Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Ogos 2013

Gambar Hari Raya 2013

Assalamualaikum,

Selamat hari raya buat semua pembaca blog ini. Seronok baca cerita raya korang ya, memang meriah! Alhamdulillah, kami sekeluarga pun seronok sangat balik beraya di kampung & rasanya hari raya tahun ini adalah hari raya yang penuh bermakna buat kami sekeluarga. Alhamdulillah di atas rezeki dari NYA..berpeluang juga pulang ke kampung awal beberapa hari sebelum hari raya. Kami pulang hari Sabtu lagi, itupon setelah membuat penghantaran kerepek yang terakhir iaitu di Taman Andalas Klang. Berpeluang juga merasai kenikmatan dan keseronokan berpuasa di kampung, memang sangat-sangat berbeza dengan cara kami di bandar ini. Kalau bab makan usah cakaplah, yang mana berat sudah berkurang pon confirm akan naik balik bila berada di kampung..hihi

Oklah, jom lihat koleksi gambar hari raya kami sekeluarga. Tahun ini tema kain sepapan, terima kasih buat en suami yang berusaha beli kain ni di Dubai tempoh hari. Setelah 8 tahun berkahwin, merasa juga pakai kain sedondon bersama-sama:)


Gambar keluarga di pagi hari raya di rumah en suami. Alamak, Ashraf tiada di dalam gambar kerana sudah ketiduran. Masa ni kalau tak silap dalam pukul 11 pagi tapi agaknya penat melompat-lompat terus tetidur di tengah-tengah ruang tamu..


Satu-satunya gambar bersama en suami. Memang takdenya nak ambik gambar loving-loving pegang-pegang peluk-peluk. Ini pon gambar ihsan dari adik ipar..ai love you bie, ampunkan dosa mama dunia akhirat ya!

Pagi raya mak mertua aku sediakan nasi kerabu berlaukkan serati goreng. Ya Allah sedap sangat-sangat, tambah pula kalau orang yang masakkan kan? hihihi Dasar menantu hantu, tahu nak makan sahaja:P


Gambar raya bersama keluarga belah en suami. Dalam gambar ini hanya ada Abang Sir sekeluarga, Kak Ani sekeluarga, Abang Yi sekeluarga dan kami sekeluarga campur dua adik bujang. Yang lain masih belum pulang & beraya di kampung mertua masing-masing. Yang kelakarnya aku masukkan gambar ni dalam facebook kemudian salahs eorang dari pelajar kelas asas blog aku kenal Abang Yi, rupa-rupanya Abang Yu merupakan bekas pelajar kepada pelajar aku..HAHAHA Mesti korang tak faham kan? Yang penting, kecilnya dunia ini. Alhamdulillah ditemukan kembali di dalam dunia online


Gambar anak menantu perempuan mak mertua aku. Kalau agak-agak muka lain tu menantulah, kalau agak-agak muka sama dengan mak mertua kompomlah anaknya:)


En suami tiada dalam gambar kerana dia sibuk nak jadi tukang pukul gambar (sungguh kelate bunyinya) kemudian baru tahu gunakan timer dari henset tapi aku tak ambil gambar tu dari handset kakak iparku so redhakan aje gambar suami tiada di sisi..huhu


Dalam tengahari kami balik beraya di rumah aku pula, kat rumah sini sunyi sepi sahaja, maklumlah tak ramai adik beradik, tapi petang tu sempat juga paksa mak & Tok Ayah bergambar bersama-sama kami sekeluarga. Khas buat tatapan Kak Na di Labuan, tengoklah muka-muka yang dirindui selalu ni:)

Dalam gambar di atas adalah adik bongsu aku; Poksu Di..sekarang dalam tahun akhir pelajar perubatan di HUSM Kubang Kerian, siapa nak meminang, sila-silakan tapi pastikan anda seorang yang penyabar & rajin mengemas..muahahaahaha


Alhamdulillah, kesihatan ayah sudah beransur baik. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kedua orang tuaku..Amin..

Petang tu kami ke rumah kakak sulung aku. Lama juga tidak bertemu, masing-masing sudah ada anak & cucu. Tok Ayah sendiri sudah ada 11 orang cicit. Ya Allah, makin berkembang keluarga Mat Pok Nik Soh ni:)

Hari raya kedua pula ke rumah bapa saudara & mak saudara belah aku. Famili belah mak memang tak ramai so takderlah banyak rumah nak kena singgah..Tapi kalau famili belah en suami, ya ampun, seminggu pon belum tentu habis singgah menziarahi semuanya!

