Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Weekend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Weekend. Papar semua catatan

Isnin, 15 Mei 2017

Perjalanan Artistry Mekla

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas, aku pergi kelas penjagaan kulit di Amway Petaling Jaya. Sebenarnya lebih kepada untuk belajar buat facial di rumah. Maklumlah surirumah macam aku ni, perlukan sesuatu pekerjaan yang tidak ada ikatan masa untuk menjana pendapatan sendiri. Kan ramai yang sekarang ni buat facial bergerak, buat kat rumah je senang. Kosnya lebih murah dan sudah tentulah masa pun boleh pelanggan tentukan sendiri.

Sebenarnya aku ni baru lagi dalam Amway, nak jual produk pun banyak lagi kena tuntut ilmu dari yang pakar. Selepas menjadi ahli Amway pada tahun 2014, perkara pertama yang aku buat adalah menukar produk dari jenama X kepada jenama hak Amway jual. Kalau produk penjagaan muka ni aku tukar kepada Artistry. Orang kata produk mereka mahal, tapi bagi aku mahal kalau berkualiti tak salah. Tapi sebenarnya takdelah mahal mana sebab produk Artistry ni tahan lama. Macam aku ni yang selalu hangat-hangat tahi ayam dalam menggunanya, adalah bertahan hingga setahun juga.

Tapi kalau nak cantik kenalah rajin pakai ye dak? Produk Artistry ni memang takde jual kat pasaraya ke pasar malam ke, semuanya kena beli melalui pengedar Amway, haaa nak beli boleh Whats App aku di 012-970 6828. Insya Allah aku akan bagi peneraangan yang mudah dan jelas. Eh terpanjang pula membebelnya, ingat nak cerita tentang pengalaman menggunakan Artistry.


Oklah, jadinya pagi Sabtu tu awal-awal pagi lagi dah terpacak di Petaling Jaya meninggalkan anak-anak di dalam jagaan en suami. Masa tu sedih juga sebab pergi seorang diri kan, rasa macam "Alahai, best je kalau duduk rumah tidur ni" tapi bila memikirkan akan ilmu yang Mekla mahu cedok dari yang pakar, gagahkan juga melangkah. Bukan senang untuk melawan perasaan malas tu tapi bila fikirkan anak-anak, kuatkan semangat. Apa yang Mekla buat sekarang insya Allah demi mereka juga. Doakan ya moga Mekla terus bersemangat. Tahun depan nak pergi Hokkaido bawa anak-anak. Eh!

Ok sambung lagi. Mekla awal-awal kenal Artistry masa pergi kelas make up di Kota Kemuning. Boleh baca entri ni : Seronok Belajar Make Up Bersama Yang Pakar dan entri ini : Bestnya Balik Kampung. Masa tu tak pakai lagi tapi lepas pergi kelas beli sikit-sikitlah memandangkan kalau nak beli sedebab tu telan air liur juga. Bukan apa, Mekla ni surirumah, kalau nak beli pun ambil dari duit gaji hak Amway bagi pada setiap pertengahan bulan.


Gambar ni masa awal-awal pergi kelas. Masya Allah, debabnya aku masa ni :P Waktu ni muka pun tak jaga sangat. Tak ingat dah pakai jenama apa untuk cuci muka, rasanya hak beli di Watsons kot, jenama dari Korea ke apa, sekali pakai pedih-pedih muka, terus berhenti pakai.

Permulaan aku pakai Hydra V sebab nak rawat kulit muka, bagi seimbang dulu kandungan air dan minyak kat muka ni. Lepas tu perlahan-lahan beli set Youth Xtend sebab nak bagi awet muda. HAHAHA

Setahun lepas tu aku pergi lagi kelas make up di Petaling Jaya bersama biras dan kawan blogger yang juga downline aku. Waktu ni muka boleh tahan kembang sebab masa ni mengandungkan Arman. Sifat nak jaga muka tu malas yang amat. Mereputlah kau bila tengok muka kusam. Tapi lepas bersalinkan Arman, atas semangat nak cantik untuk diri sendiri dan suami, aku gagahkan juga buat rutin cuci muka pakai skrub pakai toner dan pelembab. Kalau nak pakai semua produk masih belum berkemampuan lagi. Takpe, kita kumpul beli sket-sket naaaa


