Salam hari minggu semua;) Pastinya kawan-kawan semua cukup busy memenuhi undangan perkahwinan & macam-macam aktiviti. Maklumlah, ini minggu terakhir cuti sekolah so pasti di antara kamu yang sibuk mengemas / menyiapkan kelengkapan anak-anak kan?? Naseb baiklah anak-anak Zaila masih lagi belum bersekolah *owh, mengingatkan Zaila yang Zaila belum daftarkan Haziq ke sekolah yang terdekat lagi* Zaman sekarang ni, nak kena daftar awal-awal, kalau tak nanti kuota penuh & then terpaksalah anak-anak kita ke sekolah yang jauh dari rumah kan?? Kesian mereka nanti..
Selalunya pagi hujung minggu Zaila suka masakkan anak-anak nasi goreng kampung. Haziq cukup suka dengan nasi goreng kampung. Kalau ke kedai makan, mesti dia akan order "nasi gorem tampung (kampung)". Gambar kat atas adalah nasi goreng kampung ala kadar yang Zaila buat tadi. Berikut adalah bahan-bahannya:-
- nasi (kalau nak sedap, nasi lebihan semalam)
- bawang merah, bawang putih, cili padi (dimayang halus-halus, kalau nak tumbuk pon takpe)
- telur
- kangkung
- ikan bilis yang telah siap digoreng
- belacan
-bawang goreng
- garam & gula
Cara-caranya:-
- panaskan minyak, then masukkan bawang merah, bawang putih, belacan & cili padi
- bila bawang dah nampak layu, masukkan telur (sambil mengacau semua ramuan tersebut)
-masukkan garam & gula secukup rasa
- masukkan kangkung, kacau sampai kangkung tu layu
-perlahan-lahan masukkan nasi
-masukkan ikan bilis & goreng sampai sebati atau masak
-hidangkan bersama-sama dengan bawang goreng & hirisan timun batang
Cara Zaila ni simple aje, yang pasti ada rasa..Nak lagi sedap kenalah goreng telur dadar..Makan pagi pon boleh bertambah-tambah kalau macam ni;)
Kalau makan kat kedai lagi sedap. Tapi hari tu, Zaila makan kat satu kedai di Balakong tu, orderlah nasi goreng kampung kan. Tengah sedap menikmati nasi, tetiba gigi tergigit pasir!! Bukan sekali dua, sampaikan husband Zaila yang rasa nasi Zaila tupon bagitahu perkara yang sama..So panggillah tukang masak & komplen kan..Tapi diorang dengan muka tak puas hati ganti nasi goreng tadi dengan nasi goreng biasa (permintaan kami juga) tapi masa hantar nasi tu ke meja kami hanya ALLAH sahaja yang tahu macamana muka tuan kedai tu..Apelah orang Melayu berniaga, macam ni ke seorang peniaga Islam?? Sepatutnya mereka minta maaf sebab kesilapan tukang masak mereka yang tidak basuh dengan betul sayur kangkung tu sebaliknya boleh buat muka macam kami yang bersalah..Nak makan pon dah tak lalu, last-last membaziq macam tu sahaja;(
Memang banyak kali Zaila terkena dengan situasi macam ni. Pekerja kedai makan yang tak peramah, garang, tu belum kira tahap kebersihan kedai itu sendiri. Sebab tulah kami lebih suka makan masakan sendiri aje..Murah & terjamin kebersihannya;) Tapi sesekali tu teringin juga makan kat luar kan especially bila time gaji..hehehee..haruslah makan besar sesekali kan??
Owh, dah melalut-lalut pula..owh, happy father's day buat semua bapa-bapa di Malaysia ni. Kami tak sambut pon malah hubby mungkin tak tahu pon yang hari ni adalah father's day. Walau apa pon, Zaila tahu husband adalah bapa yang terbaik buat anak-anak Zaila & of course ayah Zaila juga *ni yang rindu kat Pok Mat ni*
Buat cikgu-cikgu, selamat berbakti kepada anak bangsa ya (cuti sekolah kan dah habis)
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
2 ulasan:
salam zaila..nasi goreng merupakan fav seisi rumah..tak kiralah kampung/cina..hehe kan senang makanan yg simple n mudah buat tapi sedap..
Salam untie, betul tu..nasi goreng ni kalau letak bawang & telur pon dah sedap kan
Catat Ulasan