*Entri ni adalah sedikit memuji sang suami*
Sejak dua menjak ni, husband Zaila memang suka memasak
*agaknya pembawakan budak kot* hahaha Manakala sang isteri tersangatlah
malas tak larat;D So pagi-pagi tu, bila Zaila bangkit je dari tidur mesti dah terhidang makanan kat atas meja makan tu. Bukan setakat pada hujung minggu je, malah hari bekerja pon memang akan ada *kalau si dia tak bangun lambat ah* Kurang-kurang pon mesti akan ada sosej goreng atau telur goreng. Agaknya anak sudah mahu masuk 3, mahu save budgetlah sang suami ni;)
Pagi ni bangun-bangun je sudah tersedia ini;-
sayur campur mahu perabis stok dalam peti ais*rasanya?? seindah ghupanya;D*
ikan bawal emas goreng
Thanks sang suami!! Jasamu kukenang sepanjang hayat
*pasni takde sebab untuk Zaila tak beranak lagi;D*
2 ulasan:
salam zaila..wah beruntungnya zaila dapat sang suami yg pandai dan rajin masak..hehe..auntie yg dah tua ni kalau dapat makan yg pakcik masak hanyalah telur rebus/telur mata kerbau..
bertuah badang..hehe
Catat Ulasan