Kulit muka aku memang takde masalah sangat cuma kusam jelah. Sekarang ni selalu keluar rumah ambil anak-anak di sekolah, jadi memang muka sangat terdedah dengan cahaya matahari. Lepas tu kalau stress sket mesti muka keluar gatal-gatal. Ini kes kulit kering lah. Jadinya tahun ini aku rasa gatal nak tukar kepada set Ideal Radiance pula. Baru beberapa hari aku pakai set Ideal Radiance yang penuh. Bermula dari pencuci muka, toner, serum, spot esen dan pelembab. Bestnya bila dapat beli satu set lengkap hanya pada harga RM29 sahaja (nanti kalau sesiapa berminat boleh Whats App aku di 012-970 6828) nanti aku bagitahu bagaimana caranya.


Tahun 2017 kali ini ke kelas facial & spa. Best kelas ni sebab ada belajar buat urutan facial dan muka. Aduh, banyak lagi produk Artistry yang best-best yang aku kena beli. Takpe kita kumpul pelan-pelan, kena gigih jual produklah nanti ;)

Uols ada nampak perubahan tak pada kulit muka Mekla? Kalau aku sendiri, mestilah rasa ada. Kulit lebih lembap dan sihat berbanding dulu, tapi ada masa kalau terlupa pakai dan tak jaga, memang akan terasa kering sket.

Terus terang aku jenis tak reti make up. Kalau setakat yang asas tu bolehlah, pakai bedak pakai blusher dan lipstik (oghe Klate panggil lecu) he he he Macam nak keluar pergi kenduri ke apa, rasa segan pula nak make up lebih-lebih.


Ini muka make up nipis.

Gambar bawah pula lepas kelas facial haritu diberikan pula peluang belajar make up, merasalah pakai foundation bagai. Kalau peserta lain siap buat make up kat mata tapi Mekla malas, acah-acah buat sendiri aje. HAHA Memang tak nampak sangatlah tang mata tu


Yang pasti lepas kelas terus pergi shopping bedak sebab bedak lama sudah habis. HA HA HA Aku bab make up takde lah beria sangat cuma bab penjagaan muka ni aku fikir kena pentingkan juga. Bukan nak cantik depan suami aje tapi untuk diri sendiri. Apabila kita tak bekerja ni, pandangan orang terhadap kita pun lain (biasanya dipandang sebelah mata, aku pernah kena masa pergi kenduri kahwin, adalah mak pengantin ni salam aku dan tanya aku kerja apa, lepas aku cakap tak bekerja, dia terus pandangkan muka ke arah lain) Ya Allah, waktu tu memang terasa sangat, mungkin makcik tu tak berniat tapi iyalah kita ni manusia, ada hati dan perasaan juga. Jadinya lepas itu aku tanam niat dalam hati nak cantik untuk keyakinan diri sendiri juga. HAHA

Lagi satu en suami pun ada tegur haritu kulit muka aku kusam, jadinya terus rasa sentap sampai dalam hati. Tegurannya penuh kasih sayang bukan nak buat kita "down" tapi nak bagi kita tahu hakikat sebenar rupa paras kita, jadi jangan main-main dengan teguran suami. HAHA



Ok, nak raya ni aku tahu semua orang nak cantik kan? Kalau mahu cuba set Ideal Radiance hak travel kit boleh Whats App aku di 012-970 6828 ya.

OK nanti sambung lagi. Bye!

Rabu, 5 April 2017

Trend Sekarang Ya? Dobi Layan Diri


Assalamualaikum,

Sudah beberapa minggu mesin basuh di rumah kami rosak. Pening kepala juga memikirkannya memandangkan bertimbun-timbun pakaian yang "dihasilkan" oleh anak-anak. Maklumlah, seorang anak berjaya menghasilkan dalam 4 helai pakaian kotor setiap hari. Kalau 6 anak? Tambah pula mama dan papa anak? Adoi, memang menimbun! Belum masuk tuala, selimut, toto dan kelengkapan solat. Memang menangis tepi bucu katil lah nak basuh kesemuanya.

