Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 7 Disember 2010

Krismas@MidValley

Masih belum terlambat agaknya untuk Zaila mengucapkan "Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1432". Semoga kedatangan tahun baru ini memberikan kekuatan buat kita semua demi menjadi seorang khalifah Allah yang beriman;)

So sempena cuti Maal Hijrah, kami ke MidValley untuk membuang masa untuk melihat dekorasi krismas. Isy, apa kaitan Maal Hijrah dengan krismas ni?? Actually, takde kaitan pon tapi disebabkan kami ni jenis tak boleh duduk rumah time cuti so tercetuslah idea nak ke MV. Memula tu Zaila ajak en suami ke Empire Shopping Gallery je memandangkan dekat dengan rumah kami, tapi si dia sibuk nak ke MidValley pula so Zaila pon tak kisahlah memandangkan best juga kalau dapat g sana, jalan-jalan cuci mata kan;D

Tapi faham-faham jelah kalau ke MV waktu peak hours (lunch time), memang susah sangat nak dapatkan parking kalau nak senang, haruslah keluar rumah sebelum subuh lagi tapi mujurlah ada juga parking di Gardens tu so menapaklah sket untuk ke MV. Malas nak cerita panjang-panjang, just layan gambar jelah ya!!

tahun ni tema pokok & mainan kot, semuanya besar gabak kat situ

seolah-olah berada di dalam dunia gergasi

sempat lagi diorang niaga biskut kat sini;D seriously banyak kedai yang comel2 masa krismas ni

tengoklah beruang tu, sama besar dengan anak-anak aku!!

eh eh besar beruang dari Haziqlah!!

ramai orang yang bergambar kat bawah tu~ini pandangan atas

memanglah ramai umat manusia kat sini

rasa macam nak angkut bawak balik je mainan tu semua;)

sempat lagi anak jantan pow papa naik kereta habiskan duit

merry go round pon ada

kalaulah mainan tu bergerak, mahu larik lintang pukang kami!!

Memanglah best bawa anak-anak berjalan-jalan sambil melihat dekorasi krismas di shopping mall. Bila Zaila cakap jalan-jalan, memanglah maksud jalan-jalan sebab mata ni tak tengok pon segala sale yang ada kiri kanan kedai sepanjang laluan kami dari Gardens ke MV. Kussss semangat...Tapi Alhamdulillah, hati kami kuat padahal takde duit so kami berjaya menahan nafsu dari membelanjakan setiap duit yang ada ni..Huhuhuhuuu, kalau duit bonus dah ada, harus ku heret en suami shopping together mether;D
By the way, dekorasi krismas di Gardens biasa-biasa aje..Sama macam tahun lepas juga, kalau tak percaya, boleh rujuk entri lama ni.

Apa-apa pon, semuanya cantik di mata kami!!

7 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

lady ada gak singgal MV baru ni meriah betul kan hiasan krismas hehe.. bebudak la paling suka

OneWan berkata...

meriah gak!!

maya amir berkata...

mmg meriah ek kalau time krismas:)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, samerlah ngan anak2 Zaila..memang xreti duduk diam aje..asyik berlari ke sana sini, letih bebeno nak mengejar depa;)

Wan, tapi kat UK lagi best!! ada salji;)

Maya, meriah sebab ada YES kot;D

Tie HT berkata...

lama tk sgah sni..dah lain blog zaila..seronok nya budak2 tu yea :)

Hada Masayu berkata...

zai, comel la haziq dok sebelah teddy :)

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, memanglah seronok sampai xreti duduk diam!!

Ayu, bawaklah Hani ke sana, sure dia suka;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^