Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 16 Februari 2010

Cerita KPLI Lagi

Pasti di kalangan kawan-kawan yang tahu tentang Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) kan?? Sekarang ini dikenali dengan nama KPLISR (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah) pula. Bagi mereka yang ada ijazah & masih mencari / berminat untuk menjadi warga pendidik, maka kursus ini adalah sesuai untuk anda. Namun harus diingatkan agar anda betul-betul berminat untuk menjadi warga pendidik, barulah peluang untuk masuk ke kursus ini akan lebih cerah^__^ terutamanya kepada mereka yang ada pengalaman menjadi guru ganti ataupun guru sandaran.

Zaila pun tidak terkecuali dalam mencuba untuk menjadi guru ni. Orang kata warga KPLI adalah mereka-mereka yang tidak dapat mencari kerja dalam bidang pengajian mereka atau susah untuk mencari kerja dek kerana result yang rendah. Betul ke?? Zaila tidak rasa macam tu pun, setiap orang yang mengambil KPLI ada alasan masing-masing. Zaila rasa profession perguruan ini sesuai untuk kaum hawa sebab masa seorang guru tidak sama seperti bekerja di pejabat yang menuntut kami untuk berada selama 8 jam atau lebih di office. Dahlah kalau time cuti sekolah cutinya agak terhad so Zaila rasa kelebihan yang macam inilah yang membuatkan ramai di antara mereka berminat untuk memasuki kursus ini.

Tapi mengapa tidak memohonnya seawal pengajian di Universiti lagi?? Entahlah, bagi Zaila dulu Zaila tidak terfikir akan kepentingan untuk memilih jurusan yang sesuai dengan kita semasa di Universiti, asal masuk U dan teruskan pengajian agar lulus dengan segenggam ijazah pun sudah baik. Namun, bila melangkah ke alam pekerjaan, baru Zaila tahu betapa pentingnya untuk memilih jurusan yang begitu sesuai dengan jiwa kita agar bila kita keluar nanti, kita dapat bersaing dengan ramai lagi lepasan U yang lain bagi mendapatkan pekerjaan idaman hati. Tapi yang pasti, dalam zaman yang mencabar ini kita tidak seharusnya terlalu memilih pekerjaan. Bayangkan, belum lagi dapat kerja, kita sudah pun dihantar surat cinta dari PTPTN agar melunaskan hutang-hutang yang telah kita pinjam semasa belajar dulu.

Nasihat Zaila, rebut segala peluang yang ada di depan mata. Jangan terlalu berharap untuk bekerja di dalam bidang yang kita belajar dulu. Kalau dapat, alhamdulillah..kalau tak dapat, cuba lagi. Pelajari apa keistimewaan yang kita ada, contohnya adakah kita pandai menjual insurans? atau adakah kita selesa bekerja di rumah? Zaila sendiri boleh dikatakan setiap tahun memohon untuk memasuki KPLI ini. Pernah sekali dapat sampai ke peringkat temuduga namun agak malang kerana Zaila tersalah pilih subjek yang tidak sesuai dengan jurusan Zaila. Sudahlah masa tu Zaila masih dalam pantang lagi, terpaksa gagahi jua untuk ke pusat temuduga tersebut, tapi kesudahannya tidak dapat. Memang agak mengecewakan tapi itu sedikit pun melunturkan semangat Zaila untuk menjadi cikgu.

Tahun ini KPLI keluar lagi, syarat pun makin ketat. Mungkin terlalu banyak komen dari masyarakat yang membuatkan Kementerian Pendidikan bertindak untuk menapis lagi bakal guru mereka. Zaila masih lagi ingin mencuba walau ada sedikit tawar hati. Takpelah, kalau tak ada rezeki untuk menjadi guru, Zaila redha sebab hanya ALLAH tahu yang terbaik buat Zaila. Moga dipermudahkan segalanya..Amiinn

16 ulasan:

i3na berkata...

good luck Zaila... amik course apa ye

KV berkata...

jgn jemu mencuba. Gud luck!

~ Ibu ZAAZ ~ berkata...

kalau tak cuba, tak tau. kalau betul niat nak jadi cikgu tu, insyaallah dipermudahkan segala urusan.

Tihara berkata...

good luck zaila..akak rasa dah maleh dah nak gi peksa kali ni..tgk lah thn bile2 pulak.. :)

Lady of Leisure berkata...

all the ebst zaila.. insyaallah dapat...

:)

mohdandmeriam berkata...

salam zaila, kalau ada minat nak jadi cikgu cubalah mana tahu ada rezeki nanti.kalau tak cuba tak tahukan. all the best to you.

zailamohamad berkata...

i3na, tak tahu lagi..zaila amik course engineering dulu so nak kena match betul2 dengan course yg ditawarkan

zailamohamad berkata...

KV, thanks!!

zailamohamad berkata...

~IbuZAAZ~, doakan ya

zailamohamad berkata...

Tihara, cuba je kak..mana tahu kot2 kali ni melekat;)

zailamohamad berkata...

Lady, thanks tapi Zaila tak mengharap sangat..sebab sudah banyak kali kecundang;p

zailamohamad berkata...

Uncle & Untie, doakan saya ya;)

jane_doe3328 berkata...

Good Luck Zaila!!

Ermmm macam saya takde plak masalah pape utk KPLI. 1st time try dulu teros dapat interview and teros dapat tempat. Tapi hati lom 100% nak jadi cikgu, so saya reject the offer

Anyway, good luck again to you :D

zailamohamad berkata...

Jane, owh sangat sedih hokkay!! patutnya u bg tempat tu kat i dulu;(

ARIFFDA berkata...

ha'ah zaila..ramai fikir KPLI kategori tuk org org tak dpt keje lain... saya cuba utk kali ke5 & kalau tak dpt tinggal lagi 6thn utk saya mencuba lagi...

betui juga kata zaila pasal.."kenapa tak ambik kos perguruan masa kat U"..kita mana la tau, pas SPm isi form U..dpt matrik pastu belajar ikut kos yg U offer..

so mari la kita mencuba nasib tuk menjadi 1/2 drpd gomen yg terjamin masa depan..hehehe

ABH berkata...

yg penting usaha dan cuba dulu ye...then tawakal, insyaAllah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^