Jalan terbaik adalah dengan pergi dobi layan diri. Selalunya Mekla pergi pada hujung minggu aje, bawa anak-anak sebagai penolong. Kat kawasan rumah aku ni ada 3 biji dobi layan diri tapi ada satu yang best sebab ianya terletak di hujung bangunan (corner lot) dan mempunyai banyak mesin pencuci dan pengering. Bab harga tu memang selalunya aku pejam mata aje bayar. Tak pernah kira pun sebab tahu kalau kira memang akan "sakit dada" Kah kah kah

Kalau dobi yang kami pergi ni memang memanjang aje penuh dengan manusia. Best kot basuh baju kat sini sebab ada wifi free, pastu ada meja dan kerusi menunggu yang banyak, ada tempat mainan untuk anak-anak dan ada kerusi urut. Syok kan? Berapalah pendapatan tokei dobi ni sehari-hari ya? Menyesal sebab takde modal untuk buka dobi juga. Kah kah kah Kau ni Mekla pantang nampak bisnes best selalu fikir best je buat PADAHAL!!! hanya yang melaluinya akan tahu betapa susahnya untuk membangunkan sesuatu bisnes tu tau.

Oklah aku nak kongsi satu produk dari Amway ni iaitu sabun Amway yang sangat-sangat bagus untuk cuci bersih baju-baju yang terkena kotoran. Yang penting kalau rendam lama pun tak berbau busuk. Elok sangat kalau nak rendam baju sekolah anak-anak yang sudah tahap belacan goreng tu. Kalau ibu-ibu yang sayangkan kulit tangan lagilah, WAJIB ada kat rumah tau.

KELEBIHAN Detergen Serbuk cucian Pekat SA8 Premium :

1) Tindakan pembersihan berkualiti tinggi memberi prestasi yang berkesan terhadap kesan kotor dan daki yang degil.
2) Menjadikan pakaian sentiasa putih & cerah
3) Prestasi hebat walaupun dalam air sejuk
4) Rumusan dipatenkan termasuk kristal yang membuih untuk pelarutan yang bagus
5) Tiada sisa membahayakan yang boleh merengsakan kulit sensatif


Berminat untuk dapatkan produk ini? Hubungi aku ya di Whats App 012-9706828 sekarang.

Kalau nak tahu ada sesetengah dobi yang letak sabun Amway untuk digunakan di situ. Maklumlah, kalau sekali pelanggan guna dan terbukti pakaian bersih walaupun hanya guna sedikit, pasti mereka akan datang lagi kan?

Kalau tak nak beli yang serbuk , boleh dapatkan dalam bentuk cecair juga. Jangan lupa ya beli dengan Mekla :)

Isnin, 19 Disember 2016

Jalan-Jalan Subang Parade

Assalamualaikum,

Sesi "throwback" gambar lama. Seminggu yang lepas kami ke Subang Parade. Sekarang ini kalau mahu beli apa-apa Mekla lebih suka ke Subang Parade sahaja. Agaknya jiwa "orang tua" sudah meresap ke dalam jiwa. Kalau dulu waktu anak masih 2 orang, bulan 12 kami suka ke Midvalley, One Utama dan paling cikai pun di Sunway Pyramid. Tapi sekarang ni, lebih selesa ke tempat yang tak ramai manusia dan yang penting senang dapat parking, senang ada lif tak payah nak jalan-jalan jauh dan banyak kedai.

Kalau bulan Disember ni seronok tengok dekorasi krismas kan? Jualan akhir tahun pun banyak tapi poket kami je tak berapa nak "banyak" uwangnya..kihkih Tapi adalah rezeki boleh beli kasut baru untuk Mekla (yeay). Itupun beli kat dalam kedai Bata je sesambil beli kasut sekolah anak-anak. Ha ha ha Kalau dulu gigih tau ke sana ke mari pilih mana yang berkenan tapi sekarang ni tengok-tengok cuba-cuba terus beli. Adoi faktor penuaan sungguh T____T"


Kalau ke mana-mana pasti kami jadi perhatian, maklumlah anak-anak ramai berderet kecil-kecil pula tu. Pasti ada lirik mata yang akan tolong kirakan berapa anak-anak kami. Ha ha ha


Susah betul nak ambil gambar anak-anak. Masing-masing ada watak dan karektor tersendiri


Baru perasan anak-anak lelaki semua pakai baju melayu, iyalah kami keluar lepas solat maghrib. Itupun pergi sama-sama solat di surau Al Hijrah berdekatan rumah dan terus keluar ke Subang Parade. Syukur nak dapat parking pun senang kalau ke sini.


