masa Adam dulu, nang pun bersalin situ, tp 1200.00 jer... ye lah thn 2007.... huhuuu...

sharhanah berkata...

tahniah dan selamat berpantang...
nama anak kita pun Hariz...sy berpantang hari ke-22.

Zaila Mohamad berkata...

Maya, a'a..mak dah selamat bersalin dah pon..oklah tu, sama haribulan, senang nak ingat;D

Kak Kasih, huhuhuhu..kali ni memanglah sakit sangat-sangat tapi Alhamdulillah luka tak banyak so lepas bersalin sekejap sahaja dah baik..

Nang, total semua akak kena dalam RM2300 sahaja, memanglah dia cakap pakej bersalin RM1500 tapi bila campur ubat, khidmat doktor segala, kenalah dalam RM2k++, tapi takpelah akak rasa masih murah jika nak dibandingkan dengan hospital swasta yang lain..

SharHanah, iya?? tahniah on your new born & selamat berpantang juga;)

amalina berkata...

tahniah! umur blm smpai 30 dah ada 3 org anak. terel la! untung betul!

Zaila Mohamad berkata...

Ama, thanks!! alah, awak pon dah 2..silap hb lepas ni boleh kejar kite dah;D

Unknown berkata...

tahniah zaila..dah bersalin rupenye. bestnye dah selamat 3 org! ;)

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

alahai comeinyer hero zaila ... kita plk excited baca kisah bersalin zaila ... menunggu dgn penuh sabar nih .. apa2 pun selamat berpantang yer ;-)

deeja berkata...

Zaila..
Tahniah ye.Lambat plak akak wish nie.Pe2 pon semoga sihat selalu dan baby ok2 je...Selamat berpantang

Ami berkata...

kak ila congrats,sorry lambat nie wish last week busy ulang alik balik kg wedding sane sinun.kiss for hariz muahhh,bestnyee bau babyy baru nie,muhriz dah start bau mashamm hahaha

Farah Hanin Baharom berkata...

Zaila congats on your new born!! :) baru tau..br ade chance nk bukak blog..slamat berpantang ye..take care. :)

DaZzlingLilLy berkata...

i ni setakat baca pengalaman org jer dulu..lain org lain experience kan..tahniah zaila..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

org tua tua ckp..mmg ada bezakan lahirkan anakn no1, 2, 3 n so on...bila la nk no 3 ni...hehehe tp seram lak :p

Zaila Mohamad berkata...

Chun, thanks!! a'a..Alhamdulillah sudah 3 orang!!

Di, bersalin kali ni memang lain sket pengalamannya memandangkan kn induce..tunggu yaa..tengah buat karangan ni;)

Kak Deeja, takpe..saya pon jarang2 buka blog sekarang..apa2 pon thanks!!

Ami, loni pon masam sudah sebab asek tidur aje;D

Farah, thankss;)

Lily, takpe..baca pengalaman orang dulu later2 pengalaman sendiri pula;)

Joy, memang xsama!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^