Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 4 Disember 2010

Makanan Arab

Pregnancy kali ni Zaila agak kegilaan dengan makanan Arab. Tak kisahlah dari Iran ke, Parsi ke, Mediterranean ke..yang pasti ala-ala makanan Arab gitu. Owh, kalaulah anak yang ketiga keluar macam orang Arab; bulu mata lentik, hidung mancung, putih gebu..Owh cantiknya!! *berangan sekejap*

Kalau pompuan harus cantik macam Princess Rania ni boleh;D (pic googled)

Bercerita tentang makanan Arab ni, bukanlah bermaksud hari-hari Zaila pergi makan makanan Arab..cuma perasaan nak makan tu selalu je berlegar-legar dalam minda ni *napsu ibu mengandung kot*

Hari tu pernah sekali lagi makan di Restoran Tarbush dekat Sunway Pyramid. First time Zaila ke Tarbush boleh rujuk sini. Kebetulan kawan en suami datang dari Turkmenistan so berialah kami bawa mereka ke Tarbush (walaupon di Turkmenistan, makanan seperti kambing & roti adalah makanan ruji mereka) @ dalam erti kata lain sebenarnya kami yang beria nak makan kat situ..Hahahaha..Padahal boleh aje en suami bawa masuk ke Tony Roma's mahupon Madam Kwan's tapi seb baiklah en suami mengikot aje tekak isteri dia yang sedang membuyong ini;D

Lepas itu, kebetulan kawan Zaila ada mengajak makan makanan Arab di Cyberjaya. Alaa, Restoran Saba' yang femes tu..tapi malangnya waktu kami pergi kedai tu tutuplah pulak (hari Jumaat, ya kami pergi waktu lunch hour sempat lagi tuu) so kami beralih arah ke sebuah Restoran yang menyediakan makanan ala-ala Arab juga iaitu Ariana Restoran yang terletak di belakang sedikit dari Restoran Saba' ni. Tapi takderlah kami nak makan kat situ memandangkan harus bergegas balik ke office pula kan;D So tak sempatlah Zaila nak snap-snap gambar untuk dimuatkan kat dalam blog ni. Tapi jangan risau, setelah menggunakan khidmat carian pakcik google, terjumpa juga gambar restoran Ariana yang menyediakan makanan Parsi ni;-

Ariana food Persian, Cyberjaya

Masa kat dalam restoran tu, memang kami jakun kelihatan sedikit blur masa nak ambik order sebab yerlah first time masuk restoran orang Arab kan. Dahle semua pekerja kat situ orang Arab, lagilah gelabah kan;D Tapi naseb baiklah ada sorangminah Arab ni yang bagi penerangan tentang cara-cara nak makan nasi-nasi kat situ. Owh, dia juga bagi kami rasa dulu nasi-nasi yang ada (Kalau tak silap ada 3 jenis nasi yang berwarna kuning dicampur dengan ayam & ditaburi kismis, warna sedikit coklat & penuh dengan kismis & berwarna hijau penuh dengan rasa herba). Bagi Zaila nasi yang berwarna kuning & coklat tu rasanya adalah sedikit manis manakala nasi yang kehijauan tu rasa masin sedikit & memang sesuai untuk dimakan bersama lauk kambing (tapi kami tak suka rasanya so memang tak order pon).

Zaila order Barg Kebab (RM18.00) yang rasanya boleh tahan juga. Kat dalam tu ada tomato bakar, bawang & juga lemon keras yang perah tak keluar air langsung!! Memang bolehlah ditelan tekak Melayu Zaila ni sebab feeling-feeling nak jadik orang Arab kan. Tapi kan, makanan kat sini memanglah kering sangat-sangat (maksud Zaila tiada kuah langsung), kalau makan nasi beriani Malaysia of courselah akan ada kuah dalca mahupon acar timun kan, tapi di sini nan adoo..Layan jerlah labuuu;-

gambar adalah ihsan dari blog ini
Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah singgah ke Ariana food Persian untuk mencubanya. Harga pun takderlah mahal sangat & portion nasinya memanglah tersangat banyak. Agaknya memang orang Arab makan banyak kot;D

peta ke Ariana

Tapi dalam hati ni masih ingin merasa keenakan makanan di restoran Arab yang lain selain dari Tarbush & Ariana ni. Insya Allah, kami ingin mencuba di Saba' pula cuma tak tahulah bila tu..Sementara bila ntah nak pergi, jom kita layan gambar-gambar makanan yang ada di Saba'..Perghhh meleleh air liur Zaila ni *ops, jangan keluar anak nanti meleleh juga sudahlah*

gambar ihsan dari sini

Owh, sangat-sangatlah tak sabar rasanya!! Lagi mana ya restoran Arab yang best-best di area Selangor / KL ni??

6 ulasan:

eynda berkata...

Restoran Parsi tu macam menarik!

Wan berkata...

owh saba' tu mmg sedap dan murah! haruslah zaila pergi seblom bersalin.. :)

maya amir berkata...

tak penah lagik layan mknn arab.. camne? best tak zaila?

Joy berkata...

xpernah try arabic food lagi...

zailamohamad berkata...

Eynda, silalah cuba ya..tekak zaila rasa macam ok je tapi kawan zaila takleh telan rasa nasinya yg agak manis ittew

Wan, memang nak pergi sebelum bersalin pon;) hehehe

Maya, sedap juga..alaa lebih kurang makan nasi beriani juga;D

Joy, silalah cuba ya

mrs adam berkata...

kat kg baru ade restoran arab masuk jalan2 cari makan tv3,tapi tak ingat la pulak nama dia..
zaila di tag http://fieda0102.blogspot.com/2010/12/bloglarian.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^