Selepas makan malam kami terus balik, kalau keluar dengan anak-anak sudah tentu mereka memilih untuk makan The Chicken Rice Shop, mama nak makan Kenny Rogers pun tak dapat. Hu hu hu

Apa-apa pun syukur dengan rezeki yang ada, sekali sekala kena bawa anak-anak keluar juga. Haih rindunya dengan pokok krismas di KLCC, Midvalley, Gardens dan seangkatan dengannya. Kalau anak-anak dah besar bolehlah pergi cuci-cuci mata tapi buat masa sekarang kita pergi ke tempat yang tak ramai orang dulu. Lokasi Subang Parade ni sebenarnya ada banyak memori di mana Mekla dulu suka join bazar-bazar yang diadakan setiap hujung minggu. Teringat lagi kenangan menjual tudung dan kain ela di sini. Sekarang ini Mekla banyak buat online sahaja memandangkan susah nak keluar tinggalkan anak-anak.

Kawan-kawan pula suka keluar santai-santai ke mana?

Iklan sat :
Sempena tahun baru 2017 Mekla ada buka group kutu untuk gadget moden ni. Maklumlah mesti ramai yang meleleh airliur nak beli secara tunai tapi sampai sekarang tak terbeli-beli kan. Jadi jomlah kita berkutu-kutuan sebabnya sekejap aje alih-alih dah dapat barangnya. Sebarang pertanyaan sila Whats App ke 012-970 6828 ya. Selain dari gadget pressure cooker ni Mekla ada buka juga kutu steamer, noodle maker dan air fryer tau!

Bye!

Jumaat, 16 Disember 2016

Pakej Penjagaan Kesihatan Bagi Mereka Yang Mahu Mengerjakan Umrah Atau Haji

Assalamualaikum,

Tajuk tu bukan main lagi ya, sebabnya nak promote pakej penjagaan kesihatan bagi mereka yang mahu menunaikan umrah. Isnin yang lepas berkesempatan menghantar mak mertua dan adik en suami ke KLIA2 kerana mereka akan menunaikan umrah. Ikutkan penerbangan pukul 5 pagi jadi kami awal-awal lagi sudah berada di sana sebab takut nanti anak-anak akan mengantuk. Jadi dalam pukul 12 kami sudah berkumpul di depan KFC :)

Dah namanya berkumpul depan KFC, habis juga seketul Zinger burger. Anak-anak dapat makan ayam seketul seorang. Padahal petang tu dah makan di rumah. Memang dasar pemakan betul kami ni :P Mekla sempat bancuhkan minuman protin Nutrilite 2 scoop untuk mak mertua minum. Jauh lagi perjalanan jemaah umrah ini jadi memang perlukan tenaga yang segera. Dalam pukul 1 pagi lebih semua jemaah sudah berkumpul untuk mendengar taklimat. Kami pun tidak menunggu sehingga mereka masuk balai perlepasan pun. Sempatlah bergambar dulu :)


Mak mertua memang seorang yang bertuah, tahun ini sahaja 2 kali diberikan kesempatan untuk menunaikan umrah. Pertama kali haritu sempat berpuasa di Mekah dan kali ini dipanggil lagi menjadi tetamu NYA. Murah sungguh rezeki ibu mertuaku idolaku ~


Suka betul Mekla dengan abaya hitam ni sebabnya kat depan tu ada macam ropol dari kain chiffon (tapi sayang warna hitam tak nampak). Hermm bilalah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Dubai. Bolehlah shopping abaya lagi, sekarang ni macam-macam jenis abaya yang menarik, tidak terhad pada warna hitam sahaja. Ya Allah semoga Mekla diberikan rezeki yang murah untuk menjejakkan kaki ke sana :)

Seminggu sebelum mak mertua bertolak Mekla ada tanya juga "Mek ada ambil vitamin tak untuk kesihatan diri?" Mak mertua cakap tak ada dan patutlah waktu umrah yang lepas badan mak mertua memang cepat penat dan agaknya cuaca waktu tu yang panas sangat hingga membuatkan mek demam dan tidak sihat. Jadi Mekla beri sedikit minuman protin perisa teh hijau untuk mek cuba dan terus mek suruh belikan satu canister untuk dibawa menunaikan umrah nanti.

