Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 16 Oktober 2010

Makan Ikan Salmon Di Pagi Hari

Malam tadi Zaila ke Jusco Bukit Tinggi. Lama dah tak bawa anak-anak makan di luar so malam tadi kami belanja Haziq & Husna makan Pizza Hut je. Lepas makan, singgah ke Jusco sat untuk perabis duit so ternampaklah fillet ikan salmon di bahagian ikan. Kami sekeluarga memang penggemar salmon so sajerlah usha-usha harga kan. Masa tu harga Salmon trout adalah lebih kurang RM69++ sekilo, manakala Salmon atlantic pula agak murah iaitu RM30++ sekilo (tapi malangnya Salmon Atlantic tu dah habis) *barang murah mesti cepat je habis kan*

Pastu makcik pemotong ikan tu bagitau kat kitorang yang diorang nak clearkan stok ikan salmon semalam so dia akan bagi diskaun 50% atas kesemua ikan Salmon Trout yang ada tu. Kami pon apalagi, pilihlah 2 keping ikan Salmon Trout & dapat harga dalam RM10++ untuk 2 keping tu, berbaloi kan?? Selalu pon Zaila beli untuk sekeping Salmon pon dalam harga RM15++

Pagi ni bersarapan dengan ikan Salmonlah kami. Seb baik anak-anak pon cukup suka dengan ikan Salmon ni, Zaila just taburkan garam & sedikit mix herbs sahaja *feeling ala-ala mat salleh gitu* Kemudian steamkan sedikit sayur (brokoli, asparagus & capcicum)..Wallah!! Memang mat salleh celup habislah!!

By the way, ikan salmon ni amat bagus untuk kesihatan especially ibu-ibu mengandung kerana ianya mengandungi banyak kandungan Omega-3 dengan DHA & EPA yang baus untuk perkembangan otak.

3 ulasan:

Tihara berkata...

sedap nye, nk sket ;)

mohdandmeriam berkata...

salam zaila..ikan salmon memang sedap..yg tak sedapnya ialah harganya yg mahal..
setakat ni tak nampak pula ikan salmon dikb..

eynda berkata...

Tiba-tiba rasa lapar....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^