Actually, Zaila nak berkongsi satu cerita. Lokasi & siapa yang terlibat adalah rahsia. Let say Si X (seorang graduan Universiti yang bekerja sebagai di salah sebuah syarikat bumiputera di Malaysia tetapi BUKAN dalam jurusan yang dia belajar di Universiti dulu) bersama dengan si Y (seorang anak muda yang masih mentah dalam kehidupan & sedang menunggu keputusan kemasukan ke Universiti). Sebenarnya si Y ni sudah mendapat tawaran ke salah satu Universiti tempatan di Malaysia ni tapi bukanlah di dalam bidang yang diingini. Berikut adalah perbualan di antara si X & si Y
X : Dah dapat tawaran ek?? Baguslah, dapat kat mana tu??
Y : Ala, dapat tawaran yang tak best, entah apa-apa je nama kursus tu..baik duduk kat sini (maksud dia terus bekerja di syarikat tersebut)
X : Ala, tak kisahlah..janji dapat sambung belajar kan..Degree pula tu!! Baik ambil dari tak dapat masuk ke Universiti langsung kan??
Y : Ambik buat apa, nak suruh jadi macam akak??
Si Y merujuk kepada si X yang nama je graduan Universiti lulusan tuuuut tapi in the end kerja betul-betul di luar bidang belajar si X.
Si Y betul-betul membuatkan X teringat kenangan lalu. Kalaulah semasa zaman matrikulasi lagi X berusaha untuk menukar bidang pengajian X. Kalaulah X berkeras mahu mengikuti pengajian yang X minati, sudah tentu X tidak berada di tempatnya sekarang ini kan??
Tapi Y harus juga ingat, semua yang berlaku ini semuanya telah ditentukan ALLAH swt, kita sebagai hamba ALLAH harus akur dengan qada & qadar & harus sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan. Sekurang-kurangnya X ada juga kerja & dapatlah juga membayar segala hutang piutang yang dibuat semasa X belajar di Universiti dulu kan??
Bagi Zaila, Y tidak sepatutnya melepaskan peluang tersebut. Memanglah kalau kira lepas je habis belajar peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang pengajian tersebut adalah sangat sukar memandangkan persaingan yang tinggi. Namun, itu tidak sepatutnya bermakna yang Y harus melepaskan peluang untuk sambung belajar begitu aja. Bayangkan, zaman sekarang rata-rata semua orang sudah ada degree & walaupon susah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai tapi at least Y ada juga degree yang boleh dibangga-banggakan. Bukan mudah untuk menghabiskan pengajian selama 4 tahun di Universiti so walau seteruk mana pon keputusan yang kita dapat, kita harus berbangga dengan pencapaian kita;)
Satu lagi, Y harus ingat yang Y juga adalah seorang perempuan. Selalunya harga diri
Zaila sendiri seorang graduan Universiti yang gagal di dalam kerjaya (serious Zaila tak tipu). Hampir 3 tahun Zaila bekerja di bahagian admin /procurement & bukannya engineering seperti yang Zaila belajar di UPM dulu. Memanglah pada mulanya terasa agak stress juga. Ditambah lagi bila teman seperjuangan ada yang dapat bekerja sebagai engineer, Pegawai kerajaan, malah ada yang sedang melanjutkan pelajaran ke bidang yang lagi tinggi lagi. Perasaan malu & rendah diri memang tak dapat dinafikan lagi. Kadang-kadang selalu menangis seorang diri. Bayangkan berapa kali Zaila bertukar kerja disebabkan perasaan "owh aku tak layak kerja macam ni, aku kan ada degree". Bila kita meletakkan diri kita di tahap yang tinggi so bila kita mendapat ganjaran yang tidak setimpal dengan kelulusan kita, kita akan merasa malas untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh & seterusnya akan cepat merasa bosan. Itulah yang Zaila rasa..