Hari raya ketiga rumah mak mertua buat makan-makan sempena hari raya. Terim kasih buat abang Zul yang sponsor duit untuk majlis ini, walaupun mereka sekeluarga tidak pulang beraya di kampung. Abang Zul menyambut lebaran di bumi Vietnam tahun ini, dari gambar-gambar yang dihantar melalui whats app nampak macam meriah juga sambutan di sana:)


Bersama-sama kakak ipar rewang untuk siapkan lauk-pauk, beruntung mak mertua sebab ada ramai anak dan menantu yang rajin-rajin (tolak aku) HAHAHA. Masa dalam gambar ni tengah siapkan menu acar, kaum lelaki pula ke pasar pagi tabur duit beli nasi bungkus..Fuuuh kaya siapa yang meniaga nasi berlauk pada haritu, sampai beratur orang membeli ramai sangat kata en suami! Huh, ni ambo nak nego jual nasi jugok ni!


Bahagianya mak mertua aku sampaikan aku gelarkan orang paling kaya dalam kampung ini, bukan kaya harta tapi kaya anak cucu..hihi Penuh depan rumah dengan kereta anak menantu yang pulang beraya. Ini pun masih ada yang tak cukup kerana beraya di perantauan. Untung beranak ramai hanya boleh dilihat bila semua anak-anak sudah besar, kalau di kala kecil ni, memang penatlah sikit:)


Anak-anak aku terutamanya si Haziq & Husna adalah yang paling happy sebab dapat bermain dengan sepupu-sepupu. Memang riuh rumah papan dengan suara kanak-kanak berlari & melompat atas lantai. Si Ashraf tu sengaja aje jalan sambil melompat sebab di rumahnya mana ada bunyi-bunyi papan..Mandi pun nak bersama-sama dengan sepupu-sepupu, yang perempuan dengan geng perempuan yang lelaki dengan geng lelaki:)


Menu hari itu adalah gulai kambing, kerutuk serati, acar timun dan juga ikan masin..Alhamdulillah memang licin sampai ke malam. Tak putus-putus tetamu datang yang rata-ratanya adalah kaum keluarga juga.

Esoknya sesi menuntut ilmu belajar untuk buat mee rojak pula. Sifunya pula adalah bapa saudara en suami yang dahulunya seorang peniaga mee rojak! Alhamdulillah, rajin anak-anak buah & adik ipar menyalin resepi...Aku?? Tukang makan sahaja..hihihi Nanti balik Shah Alam lah prektis kembali ilmu yang diserap di dapur itu


Zaman serba canggih, salin nota dalam Note..ko hader?? Jangan tahu salin nota sahaja, pastikan selalu juga diprektikkan..cewah, peringatan buat diri sendiri juga ni..hihi


Inilah gurunya, siap tertidur tunggu anak murid balik beli bahan mentah...huhu Zaman dah terbalik, tok guru yang tunggu anak murid..huhu


Acara menggoreng cucur, Alhamdulillah memang sedap rasanya mee rojak yang adik beradik ipar duai sediakan haritu. Tapi kalau nak jual rasanya macam harga nak kena UP sikit memandangkan semua bahan-bahan memang yang asli & terbaik digunakan


Inilah rupa mee rojak tersohor tu, ada yang terliur tak?? tapi kalau nak buat masa open house kena ada ramai pembantu sebab banyak bahan nak kena sediakan..huhu Nanti aku kongsikan resepinya di blog ini nanti..Insya Allah


Bila di kampung, suasana malam memang banyak nyamuk tapi ada sorang budak nama Ashraf tu koboi aje tido pakai pampers sahaja..isy isy isy anak sapelah tu ya?


Pagi hari raya kelima sempat bawa ayah ke Pejabat Tanah Bachok, ada urusan yang harus diselesaikan. Ya Allah ramainya orang, biaserlah time cuti beginilah untuk berkumpul anak-anak selesaikan segala harta pusaka


Balik pula rumah Tumpat jumpa anak-anak buah. Famili Jamal selamat sampai dari Neger Sembilan pada petang hari raya ketiga lagi. Beginilah kami sekeluarga, tiap-tiap malam bergilir tidur Tumpat & Bachok..kan senang..hihi

Hari Selasa sudah bertolak balik ke Shah Alam, kali ni macam biasalah perjalanan memakan masa hampir 12 jam. Banyak kali juga berhenti tidur di sepanjang jalan. Alhamdulillah sampai juga di rumah sarang kami sekeluarga.