Alhamdulillah haritu adik ipar yang menunaikan umrah sekali dengan mek bagitahu yang mek serasi dengan minuman protin ini. Bukan apa, mek ni ada sakit gastrik, kalau lambat makan mesti sakit perut. Itu yang merisaukan kami tapi sebagai manusia kita usaha dulu cari apa-apa makanan tambahan yang bersesuaian dengan kita. Sejak tahun lepas, Mekla selalu juga ke kelas menambah ilmu tentang produk Nutrilite dan dapat tahu yang protin sangat bagus bagi mereka yang ada gastrik dan kaum hawa elok sangatlah ambil protin untuk kecantikan :)

Jangan risau protin dalam All Plant Nutrilite ni semuanya terdiri daripada protin tumbuhan dan ada 4 jenis perisa. Paling Mekla suka sudah tentu teh hijau (bagus sebab ada anti-oksida untuk awet muda) dan perisa campuran beri sebab masam-masam sikit. Eh kalau ada kawan-kawan nak cuba makan, boleh Whats App Mekla di 012-970 6828 ya untuk pembelian. Iklan sekejap :)


Inilah minuman protin perisa teh hijau kegemaran Mekla. Pada hari yang sibuk Mekla akan minum dulu awal pagi supaya perut tak terasa kosong sangat ;)

Sambung lagi layan gambar jelah ya, Mekla memang tak pandai nak cerita dari A sampai Z kejadian lepas-lepas, maklumlah menaip ni pun laju aje sebab tak nak sampai Arman menangis T___T"


Budak Aaliyah yang awal-awal tu moody sakit kaki, bila dah berjumpa sepupu-sepupu tiba-tiba dah bertukar mood happy pula. Macam-macamlah perangai ko nak!


Simpan gambar kenangan bersama anak-anak. Susah betul nak ambil gambar elok-elok, lepas tu mesti tak cukup bilangan anak. Waktu ni dah pukul 3 pagi lebih. Cergas je semuanya sebab dalam kereta dah pakat tidur belaka. huhuhu


Jangan lupa doakan kami ya mek agar dijemput juga menunaikan umrah atau haji secepat mungkin *sob*sob*


Arman teruja tengok pokok krismas yang menarik ni. Suka betul kalau ke pasaraya ke mana-mana mesti ada hiasan pokok krismas :)


Nasib baik Mek tok Husna tak bawa lari bola biru tu ;)


Ok ini adik en suami (Zura) dan suami (kami panggil trusted repairman sebab kerja dia membaiki aje) dan anak mereka si cilik Ain. Bestnya berpeluang sekeluarga menunaikan umrah. Semoga mendapat umrah yang diterima Allah. Jeles juga apabila melihat gambar yang Zura hantar dalam group Whats App keluarga, setiap hari memang ada aje perkembangan mereka. Alhamdulillah mak mertua memang terserlah muka gembira dapat menunaikan umrah kali ni.


Oklah bagi kawan-kawan yang ingin menunaikan umrah atau haji, boleh cari Mekla untuk dapatkan pelbagai pakej penjagaan kesihatan diri sepanjang berada di sana. Nanti Mekla akan cadangkan vitamin yang sesuai untuk dibawa bersama. Mekla pernah terbaca tips untuk membuat umrah kena sentiasa pastikan diri sihat dan bertenaga agar dapat menyelesaikan ibadat dengan tenang. Musim umrah hujung tahun sudah tentunya cuaca sejuk dan kulit mudah kering dan terhidrasi. Jadi perlu seimbangkan kandungan cecair di dalam badan. Hermm, tubuh juga harus kuat dalam melawan penyakit jadi kena ambil vitamin yang berupaya meningkatkan daya tahan diri untuk melawan penyakit seperti demam, batuk kering dan lain-lain.

Boleh Whats App Mekla di 012-970 6828 sekiranya kawan-kawan ingin mendapatkan pakej penjagaan kesihatan diri semasa umrah. Insya Allah Mekla akan cadangkan vitamin yang bersesuaian ya.

Terima kasih keana sudi membaca. Bye!