Alhamdulillah, ALLAH bukakan hati Zaila untuk cuba-cuba berniaga. Mula-mula tu ambil kain & tudung dari kakak ipar Zaila yang sememangnya memiliki kedai berniaga pakaian & tudung. Zaila jual kepada teman sepejabat, kawan-kawan & juga ahli keluarga & Alhamdulillah sambutan yang diberi juga amat menggalakkan. Lepas tu Zaila terfikir untuk menjual secara alam maya pula (online). Hampir setahun setengah berniaga secara alam maya, Zaila nekadkan diri menceburi alam bazaar pula & Alhamdulillah juga perniagaan Zaila makin berkembang. Kalau dulu modal sekadar mengharapkan ihsan emak & kakak ipar Zaila tapi kini Zaila sudah mampu membeli barangan dengan duit perniagaan Zaila. Pendek kata, kalau bertandang ke rumah Zaila, bolehlah menjenguk ke butik Mari Kelih yang beroperasi di rumah Zaila;)
Kalau dulu selalu sedih bila gagal temuduga mahupon exam untuk menjadi cikgu atau pegawai kerajaan, tapi sekarang ini Zaila bahagia dengan keadaan Zaila. Bebas untuk melakukan apa sahaja yang Zaila suka. Tidak terikat dengan apa-apa komitmen & yang penting Zaila sentiasa berada bersama-sama dengan anak-anak. Bila kita sentiasa bersyukur & redha dengan apa yang berlaku kepada kita, insya ALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar. Setiap orang pasti akan mendapat ujian dari-NYA. Jangan ingat bila kerja sebagai engineer kita akan bahagia. Berapa orang dari kawan Zaila yang selalu mengeluh disebabkan tertekan dengan bebanan kerja & selalu terfikir untuk berhenti kerja & mulakan kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuh masa. Pendek kata setiap dari kita pasti akan didatangkan dengan pelbagai dugaan mahupon cabaran dalam meneruskan kehidupan.
Tujuan Zaila membuat entry ni bukanlah nak bermegah diri mengatakan yang Zaila sudah berjaya sebagai seorang peniagawati (macam janggal je nak sebut perkataan ni) tapi Zaila nak bagitahu yang kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan pada kita. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Yang penting kena pergandakan usaha & banyakkan bersabar. Hidup ini tidak semudah yang disangka. Even sekaya mana orang tu pon tetap dia kena berusaha juga untuk maintain duit dia so think positive, act positively;) Ayuh, tetapkan hala tuju hidup kita. Jangan terlalu merendah diri dengan apa yang telah berlaku ke atas kita.
Gambar kat bawah ni menceritakan tentang GT Bazaar yang Zaila join haritu. Tapi malangnya tak ada pon tertera nama Zaila mahupon kedai Zaila..hehehehe..Maklumlah haritu hanya insan-insan terpilih je yang telah ditemuramah oleh wartawan tersebut. Tak apa..Lagipon Zaila haritu pon asyik busy
Fakta diri : Insya ALLAH hala tuju hidup Zaila untuk memiliki sebuah kedai pula. Bukan kedai kain tapi Zaila berazam untuk membuka sebuah restoran masakan kampung. Maklumlah, emak Zaila terkenal dengan masakan gulai kawahnya. Kalau Zaila yang tidak sambung masakan Mak Limah, siapa lagi yang akan sambung kan?? Doakan moga impian Zaila akan tercapai;)
6 ulasan:
zaila
samalah kes kita ..belajar lain..jadik lain......banyak kali tukar keja gak..pening pala
ada degree..susah gak keja..amik lak MA..payah jugak..(over qualified lak)
so jadi ler apa yg aku jdk skrg
malas nak pikir byk2..as long as anak2 cukup makan-pakai kan...
menarik gak tgk kedai zaila nih...
salam zaila..auntie bersetuju dgn pendapat zaila..biar belajar dan ada ijazah daripada hanya sijil spm/stpm je..
w/p kerja tak bersangkutan dgn degree tapi gaji yg ditawarkan dah tentu gaji 'ijazah'kan..
peluang untuki keu bukannya senang kan..ambillah peluang yg ditawarkan kerana ramai lagi yg gagal mendapat tempat..
patutnya dia bersyukur kerana telah ditawarkan tempat..
Lynn, a'a zaman sekarang ni xboleh nak memilih keje sangat kan, asalkan ada keje masuk duit tetiap bulan dahler kan..
Salam untie, itulah kalau ikotkan ramai yang nak sambung belajar ke Universiti tapi pelik ada juga orang yang tak nak sambung belajar..
takpe zaila, lady tengok zaman skrg ramai jer orang yang dapat keje di luar bidang pengajian.. ok jugak boleh kembangkan ilmu kan.
:)
its ok zaila, kejayaan hidup bukan ditentukan oleh segulung ijazah...ada ijazah pun blm tentu berjaya dan takde ijazah pun blm tentu gagal or v.v...so, zaila tekadkan azam ye insyaAllah zaila berjaya...saya doakan kejayaan business zaila...
Catat Ulasan