Buat semua kawan-kawan, selamat hari raya diucapkan sekali lagi. Kalau buat open house jangan lupa jemput kami yaaaaa

Bye!


Ahad, 30 Disember 2012

Makanan Lazat Negeri Kelantan!

Assalamualaikum,

Sorry lama menyepi..sibuk dengan urusan rumahtangga..ecececece..Bukan apa, start dari 17hb yang lepas, mak & ayah aku datang bertandang dari kampung dengan Kak Na & 3 orang anak buah..Lepas tu abang aku dari Pahang pon bermalam juga di rumah selama 2 malam..Penuh satu rumah sampaikan rasa betapa kecilnya rumah kami ni:P

Hujung minggu pula aku ke Kalumpang Resort bercuti bersama adik beradik en suami, masa tu bawa sekali mak ayah & anak-anak Kak Na. Kak Na pula ke Vietnam shopping barang-barang niaga *jeles weh dokleh ikut* Cuti krismas mak ayah aku balik & esoknya Kak Na balik ke Labuan bersama anak-anak...Lepas tu terus senyap sunyi rumah aku..anak-anak monyok semacam sebab dah takde kawan untuk bermain..Kebetulan Haziq, Husna & Ashraf pula kena cirit-birit & muntah-muntah..Laaaagilah ahkak busy terlampau..so now semuanya dah beransur ok..dah kembali ke trek lama so mari kita update blog..konpem korang rindukan celoteh aku kan? kan? LOL

Teaser kita tayang dulu makanan yang sedap (bagi tekak aku oghe Klate lah kan) yang mak ayah aku bawa dari kampung naik flight gittewww..jangan memain; itik serati 3 ekor, kaki lembu yang dah siap dipotong & direbus, rempah nak masak gulai kawah, buah mangga, ikan masin, keropok, ubi kayu, betik, cili, eh memacam adalah..mak aku ni macam nak pegi obersea dah kekdahnya! Tapi apa-apa pon, terima kasih buat Kak Na & mok yang sanggup bawa makanan banyak-banyak ke rumah aku ni..sudahlah layanan bukan 5 star, huhuhu ampun & maaf andai ada kekurangan:(





kalau korang bijak pandai, cer teka apa makanan di atas:P

Sabtu, 20 Oktober 2012

Nota Seorang Ibu

Assalamualaikum semua,

Aku nak kongsikan penulisan Roza Roslan yang dipetik dari
http://muhdkamil.org/rozaroslan/2012/05/22/nasihat-seorang-ibu/

Nasihat seorang ibu
Posted on May 22, 2012 by rozaroslan

Menemui adikku Ratna, sanak saudara serta rakan-rakan yang dikasihi,
Semuga di dalam kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa.

Ratna,
Alhamdulillah, kami tidak kesunyian di Madinah. Ramai tetamu Allah yang sudi mengunjungi ke rumah kecil kami di Jabal Uhod. Rumah kecil kami kosong sahaja, tanpa perabot apatah lagi hiasan dalaman. Namun kami berbesar hati menerima kehadiran mereka.

“Silalah haji dan hajjah..silakan duduk bersila.”

Kami berseloroh. Bagaimanapun bagi tetamu yang sakit lutut, ada sofa terpakai pemberian ikhlas dari seorang rakan tempatan, untuk digunakan. Malukah kami dengan keadaan begitu? Tidak..itu sahaja yang kami ada.

Pernah juga terlintas di hati kecil untuk memenuhkan ruang tamu dengan perabot yang sepatutnya. Terutamanya apabila diakhir pertemuan kami dihulurkan dengan sekeping kad perniagaan. Lalu, dengan rendah hati kami nyatakan;

“Allahu Akbar..mohon maaflah Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Yang Mulia, Yang berhormat, Professor, Dr…”

Benar, bukan salah mereka. Kekok mereka duduk bersila kerana tidak biasa. Canggung makan di dulang kerana bukan kebiasaan.