Selasa, 25 Oktober 2016

Kisah Cuti Awal Muharram : Mandi Kolam & Nasi Arab Hadramawt Kitchen

Assalamualaikum,

Sebenarnya kejadian dah lepas dah pun. Awal bulan Oktober yang lepas kami menghabiskan cuti Maal Hijrah bersama keluarga belah en suami. Saje simpan dalam blog sebagai kenangan :)
Awal pagi tu aku ke HQ Amway di Petaling Jaya sekejap uruskan pembelian alat ganti Noxxa Pressure Cooker dan selepas itu terus ke Wangsa Maju ke rumah abang sulung en suami. Budak-budak ni dah teruja sangat sebab nak mandi kolam. Maklumlah kat rumah kami mana ada kolam :P




Suasana petang tu hujan rintik-rintik. Sesuai sangatlah kalau nak mandi-manda tapi Ashraf, Azzam dan Aaliyah main air sekejap aje dah kesejukan.


Husna dan Haziq aje bertahan (siap masuk kolam dewasa lagi). Nasib baik ada Ayah Long mereka dan sepupu-sepupu yang besar tolong tengokkan. Kalau takde yang pandai berenang, memang mama diorang tak akan bagi turun ke kolam dewasa tu. Teringat kenangan budak-budak ni mandi kolam di hotel dekat Krabi, Ashraf hampir lemas juga. Ya Allah terbayang-bayang lagi rupa dia terapung dalam air. Minta dijauhkan Allah perkara macam ni tau.


Suka betul Husna bila Ayah Long ajar berenang. Mekla dari mereka kecil lagi niat nak hantar kelas berenang tapi sampai sudah tak daftar-daftar. Herm, maklumlah banyak sangat komitmen duit nak guna. Tengoklah tahun depan kot-kot ada budget lebih boleh hantarkan ke kelas berenang di Berjaya Park.

Sambungan kisah tadi, selepas solat maghrib kami semua pakat berkumpul di restoran nasi arab berdekatan rumah Ayah Long iaitu Hadramawt Kitchen berdekatan dengan Wangsa Walk. Semua adik beradik en suami yang tinggal di Selangor dan KL datang. Alhamdulillah, gegey riuh dalam restoran tu dengan suara set-set "speaking Klate". Naisb baik Kak Rah atau Mak Long rajin ambil gambar guna henset, maka adalah beberapa gambar boleh simpan sebagai memori nasi arab. He he he
Nak harapkan Mekla, henset awal-awal lagi sudah mati (habis bateri). Jom berkenalan dengan keluarga besar en suami :-


Tuan blog dan suaminya serta anak bongsu (anak no 6). Eh! Ada hati lagi ke nak tambah anak? Dalam keadaan ekonomi sekarang, rasanya kena fikir sepuluh kali :P


Mokra (tengah) diapit oleh anak-anak saudara. Besar (dari segi fizikal pun ya) dah mereka semua :)
Kalau berminat boleh PM tepi. Ha ha ha #sayapromoteaje


Ini pun anak dara kepada abang sulung en suami. Sekejap aje masa berlalu, dulu ingat lagi kalau ke rumah mereka masih kecil-kecil lagi.


Ayah long dan mak long bersama anak Mokla nama Fadhal Hamzah. Orang kata wanita yang anak ramai muka awet muda, kalau tak percaya tengok Kak Rah ni (promote sket) Ha ha ha Sebaya dengan anak-anak dara dah kan ;)


Yang ini pula anak saudara (depan sekali) dah muka gaya bapa saudara. Nasib baiklah lelaki muka "matured" takpe, kalau anak dara kesian pula. Ha ha


Kak Yah (kakak en suami) dan suami Abang Zul. Amboi romantik nampak. Anak mana? Anak mana?


Gambar ibu-ibu sahaja (dan bakal ibu juga)


Mokla (adik bongsu) dan suami Fazril. Tadi anak Mokla (yang Ayah Long pegang)


Mokra dan Rostam (kami panggil Tom trusted repairman sebab dia kerja membaiki alatan elekrtik). Mokra ni dulu waktu bujang selalu juga ikut kami bercuti ke Melaka, pergi Vietnam pun dengan dia lah, tapi sejak dah kahwin ada suami ada anak ni susah dah nak ajak pergi mana-mana. Sibuk kendong anak lah tewww


Anak-anak dara dan mak dara. Haaa cer tengok Kak Mar tu muka awet muda kan? Belah kiri tu Huda (anak sulungnya). Mekla nanti dengan Husna macamana lah ya?


