First time Zaila terpandang dia punya packaging sebab ternampak perkataan "percuma cawan & piring". Pantang orang perempuan mesti suka kalau dapat barang percuma kan? Diorang ni dah tak kira yang tu sebenarnya adalah taktik pemasaran aje..Tapi who cares kan?? As long as kita suka guna barang tu & dapat pula hadiah..Mestilah suka tahap-tahap melompat kan;D
Well, rasa kopi ni memang sedap. Zaila ni antara penggemar kopi juga, tak kiralah kopi putih ke, mocca ke, white coffee ke *tapi Zaila ada terbaca tentang white coffee di Old Town White Coffee tak halal, kenapa ya??* & Zaila ada terbaca juga dari email yang Zaila dapat bahawa kopi ni bagus untuk merangsang otak kita, patutlah kalau minum kopi mata terus segar je *memanglah ada related with caffeine* tapi masa tu rasa macam energetic je kan?? Ditambah lagi, Rasulullah pon suka minum kopi;)
Paling best ialah ianya didatangkan dalam pek segera iaitu hanya memerlukan secawan air panas & masukkan terus campuran kopi ni, dah siap!! Tak perlu nak tambah gula ataupon krimer lagi. Rasanya?? Sudah tentulah perfect!! Ditambah lagi kalau ada roti bakar ala-ala kopitiam tu. Tak perlulah keluar rumah semata-mata untuk ke Kopitiam *lagipon sekarang ni kopitiam yang ada kat luar tu bukannya boleh dipercayai sangat kan* So tunggu apa lagi, pergi ke pasaraya yang berdekatan & beli dulu satu pek yang mempunyai 15 sachet Ipoh White Coffee. Kalau tak silap Zaila, harganya lebih kurang RM12~13 sepeket. Kalau cepat, boleh dapat FREE cawan & piring yang cantik tu;D
Fakta diri : Setakat ni dah ada 2 set cawan tu, another 4 packets to go..hehehee..naseblah siapa yang datang bertandang ke rumah Zaila, mesti akan kenal cawan percuma ni;D
13 ulasan:
cutenya...
oh zaila kita sekapal ek suke coffee heheheh..harus g cari sbb suke cawan tu hahahhaha
cawan die ala2 cawan kpitiam..memang feel kopitiam lah minum dalam cawan bi
waa baik punya promote ni! :)
menarik entry produc review nih...samaler kita..peminat kopi tegar!!
eh..nak kasi tau..zaila telah di tag..jum ambil kat blog..
sisdee, carik-carik..boleh buat koleksi kat rumah ni..hehehe
farah, tulah sal kan..akak berkenan nak beli bukan sebab kopi dia tapi nak cawan punya pasal;D
mrs shaifull, haahaahaa tapi takde bayaran pon;(
lynn, just nak share produk yang Zaila guna & rasakan bagus untuk dipakai;)
Tihara, thanks;)
lady agak kurang minum coffe, selalu di rumah cuma husband lady je minum lady tumpang sesikit je hehehe
Lady, kalau minum selalu pon xelok juga..hehehehe
Assalamualaikum wbt....
errr.. betul ke halal nescafe ipoh white coffe nie ? ...
baru je minum beberapa teguk... aishh....
agak was2 la bila search kat tenet pasal minuman nie ...
Catat Ulasan