Ratna,
Dalam ramai-ramai jemaah yang datang menunaikan umrah, kak Ngah terkesan dengan sesaorang. Wajah mereka penuh keibuan. Tuturkata mereka penuh santun, nada perlahan. Wajah manis sentiasa melontarkan senyuman. Siapa memandang pasti tertawan.

Salah seorang dari mereka berkata;

“Ketiga-tiga anak kami perempuan.”

Semasa anak-anak mereka bersekolah di asrama penuh, jika ada permintaan, ibu itu akan memasak lalu menghantar makanan ke asrama. Tambahan pula jika anak-anak tidak dapat pulang ke rumah.

“Kami membawa bekalan makanan dan makan bersama mereka. Bayangkanlah jika mereka berada di lokasi yang berbeza.”

Seorang ibu lagi berkata;

“Itulah satu-satunya anak perempuan kami. Berbanding dengan abang-abangnya, dia paling terserlah dalam pelajaran.”

Akhirnya, anak-anak mereka semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hingga ke luar negeri. Mereka bertemu jodoh pasangan yang berjawatan tinggi. Lalu, setelah beberapa tahun berumahtangga, anak-anak mereka “terpaksa” mengikut suami masing-masing yang ditugaskan bekerja di luar negara. Mereka “terpaksa” bercuti bekerja tanpa gaji.

“Rumah dan kereta mereka di luar negara…masya Allah.Sangat bergaya.”

Tetapi akhirnya mereka berkata;

“Puan, anak perempuan kami sudah bertahun-tahun cuti bekerja tanpa gaji. Lalu, sebagai ibu saya cuba menasihati agar mereka meletakkan jawatan sahaja. Gaji suami mereka sudahpun memadai. Lihat sahaja segala kelengkapan rumah yang serba mewah.”

Dan mereka mengakhiri dengan nasihat agar dipertimbangkan oleh anak-anak perempuan;

“Kami katakan kepada mereka, lebih elok letaklah jawatan kerana ia menyusahkan majikan. Majikan kekurangan tenaga pekerja sedangkan ianya tidak boleh diisi kerana jawatannya ada tetapi tenagakerjanya bercuti tanpa gaji.”

Ratna,
Dalam diam kak ngah memandang ibu-ibu itu dengan penuh kekaguman. Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan oleh si anak. Ibubapa sudah berbangga dengan kejayaan mereka. Bagi ibu, kejayaan sebenar anak-anak apabila melihat mereka bahagia di alam rumahtangga.

Allah..Allah ya Allah. Mampukah kita melakukan seperti apa yang telah emak lakukan kepada kita?

Sekian, salam sayang dari kami di Madinah al-Munawarrah.

- Rumah kecil di Jabal Uhod -
Tersentuh hati bukan? Bila dah jadi seorang ibu ni, baru aku tahu & menghargai pengorbanan & kasih sayang seorang ibu. Tapi aku yang aku nak highlightkan di sini adalah tentang nasihat seorang ibu itu kepada anak perempuannya yang sedang "bercuti tanpa gaji".

Kadang-kadang ada betulnya, terlebih dahulu maaf andai ada yang tersinggung cuma sekadar pendapat aku; Ada penjawat awam mahupon swasta yang bercuti tanpa gaji mengikut suami bekerja (tak kisahlah di dalam atau luar negara) semata-mata sayang nak melepaskan jawatan tersebut. Kalau sebulan dua bercuti tanpa gaji atau ada alasan yang munasabah tak apa (macam jaga anak sakit, diri sendiri sakit atau atas alasan yang boleh diterima takpe) tapi kalau sekadar menurut suami bekerja ke mana-mana, pada pendapat aku..baik lepaskan sahaja jawatan itu.

Berkorban kerjaya demi keluarga; lebih kurang macam itulah sebabnya aku rasa ada betulnya kalau suami kita sudah mampu menyara kita, kenapa dipegang lagi jawatan yang ada tu, kesian bila dengar keluh kesah ramai lagi kawan-kawan yang sedang menanti peluang untuk bekerja di sektor awam seperti cikgu sampaikan setiap tahun tak pernah lupa untuk mencuba KPLI/DPLI. Yakinlah pada Allah, kalau niat kita baik, melepaskan periuk nasi kita untuk orang lain, Insya Allah lepas ni periuk nasi suami kita pon akan bertambah-tambah kerana rezeki ni Allah yang bagi so kena yakin dengan Allah:)

Lagi satu restu ibu memang penting bagi kita yang nak berhenti kerja ni..Walaupon dosa pahala kita semua ditanggung oleh suami tapi keberkatan doa ibu tetap kena ada. So minta supaya ibu kita doakan yang terbaik buat anak perempuannya.