Mekla makan di meja sebelah (boleh nampak tak minah kecoh sedang berbual tu)


Anak-anak dara (belah kiri tu baru habis UPSR) yang tengah dan belah kanan baru darjah lima uolsss


Anak dara diapit oleh "mak dara" >___<


Abang Zul & Kak Rah (lagi). Terima kasih malam ni Ayah Long yang bayar bil (sebenarnya semua pakat bayar juga tapi uhuk uhuk tak cukup dengan bil yang keluar). Semoga makin murah rezeki yang membayar bil malam itu.


Yang ini Abang Yi dan Kak Nurul (abang Yi ni kembar kepada Kak Yah)


Huda dan Huzaifah (pasangan ni berkahwin hujung tahun 2014). Masih ingat lagi sehari sebelum banjir besar di Kelantan, masa tu mak mertua datang dan tak boleh balik sebab jalan darat semua dinaiki air. Kenangan yang terpahat dalam hati.


Ayah Sir (abang no 2) dan Kak Mar 


Jamal (adik en suami) dan Azan


Gambar kami depan restoran. Boleh nampak tak mana anak-anak Mekla? Semua dipegang oleh anak-anak buah. Haziq Husna Ashraf dan Azzam aje yang takde dalam gambar sebab sibuk bermain. Malam tu balik rumah dah pukul 12 malam. Kenyang makan nasi arab sampai ke pagi :P

Oklah, itu sahaja gambar. Nak review pasal makanan pun tak boleh sebab tak ambil pun gambar makanannya tapi rasanya sedap juga (dah peminat nasi arab kan) cuma bab harga "standard" lah kan. Kalau nak makan nasi arab di restoran petuanya jangan order air banyak-banyak baru lah selamat poket bila nak membayar tu :P


Iklan sikit : Mekla adalah ABO (Amway Business Owner) jadi sekiranya berminat untuk membeli atau mengetahui akan produk yang dijual di bawah edaran Amway, boleh WA Mekla di 012-970 6828 ya. Sudah ambil minuman protin Nutrilite di atas? Kalau belum, anda patut cuba sebab memang berkhasiat dan sangat bagus untuk kaum wanita di mana kita memerlukan protin untuk membina dan menggantikan sel tubuh badan. Perisa kegemaran Mekla sudah tentulah beri dan teh hijau. Orang yang ada gastrik sesuai sangat ambil protin untuk mengelakkan perut dari cepat pedih. Tak percaya? Silakan cuba sendiri. Meh beli meh :)

Bye!

Isnin, 24 Oktober 2016

JJCM : Nasi Arab Al-Rawsha Shah Alam

Assalamualaikum,

Lama sangat tak buat siri jalan-jalan cari makan, maklumlah sejak dah beranak ramai ni kalau dapat pergi makan kat luar tu memang susah sangat nak keluarkan henset dan ambil gambar, melainkan kalau pergi ramai-ramai (ada orang yang pegangkan Arman boleh lah). Takpe, Mekla update mana yang sempat aje, yang lain tu simpan dalam memori jadikan histori ajelah! Cewah :)

Malam Sabtu yang lepas, kami sebenarnya merancang untuk makan di restoran makan barat (kalau tak silap namanya Peporo ke apa) tapi masa sampai tu penuh dengan manusia. Apabila baca review memang murah dan sedap, agaknya sebab itulah ramai orang. Malam tu sebenarnya kami berjanji dengan abang en suami untuk makan sekali, mula-mula mereka telah ke satu kedai nasi arab berhampiran (kalau tak silap namanya Ali Baba ke apa) Aduh maafkan Mekla atas ingatan yang tak berapa nak bagus dan sebenarnya malas nak karang panjang-panjang. Ikutkan memanglah banyak benda nak tulis kan tapi masa itu emas.

Dipendekkan cerita kami keluar dari restoran Ali Baba tu sebab nak pergi ke Restoran Al-Rawsha ni. Waktu malam memang kelihatan seperti istana lah! Sampai-sampai tu kawasan restoran sudah dipenuhi kereta, risau juga tidak ada tempat tapi alhamdulillah servisnya boleh tahan cepat walaupun ramai pelanggan. Serius ramai! Maklumlah malam cuti kan, semua orang pun nak datang bawa keluarga makan ;)


Hiasan dalaman restoran ini memang cantik bak istana di padang pasir. Ewah! Kebanyakan pekerja mereka orang Arab. Layan gambar aje, tak banyak pun sempat diambil memandangkan masing-masing kelaparan dah.


