Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 6 November 2010

Fesyen Ibu Mengandung

Hasil dari bebelan Mak Buyong yang lepas, nampak gaya macam ada yang simpati *thanks ya suami*. So hari ni, sempena cuti weekend, dapat juga Zaila keluar ke shopping mall cuci-cuci mata sambil menghabiskan uwang!! Actually lama dah pun tak keluar shopping, bukan tak nak tapi badan ni yang tak mengizinkan. Aisy, ni perut belum besar memboyot lagi tapi mak dah tak larat nak jalan;D Herm, pregnancy kali ni very chaallenging to me lah..agaknya sebab saiz badan yang semakin overweight membesar kot. Zaila ni jenis yang tak mabuk so soal makan bukanlah satu masalah buat Zaila. Perot ni memang asyik lapar aje, kalau sehari tu pagi makan, tengahari makan, malam pon nak makan. Memang macam nilah setiap kali Zaila mengandung, percaya atau tidak masa mengandung berat badan Zaila naik dalam 20kg (dari awal mengandung sampai ke bersalin) tapi dalam pantang pon boleh turun 20kg *tapi kena pantang betul-betul ah* Berat badan selepas pantang?? Herm, toksah cakaplah;D

Oklah, nak cerita pasal fesyen mengandung ni. Pilihan Zaila of courselah dari rangkaian Scarlet Maternity yang ada kat pasaraya Jusco tu. Memang banyak pilihanlah, dari pakaian untuk ke pejabat mahupon bersantai-santai di hujung minggu. Maklumlah Zaila ni bekerja so mestilah kena pakai vogue pakaian yang sesuai untuk ke pejabat. Zaila cukup tak suka pakai maternity dress sebab rasa macam diri ni makin gemuk aje so Zaila lebih selesa ke office mengenakan seluar + maternity blouse yang matching dengan tudung bawal pilihan;-)

Zaila suka pakai seluar maternity sebab di bahagian hadapan perut tu ada material kain yang boleh mengembang (ke membesar) selaras dengan perot kita;D Blouse pula Zaila lebih suka pilih yang material kain agak nipis (cotton/chiffon/silk) supaya tak rimas bila memakainya. Maklum sajelah cuaca di Malaysia kan panas & selalunya ibu mengandung akan berpeluh dua kali ganda dari biasa dek kerana peningkatan metabolisme yang berlaku *betul ke teori ni??ikot suka mak je hentam bagi fakta* Harga maternity blouse di Jusco start dari RM49.00~RM59.00 sementara seluar maternity pula dari RM49.00~RM69.00 bergantung kepada material & design. Saiz yang ada pula dari sekecil S hinggalah sebesar XXXL. Zaila of courselah pilih yang besar-besar sahaja;D macam kat bawah ni;- maklumlah mak sedar diri mak dah makin membesar

purple pilihan hati~dipenuhi sulaman lace di dada & bawah & tangan juga dihiasi lace
harga : RM49.00

pink menyala~material kain chiffon namun ada lapisan kain di dalam agar tidak nampak jarang. Bahagian dada dihiasi sulaman manik & lace, manakala bahagian bawah disulami sulaman bebunga indah *macam bunga-bunga cintalah pula*
Harga : RM59.00

coklat gelap dihiasi hiasan lace bertingkat dibahagian bawah baju
harga : RM49.00

Ceewah, macam editor majalah fesyen pula Zaila ni *ferasan* tapi inilah antara fesyen mengandung yang jadik idaman hati. Perasan tak ada banyak hiasan lace kan?? Maklumlah, mak kan suka gurly-gurly punya fesyen *petanda mengandungkan anak pompuan ke* & lagi satu Zaila tak suka yang tangannya tiga suku/pendek sebab nanti husband xapproved. Tapi kalau dah berkenan sangat, Zaila akan pakai dengan inner atau pakai cardigan kat luar so nampaklah macam sopan santun jadinya;D

Jusco sekarang ada buat contest. Macam-macam hadiah untuk dimenangi tau, caranya senang sahaja;- belanja min RM50 (untuk J-card member) & RM80 (non J card member) di dalam satu resit di semua rangkaian pasaraya Jusco & kemudian isilah borang "Count & Win Contest" dengan memberikan jumlah rama-rama yang ada kat display structure tu *Zaila pon tak perasan kat mana so nak kena g lagi ni*

Hadiah-hadiah yang ditawarkan cukup menarik juga;-
2x first prize berupa Samsung Side by Side Refrigerator + RM500 Jusco gift vouchers *menang hok ni ok doh*

2x second prize berupa Samsung Robotic Vacuum Cleaner + RM300 Jusco gift vouchers
*canggih jugok hok ni*

20x third prize berupa Samsung 32" LCD TV + RM100 Jusco gift vouchers
*ni kalo menang leh letak dalam bilik tidur ni*

so kawan-kawan, apa tunggu lagi;D

*baru perasan closing date dia 7hb November which is esok, chett macam hampeh ajo sebab tak dapat nak masuk*

3 ulasan:

Nurhayati berkata...

wah sungguh cantik baju2 mu itu.. yati pun suka baju kat jusco.. tapi tak bole beli pun, sbb baju maternity besar tuk badan yati yg size xs ni hihihi. jadi nye pakai baju biasa je.

maya amir berkata...

mak pun suke shopping scarlet maternity kat jusco..hehheeh..and i loikkeee all your choice:)

Zaila Mohamad berkata...

Yati, jelesnya hakuu ngan saiz badan mu itu

Maya, harga kat jusco ni ok jugaklah kan sebab tu ramai yang suka shopping kat sini;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^