Ops, itu sahaja yang aku nak kongsikan..tak boleh story panjang-panjang sebab rasa air mata ni deras je mengalir..So sebelum banjir baik aku undur diri dengan iklan ni;






Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Khamis, 31 Mac 2011

Pengalaman Berpantang Anak ke 3

Assalamualaikum



Saje nak kongsi pengalaman berpantang. Tapi sebelum tu, minta maaf sangat-sangat sebab masih tak dapat kongsi gambar terbaru budak kecil Ashraf ni. Maklumlah sekarang ni Zaila takde handset canggih manggih nak rakam gambar Ashraf..Kena bersabar sikit je lagi..Hehehehe..Alhamdulillah, sekarang ni berat Ashraf dah naik hampir 2.7kg dah. Maklumlah siang malam asyik nak meneneng ajork, sampaikan pipi tu dah naik sama tinggi dengan hidung dah!!


Kali ni macam biaserlah dah masuk kali kedua Zaila berpantang sendirian. Masa pantangkan Haziq, Zaila berpantang di kampung selama sebulan, masa Ameera pula berpantang di Shah Alam & kali ni pon sama juga. Tapi dalam seminggu pertama ni, Alhamdulillah MIL ada di rumah Zaila tolong siapkan makan & minum Zaila. Terima kasih mek!! Actually masa hari Zaila bersalin lagi MIL sudah datang ke rumah untuk temankan Haziq & Husna memandangkan en suami ada di hospital bersama dengan Zaila. Khamis tengahari barulah Zaila & baby Ashraf balik ke rumah. Masa ni Haziq & Husna cukup teruja untuk melihat baby. Haziq siap usap perut Zaila lagi tanya "mama, baby ada lagi tak dalam perut ni??". Of courselah dah keluar sayang;) Bayangkan Haziq sampai tak nak ikut papa dia ke Econsave sebab nak temankan baby baru ni. Siap cakap dekat semua orang lagi yang itu adalah "baby Haziq" bukan "baby mama". Amboiii, suka-suka dia aje ya nak rampas baby mama;D



Zaila start berurut pada hari ke 5 selepas bersalin. Tapi kali ni rasa macam tak puas hati sangat-sangat dengan servis yang diberikan. Maklumlah hanya datang urut kaki, tangan & badan sahaja. Takde pon nak urut bahagian perut/peranakan & tak ada pun tungku / pakaikan bengkung. Lepas tu punyalah sakit sampaikan Zaila rasa bilalah nak habis berurut ni sebab dah tak tahan lagi. Hari pertama tu sampai naik biru lengan & kaki Zaila ni..huhuhu..Masa Ameera dulu, Zaila berurut dengan jiran kakak ipar Zaila di Kajang. Sangat puas hati dengan servisnya memandangkan dia akan datang awal pagi mandikan baby, sediakan air mandian kita, urut, tungku & pakaikan bengkung untuk Zaila. Tapi kali ni..sangat-sangat hampa;( Rasa macam nak panggil lagi tukang urut lama tu datang ke Shah Alam ni.




Bermula dari Isnin lepas, MIL dah ke rumah kakak ipar Zaila dah so nak tak nak kenalah berdikari sendiri. Alhamdulillah, kali ni luka pun tak banyak so memang rasa agak bertenaga sedikit untuk melakukan semua kerja. Haziq & Husna memang akan ke nursery so tinggallah mama bersendirian dengan Ashraf. Selalunya Ashraf akan mandi dalam pukul 10 pagi so Zaila kena bangun awal sikit (bergantung pada tahap berjaga malam sebelum tu) untuk bersarapan & mandi..Eh kadang-kadang tak sempat mandi pon;D Masa mula-mula mandi mandikan Ashraf, menangis juga mamat tu, mungkin sebab cara Zaila yang agak kekok berbanding cara MIL dulu, tapi sekarang dah ok dah..Siap duk hisap tangan mama lagi;D Lepas mandikan Ashraf, siapkan pakai & urut-urut Ashraf sket guna baby oil & lepas tu tinggalkan dia duduk layan feeling sorang-sorang..Lama-lama terlelaplah mamat tu dek kerana syoknya perasaan lepas mandi & kena urut.



