Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 30 November 2010

Cuti Sekolah = Musim Orang Kahwin + Hati2 Memilih Mak Andam

Sorry entry ini lambat dipublishkan, actually sabtu yang lepas (27/11/2010) adalah tarikh keramat buat bff Zaila iaitu Najwa. Teringat lagi saat Najwa & Nani berkunjung ke rumah di zaman mereka bujang dahulu, sekarang ni Alhamdulillah semua sudah pecah dara pon selamat menjadi isteri orang.

Kami bertolak keluar dari rumah pukul 11 pagi supaya sampai ngam-ngam time makan tengahari;D *tips untuk orang yang malas masak*. Tempat majlis perkahwinan Najwa ni dibuat di Dewan Taman Tasik Ampang Hilir, KL..agak besar jugalah ruang dewan ni & kat depan dewan ada kolam & juga taman permainan so memanglah sesuai untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan kat sini.

Kebanyakan majlis perkahwinan di KL semuanya buat kat dewan kan. Al maklumlah senang sket pasal tempat yang luas & selesa untuk pengantin, keluarga & juga para tetamu;) Kalau kat kampung pon best juga sebab nanti akan ada majlis gotong royong atau "big work"/bekwoh (bak kata oghe Klate) dimana semua lauk pauk akan disediakan bersama-sama;) Tapi nasi beriani yang kat majlis Najwa ni tersangatlah sedap sampai Zaila makan bertambah tau *sedikit gelojoh disitu tapi abaikan nafsu mak buyong kan* Najwa cakap dia ambil tempahan catering dengan Sri Angsana Catering so pada sesiapa yang tengah mencari-cari boleh contact mereka;) eh eh melalut sampai buat iklan free pula..Oklah silalah layan gambar yang Zaila tangkap guna kamera perasan slr ni..Patutnya Najwa kena bayar upah Zaila juga ni;D

Nah, terimalah gambar mak buyong yang gemuk ni..Masa ni sangatlah kelakar sebab kebetulan pengantin sedang duduk bertapa di dalam kereta (pasai takut make up cair) & bila dia nampak je Zaila & Nani, terus meluru keluar..Hahahaha..keadaan agak kelam kabutss di situ;D (siapa yang tak kenal Najwa kan???)
Nani pengantin baru sebulan, Najwa pengantin baru, mak buyong pengantin lama
serious aku nyampah tengok badan dirik sendirik tak sabar nak kurus
tetiba ada gambar pakcik naik skuter;D
cantik make up Najwa hari tu. Ni mak andam dia
tetiba ada gambar anak dara mak pula;D
kan betul Najwa ni tengah kalut!!
sampai habis sampah sarap dia heret kat belakang baju dia;D
gerbang asmara
Ameera ni cepat betul membesar, sampaikan skirt ni dah singkat dengan dia so terpaksalah mama padankan dengan legging..cantik kan??puji anak sendirik
Abang Amirul yang tak nak makan nasi sebab nak makan gula-gula
pelamin / tempat makan beradab
boleh tahan juga dekorasinya
tema pink~tak sangka Najwa minat kaler pink ya
anak dara Zaila yang pakai baju ikot tema pengantin;)
pemandangan luar dewan, bila dah kenyang makan tu bolehlah keluar bersiar-siar jap kat luar dewan ni..pastu masuk sambung makan lagi;D
mak buyong gemuks lagi
anak-anak Zaila ni memang penakutlah, diorang mana nak main gelongsor ke hapa..aduusss ikot perangai saperlah tu
saat pengantin tiba, Zaila dah minum 2 gelas air sunquick dah!!
gambar tak ada motif
tengah nak masuk dewan pon masih sempat bersalam dengan tetamu;D
comel je flower girl pakai tudung
serious cantik kawan aku hari tu Najwa jangan kembang lubang hidung ya
jalan pandang ke bawah, karang tersadung kang;D
buat Najwa & pasangan, moga berbahagia selalu

Seronok aje bila tengok majlis perkahwinan kawan-kawan. Teringat zaman Zaila 5 tahun yang lepas, mana ada buat grand-grand, maklumlah masa tu baru habis belajar, kerja pon takde lagi so memang Zaila ni buat loan 100% ah dengan mak Zaila buat beli katil & barang-barang hantaran. Pastu tak suka betul bila tengok gambar kahwin Zaila, dengan make up macam tepung gomaknya, dengan gambar nampak peluh-peluhnya, pastu posing keras atas katil *argh, rasa macam nak putar balik je masa ni* Serious Zaila bengang dengan mak andam yang Zaila ambil, ada ke masa hari kenduri tu dia xdatang & just hantar wakil iaitu kawannya untuk make upkan Zaila. Yang tu satu hal, pastu fotographer yang patut ambik gambar haritu pon tak datang (suami dia) so senang-senang je dia suruh kawan dia datang. Pastu si kawan dia tu pula datang dahle time semua gerombolan pengantin lelaki dah balik..Memang sakit hati gila-gila ah sebab selalunya mestilah kita nak bergambar dengan semua ahli keluarga kan, baik lelaki mahupon perempuan..Huhuhuhu..sungguh tak profesional mak andam yang Zaila ambil tu *ni kes last minute punya choice*

Bila dirisik-risik, rupanya dia ambil 3 tempahan pada hari tersebut. Memanglah Zaila sakit hati sangat-sangat dengan servis yang dia bagi..Tapi malas ah nak kecoh-kecoh nama kedai tu kat sini. Yang lepas tu lepaslah..Lagipon Zaila dah selamat kahwin dah pon..Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan. Moga-moga ikatan perkahwinan kami pon akan kekal sehingga akhir hayat kami juga. Buat bakal pengantin semua, berhati-hatilah dalam merancang majlis perkahwinan korang semua;)

6 ulasan:

Nurhayati berkata...

wah sudah nampak perutmu itu.. comel hihihi

Lady of Leisure berkata...

wah mak buyung itu, nampak sungguh berseri tau.. ini yg dikatakan seri ibu mengandung kan hehe.. :)

linahilmin berkata...

jelesnya, perut u tak nampak sgt compare ngan i yg dah mcm cukup ari! grrrrr!

yatie chomeyl berkata...

ore pun bengang bila ingat2 blk photographer yg ore hir emaos wedding tu...gmbr xbest..doh la mari lmbt jugop, dekat2 nk kelik doh rombongan pengantin laki

Lynn Abd Latib berkata...

zaila,

berapa bulan dah?nampak dah sarat..g ampang?umh kita dkt ampang..lain kali bgtau tau dtg ampang..leh sggh!!

Zaila Mohamad berkata...

Yati, malu i tau

Lady, berseri ke?? menahan kepanasan tu;D

Lina, u kan lebih sebulan dr i..of courselah perot u chomel gitu;)

Yatie, tulah kam..demo ni suko2 jah buat keje mace tu, kalu bayar muroh dakpolah jugop

Lynn, alaa zaila tak tahu..nanti nak kena calling2 r dulu, baru leh singgah2

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^