Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 29 November 2010

Aku Benci IK.EA

Hari Ahad yang lepas, en suami ajak Zaila g IKEA. Macam orang mengantuk disorongkan bantal, mestilah cakap nak kan;D *padahal baru je lepas balik kenduri kawen & of courselah mata masa tu tengah sepet nak tidur tengahari kan* Tapi dek kerana IKEA, mak sanggup!! hover tak mak buyong ni

Masa on the way ke IKEA (Zaila ikot NKVE), hujan turun selebat-lebatnya tapi bukanlah basah pon kan so dalam pukul 2 lebih kitorang sampai IKEA. Nak pula masa tu tempat parking basement tutup pasal parking dah penuh. Ramainya umat manusia yang datang IKEA ni, apa?? diorang ni takde tempat lain ke nak g ha?? ;D Pusing punya pusing, adalah juga satu tempat nak parking, tupon kat luar IKEA & kami kena menapak agak jauhlah..Adusss, dahle pakai kasut baru masa tu *haruslah melecet kaki mak*

Masuk sana, haruslah mak laki bini meroyan tengok dekorasi dalam tu..Mak aih, rasa macam semua nak beli aje..Semua benda comel & praktikal je..Haziq ngan Ameera paling seronok dok melanyak katil-katil mahupon sofa yang ada. Tapi kan, umat manusia punyalah ramai, sampai nak berjalan sentuh-sentuh barang pon susah tau..Tapi kalau g IKEA tak sah kan kalau tak menderma kat situ, Zaila berani kerat jari ah yang korang pon sama. Pasal barang-barang kat sana too hard to resist kan?? Apesal ah?? Kenapa semuanya nampak comel??

Zaila beli ini;-
Benda alah ni boleh buat buang bulu-bulu yang ada kat baju, takpon leh buang bulu kucing yang melekat kat sofa tu
Bastis Lint Roller RM4.90/pc
Grundtal Cutler RM25.00

Boholmen Dish RM19.00

Pastu adalah beberapa lagi benda yang boleh mencantikkan diguna pakai kat rumah kami ni. En suami pon sudah naik angau dengan IKEA dah, siap dok berangan nak buat bilik bawah kami ni sebagai office dia..hahahaha..kalo mak, lagilah tak suka kan..

Hai, that's whylah Zaila benci IKEA
sebab bila dah masuk sana, tak sah kalau habis duit;D

5 ulasan:

ieyza berkata...

teringin sangat2 nak gi ikea....

linahilmin berkata...

ikea memang, klu niat taknak beli pun akan balik dgn penuh bonet gak! ade je benda yg nak dibeli kan!

Zaila Mohamad berkata...

ieyza, kalau tinggal area KL ni, rugi kalau xsinggah ke IKEA;D

Lina, tulah pasal!!

DaZzlingLilLy berkata...

i ni lg lah sis..kalau sekali turun KL wajib pi ikea..penuh troli memborong..hehe

Zaila Mohamad berkata...

Lily, memang patut pon sebab barang2 kat IKEA tu cute mute kan..hehehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^