So Zaila kenalah masuk dapur siapkan makan tengahari seringkasnya. Yelah kan, menu orang berpantang!! Selalunya Zaila akan masak sayur sawi & bakar ikan / ayam. Kemudian masak nasi. Dalam pukul 1 lebih, en suami akan pulang makan tengahari di rumah bersama-sama Zaila. Petang pula, kalau Ashraf tidur Zaila akan tidur sekejap, takpun layan fb & jenguk blog tapi selalunya tak boleh lama-lama sebab nanti mata ni akan berpinar-pinar..huhuhu Petang pula en suami akan hantar Haziq & Husna pulang ke rumah dulu then dia p sambung kerja lagi. Lately ni memang setiap hari en suami balik lambat. Kalau ikutkan hati ni memang rasa sedikit tension bila terpaksa handle 3 orang anak tapi selalunya Zaila akan cuba istighfar & alihkan tumpuan ke benda lain. Dalam keadaan macam ni, memang senang sangat untuk berasa tertekan tapi kalau kita cuba untuk buang perasaan tu jauh-jauh, insya ALLAH semuanya akan ok. Sebagai seorang isteri yang baik *ehem ehem*, Zaila cuba untuk memahami en suami yang memang sukakuat bekerja. Lagipun, semua yang en suami buat tu untuk keluarga kami juga so kenalah banyakkan bersabar..



Setiapkali nurse klinik desa yang datang melawat baby Ashraf mesti akan tanya "mak tak datang ke??", takpun "berpantang sorang ke??", takpun "tak balik kampung ke??" Isy, pelik sangat ke kalau kita berpantang sendiri tanpa ditemani orang tua?? Bagi Zaila, lebih senang untuk berpantang di rumah sendiri berbanding kampung halaman kerana di kampung pun, mak Zaila bukan boleh bagi sepenuh perhatian dekat cucu barunya pun memandangkan keadaan mak yang dah tua & bekerja. Kalau nak suruh mak datang pun ke Shah Alam pun kesian juga memandangkan keadaan rumah di kampung yang agak susah untuk ditinggalkan. Faham-faham jelah, nanti mesti dia dok rungsingkan itik ayam lembu anak lada, bla bla bla di rumahnya so kalau datang pon hati pasti gundah gulana;D Kalau berpantang di rumah sendiri, at least kita dah biasa dengan keadaan rumah kita & kalau nak buat apa-apa pon senang!! Lagipun Haziq & Ameera pun dah start bersekolah & lagilah senang bila mereka ke nursery pada waktu siangnya so mama boleh berehat puas-puas dengan baby di rumah;D Lagipun en suami sangat ringan tulang untuk menolong menjaga anak-anak & lakukan kerja rumah so tiada sebab untuk Zaila pulang berpantang di kampung!! Tapi macam biasalah, bukan semua kerja rumah en suami tahu buat so memang kena pejamkan mata dulu bila melihat keadaan rumah yang agak tunggang langgang ni;D Habis je tempoh 44 hari, mahu satu rumah Zaila kerjakan nanti;)



Agaknya terpulang pada individu untuk berpantang di mana & macamana. Tak dinafikan Zaila cemburu juga pada mereka yang berpantang di kampung & mendapat sepenuh perhatian dari mak masing-masing. Tapi mungkin dah ditakdirkan yang Zaila akan berpantang sendiri & Alhamdulillah juga semuanya dipermudahkan olehNYA. Yang penting kita pandai jaga diri & curi masa untuk berehat & jangan lupa juga untuk makan jamu / vitamin untuk menguatkan & menjadikan diri kita sihat bertenaga selalu;) Oklah, nanti nak share menu berpantang pula!!

Khamis, 24 Februari 2011

Tips Deko Rumah Cara Budget

Kebetulan Ahad yang lepas Zaila melakukan operasi pembersihan rumah secara besar-besaran *ayat tak boleh blah* & sambil-sambil tu dok belek-belek sampah yang terkumpul so terjumpalah beberapa poskad yang pernah diambil oleh en suami semasa dia menginap di sebuah hotel di Tokyo 3 tahun yang lepas..Waaah, baru tahu yang aku ni pengumpul sampah tegar;D & kebetulan pula dekat rumah ada beberapa frame yang dibeli dari IKEA & masih lagi kosong so timbullah idea untuk mendeko-deko rumah dengan menggunakan poskad tersebut. Inilah hasilnya;-


inilah hotel yang pernah en suami singgah semasa berkunjung ke Jepun satu masa dahulu;)

yang kat atas tu lukisan yang dibeli oleh en suami di Vietnam pada harga berapa ringgit ntah *yang pasti sangatlah murah*

cantik tak tembikar ni??