Ni kat depan pintu masuk, pintu restoran ni besar (macam istana) siap ada patung penjaga lagi. Alahai abaikan gambar bergegar tu. Masuk je ada tangga ke bahagian atas (mungkin dewan sebab nampak macam ada majlis perkahwinan kat atas tu)


Bergambar sebelum balik. Kami memang pelik, awal-awal semua macam segan nak ambil gambar. Maklumlah bukan fotogenik semuanya tapi kita ambil juga simpan sebagai kenangan :) Anak-anak memang susah nak tengok kamera (atau sebenarnya henset)


Suasana di dalam memang penuh. Kami pergi 2 keluarga aje, kalau semua adik beradik en suami datang, mungkin boleh sewa dewan kat atas tu (gurau aje lah) tapi mungkin penuhlah bahagian bawah tu. Tempohari kami pernah makan di Restoran nasi arab di Hadramawt Palace Wangsa Maju, semua datang dan penuh 2 meja panjang. Nanti Mekla review restoran tu juga ya.

Dalam gambar adalah biras Mekla iaitu Kak Mar dan tudung merah tu anak bongsunya si Iffah. Minat sungguh pada budak-budak, kalau ada Iffah memang bestlah sebab dia akan ambil baby tu dan jaga macam anak sendiri :P Seingat Mekla susah nak cari budak-budak yang gemarkan baby. Hermm, ada hint nak suruh umi dia hadiahkan baby baru tu. Choi!


Kejadian kelakar di restoran ini adalah Arman tarik kuah kari (ke dalca entahlah) dan tumpah atas mama dia dan dia sendiri. Dahlah koboi je pakai macam tu. Tapi takpe, anak-anak Mekla memang rilekslah kan. Ke mana-mana tiada etika pemakaian dah :P


Awal-awal memang Iffah yang jagakan Arman. Alahai bestnya kalau Husna ni macam Iffah. He he he Tapi alhamdulillah Husna pun kadang-kadang rajin juga melayan adik dia cuma jangan bagi Arman nangis aje, kalau dah start menangis tu memang tak boleh dah nak "entertain" melainkan bagi kepada mamanya aje.


 En suami yang order makanan malam tu. Kami ambil mandy kambing sebanyak 2kg. Sebenarnya ada aje set-set untuk seorang makan tapi macam rugi kalau ambil set, baik order secara berkilo-kilo. 1kg untuk 5 orang makan. Memang ada banyak lebih dan puas hati dengan makanan di sini. Nak kata sedap tu, rasanya mandy kambing di Restoran Saba lagi sedap :) (lebih moist)


Tapi yang paling puas hati adalah daging kambingnya. Tengoklah memang penuh. Mungkin kami pergi dewasa pun tak ramai, anak-anak je yang makan jadi banyak lebih daging kambing. Tapi, anak-anak kami makan bertambah juga. Budak-budak ni memang "hantu" nasi arab, maklumlah mama diorang kan jual rempah nasi arab Al-Bayt. Kalau mahu beli Whats App 012-970 6828 tau (sempat lagi iklan)

Bagi yang mahu mencuba ini alamat restoran tersebut :

AL-RAWSHA RESTAURANT
2 JLN PLATINUM G7/G SEC 7
40000 SHAH ALAM SELANGOR

Facebook : Al-Rawsha Restaurant

Harga bagi aku "standard" nasi arab. Kalau satu famili mungkin habis dalam RM100+ termasuk minuman. Kalau tak nak bil melambung cuba untuk kurangkan order minuman. He he he Kami haritu minum teh arab (Adani dan teh biasa) aje, nasib baik anak-anak pun jenis suka minum.


Iklan sekejap : Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan tilam jenama hotel 5 bintang, Mekla ada jual tau. Paling best ada tawaran percuma comforter lagi (seperti dalam gambar). Tawaran sehingga hujung bulan ini aje, kalau berminat cepat-cepat WA Mekla di 012-970 6828.

Oklah, hingga bertemu lagi. Semoga Mekla rajin uupdate blog lagi. Doa-doakanlah :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^