My Lovely Followers

Cari Sesuatu Di Blog Ini? Taipkan Di sini

Loading...

Thursday, June 24, 2010

Deko Rumah Ikot Budget Anda

Salam semua..waaah tajuk bukan main lagi kan??Mesti korang tertanya-tanya deko apa yang nak kena ikot budget ni kan?? Actually tak ada apa pon, sekadar nak berkongsi tips menghias rumah aje..Kali ini berkenaan dengan sudut bawah tangga.

Rata-rata bagi mereka yang mendiami rumah 2 tingkat, pasti pening dengan ruang yang ada di bawah tangga tersebut kan?? Kalau rumah yang dah tersedia stor di bawah tangga, memanglah bagus..tapi bagi rumah yang tidak ada macamana?? Mesti tak cantik kalau dibiarkan terbuka begitu sahaja kan?? Yerlah, nanti ada tetamu datang & tengok barangan yang ada di bawah tangga bersepah-sepah..Naik malu pula rasanya kan??;D

Well, rumah Zaila ni pon ada sedikit ruang di bahagian bawah tangga macam kat gambar di bawah ni;-
Memula tu agak pening jugalah berfikir macamana nak sembunyikan ruang di bawah tangga tersebut. Alangkah bagus kalau boleh buat kabinet pasang siap & sudah tentunya bahagian belakang kabinet tu boleh dijadikan ruangan stor mahupon tempat menyimpan barangan kan?? So Zaila pon menggoogle lah mana-mana gambar di internet yang sesuai dengan kehendak hati kami ni;-
yang ni nampak siling rumah tu macam tinggi je kan, built-in cabinet pon nampak simple yet elegant

yang ni pula dia buat macam bilik stor kat bawah tangga tu

Konsep kat atas ni pula buat macam display cabinet (sesuai bagi mereka yang ada banyak set pinggan mahal mahupon barangan cenderahati dari luar negara)

Actually Zaila berkenan dengan konsep yang macam gambar kat atas ni (gambar cilok dari facebook Eynda tapi Zaila dah minta kebenaran Eynda dah ya). Konon-konon nak tutup dari atas syiling sampailah ke bawah & gantung LCD kat situ kan. So hantarlah tanya quotation pada setiap kontraktor rumah yang Zaila tahu / search kat Muda.my tu tapi rata-rata semuanya kenakan charge dalam RM3k ke atas. Gulp, telan air liur jugalah sebab masa tu memang nak pakai banyak duit sebab nak pindah rumah kan..Nampak gaya kena HOLD dululah untuk beberapa tahun..Tunggu tabung ayam penuh dahulu baru boleh nak pasang kabinet macam ni..hehehehe..Silap haribulan orang dah pasang kabinet jenis lain dah kot in the future nanti;D

So inilah hasil deko rumah ikot budget kami yang memang ciput ni;-
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kabinet TV ni beli kat Cavenzi sajork..Tak sampai RM1k pom;D hehehe Pakailah dulu sampai roboh!!!

16 comments:

Zuhaini said...

cantik juga kabinet Cavenzi tu ya.. :)

littlehumblelynn said...

zaila..

baru nak mula hidup ( bila mula ada umah sndr) kita wat mana termampu..asalkan kita selesa..
anyhow nampak kemas jugak ltk kabinet tuh!!
crearive!!

littlehumblelynn said...

zaila,

i have entry wall deco dedicated utk zaila...sila jengok blog yek

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

suka dgn tajuknyaaa.. hehe.. batulla.. yang cantek semuanya mahal2 belaka kan..? geram jer tengok.. alih2 yang akan di pilih.. ikut bajet jerr.. fuuhhh.. bile lah nak dapat buat cantek2 mcm niee.. maybe 10-20 thn nnt agaknya..

fabulous.farah said...

huhuhu..knp xletak kat dinding rata yang ksong kak?

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

bagus idea2 zai bagi .. kt umh kita bhg tepi tangga tue ada satu pillar tiang .. gerammm nak letak apa pun rasa cam x kena ..last2 letak sofa merah pjg tu jer

zailamohamad said...

Jue, yang mahal bukan tak boleh beli tapi lambat sket r so last2 pilihan terakhir adalah yang murah juga..tapi make sure walaupon murah, tapi cantik & setaraf dengan yang mahal..baru puas hati bila membelinya;)

zailamohamad said...

Zu, barangan Cavenzi semuanya boleh tahan cantik2 juga plus harganya pon takderlah mahal sangat;)

zailamohamad said...

Lynn, betul tu..kita buat mana yang termampu dulu, bila dah ada duit lagi, bolehlah bertukar pada yang mahal2 pula;)

zailamohamad said...

Di, cuba beli kabinet buku yang tinggi ke, leh tutup belakang tangga tu..situ boleh buat tempat Adam ngan Aidil main2 / belajar

zailamohamad said...

Farah, kalu buleh xser tebuk dinding sebab kat dinding nak hang cermin besar nga frame gambar

mJ said...

wahhhhhhhh bz mendeco deco ek....its ok, lambat laun zaila dpt jugak ape yg zaila nk kannn...cavenzi tu pun lawa gak ek

zailamohamad said...

mJ, itulah..kalau ada rezeki, aderlah tu;)

N A N I E said...

cavenzi banyak design yang modern kan..ala zaila..baru masuk rumah..duit keluar macam air..beli ape yang boleh je kan :)

Iela Fazielah said...

kalakar la zaila... dah puas survey last2 letak almari cavenzi ni..tp ok gak

FabricDecors said...

menariknya gambar. thanks for sharing ideas:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isikan Borang Pesanan Di Sini

Nama :
Nombor Telefon :
Alamat Email / Facebook
Alamat Penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran
Pilih Pakej Yuran Kelas Asas Blog & Fanpage 1) RM150 percuma 1 ebook nota asas blog
2) RM180 percuma 3 ebook; nota asas blog, super wahm supermom, panduan bisnes butik online dan offline atau 101 idea bisnes makanan
3) RM200 percuma 4 ebook; nota asas blog, super wahm supermom, panduan bisnes butik online dan offline atau 101 idea bisnes makanan & 101 idea home based bisnes
Pakej Lain Yang Ditawarkan RM250 pakej asas blog, fanpage dan iklan Mudah.my
RM300 pakej asas blog penulisan dan fanpage

Put a website form like this on your site.

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^