Bercerita tentang tembikar ni, sebenarnya masa balik kampung haritu Zaila telah berjaya merompak merembat hiasan tembikar ni warisan tinggalan arwah Tok Zaila yang tak tahulah wujud sejak kurun berapa lagi. Ok, tipu..Walaupon bukan sampai berkurun tapi benda ni sudah wujud sejak zaman kedatangan Jepun lagi so sebelum benda dihilangkan oleh mak Zaila yang tak pandai menghargai sejarah ni baik Zaila cepat-cepat selamatkan "mereka" dulu;D
Actually ada banyak lagi barang-barang tinggalan arwah nenek Zaila yang masih ada di rumah mak Zaila di kampung tu seperti pinggan lama, peracik buah pinang, tempat tumbuk sireh, tempayan & macam-macam lagilah yang barang lama tapi berharga tapi tak sempat pula Zaila nak bungkus bawa ke Shah Alam ni. Takpe, kayuh perlahan-lahan..Nanti nak beli almari kaca untuk display semua pinggan antik ni *ke boleh jual kat muzium??heheehehe*
yang ni pun salah satu tembikar yang Zaila berjaya rembat, dulu-dulu mak Zaila buat simpan asam keping dalam bekas ni *ade ke patut*

dah selamat berada di atas kabinet pon..Jangan Kiki & Lala kasik pecah sudaaaa!!
Sekian tips deko secara budget dari Zaila. Kan budget tu sebab pakai poskad free amik dari hotel je;D




Isnin, 7 Februari 2011

Warkah Buat Adibah

Assalamualaikum..

Kehadapan Adibah, Alia & Aqilah anak buah kesayangan Mokla yang berada jauh di Labuan sana. Semoga berada di dalam lindungan Allah selalu & sentiasa bergembira bersama Ummi tercinta. Macamana cuti raya cina yang lepas?? Ke mana Ummi bawa kamu semua?? Cukup sayang kerana cuti yang pendek, kalau tidak sudah pasti Ummi akan bawa kamu semua pulang bercuti ke kampung halaman;)

Tapi jangan risau, Mokla & keluarga sempat pulang menjengah Tok Ayah & Mok di kampung. Haziq dengan Ameera sudah tentulah menjadi orang yang paling seronok kerana dapat bergurau mesra dengan Tok Ayah!! Saban waktu Ameera akan berkeppit dengan Tok Ayah & Mokla rasa kalau Adibah ada di kampung pon, Adibah akan buat perkara yang sama kan?? Sudah pastinya Tok Ayah & Mok akan merasa terhibur dengan gelagat Adibah bermain bersama-sama dengan Alia & Aqilah. Owh, Tina & Lisa pun pasti akan datang bermalam juga di rumah Tok Ayah ni!!

Mesti Adibah sedih kan sebab tak dapat berjumpa dengan Tok Ayah..Tapi takpe, di sini Mokla ada ambil beberapa gambar buat tatapan Adibah, Alia, Aqilah & Ummi. Semoga dapat mengubat kerinduan pada kampung halaman. Kalau nak tahu, masa Mokla balik bercuti pada hari Khamis yang lepas (03/02/2011) cuaca di kampung amatlah baik seakan-akan meraikan kepulangan Mokla;) Tapi yang pasti, air di kampung sangatlah sejuk walaupon pada waktu tengahari..Sampaikan Haziq & Ameera yang suka main air pon menyerah kalah tak nak mandi pagi dek kerana kesejukan;D

Tok Ayah dengan Tok Limah memanglah suka berkebun sekarang ni. Nampak gaya mereka memang tak reti duduk diam. Mok memang sibuk dengan berniaga & Tok Ayah pula sibuk bercucuk tanam di sebelah rumah Tok Ayah. Ada pokok betik, kelapa, ubi kayu, keledek, lada, keladi & sekarang ini Tok Ayah tengah bercucuk tanam pokok sawi pula.
pokok lada (cili padi) yang Mok tanam, memang banyak mengeluarkan hasil sampaikan Mok dah tak payah beli di pasar lagi. Mokla pon sempat bawa ke Shah Alam ni sambal lada yang Mok buatkan untuk Mokla;)

Nampak tak Tok Ayah sedang bercucuk tanam tu?? Masa ni Tok Ayah sedang menanam pokok ubi keledek


Perasan tak ada bermacam-macam tanaman yang Tok Ayah tanam; daun pandan, ubi kayu, keledek, cili

yang ni pula anak keladi yang Mokla jumpa, sebenarnya ada banyak pokok keladi di belakang rumah Mok & Mok selalu ambil untuk dibuat sayur air & dijual di kedai Mok..Mokla lupa untuk merasa masakan sayur keladi Mok tapi yang pasti Mokla sempat makan gulai serati, gulai kawah Mok yang tersohor itu..
Kat depan pula berderet pokok betik..Adibah nampak tak Poksu Di yang baru saja membotakkan kepalanya..Entah bermimpi apalah Poksu Di tu;D
Gambar Ameera dengan Tok Ayah..Ameera memang sukakan Tok Ayah. Asal nampak je Tok Ayah, pasti Ameera akan tersenyum & mengikut aje ke mana Tok Ayah pergi. Sampaikan Mokla risau Ameera akan kena gigit semut yang ada banyak di dalam tanah..Tapi Ameera tak takut semua tu, berbeza sangat dengan Haziq yang memang cukup penakut;D

Mokla sempat juga beli tilam untuk bakal baby Mokla yang akan keluar tak lama lagi. Macam biasalah Mokla akan ke Pengkalan Kubur untuk mencari semua barangan yang Mokla suka. Nanti kalau Adibah balik ke kampung, jangan lupa untuk ajak Ummi shopping di sini ya!!

tilam baru untuk bakal sepupu Adibah!!

Mok sempat bekalkan Mokla dengan buah betik, ubi keledek hasil dari tanaman Mok. Buah Pauh (mangga) tu Mokla beli di Pengkalan Kubur, RM10 untuk 2 kilo..murah kan!
Akhir sekali, inilah gambar Ameera & Haziq yang keriangan setelah dapat berjumpa dengan Tok Ayah & Mok!!

Walaupon Mokla balik sekejap sahaja tapi Mokla sangat puas hati sebab dapat berjumpa dengan Mok & Tok Ayah. Insya Allah, bila dah habis pantang nanti, Mokla akan pulang lagi ke kampung halaman & kali ini sudah tentulah dengan membawa bersama baby baru Mokla;)

Semoga Allah permudahkan segalanya & satu hari nanti Mokla dapat bawa Mok & Tok Ayah berkunjung ke Labuan pula..Aminn..Akhir kata, Adibah kenalah belajar rajin-rajin untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini & jangan lawan cakap Ummi ya!!

Yang benar,
Mokla

Khamis, 27 Januari 2011

Aku Orang Kampung!!!

Walau sejauh mana aku berada, baru aku sedar diri yang aku ni orang kampung. Yang tak bisa berpura-pura menjadi "orang bandar" yang serba bergaya, yang serba berjenama barangnya..

Setiapkali cuti panjang bakal menjelma, tatkala orang-orang bandar sibuk merancang untuk bercuti di luar negara/hotel-hotel lima bintang, aku sibuk merancang untuk balik kampung. Betapa rindunya aku dengan kampung halaman..Walau cuti hanya 4 hari tapi cukuplah untuk melepaskan rindu buat mak ayah di kampung. Rindu dengan masakan mak yang serba simple tapi sedap tu..Anak-anak aku pon tak habis-habis sebut nama "Tok Ayah" & rindukan lawak bersahaja dari Tok Ayah tu. Pendek kata, kami semua rindukan kampung halaman. Masing-masing dok mengira detik nak balik kampung aje ni..tok tok tik tok..cepatlah berlalu wahai masa..

Semoga aku diberikan kesihatan tubuh badan agar dapat menghabiskan masa yang cukup berharga dengan mak ayah. Agar dapat makan kesemua makanan yang semestinya sudah lama aku idamkan, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi air, nasi ulam, gulai kawah Mok Limah, itik serati goreng & paling best bila mak aku bagitahu yang mak sudah siapkan bekalan berpantang aku iaitu ikan haruan kering. Tak sabar nak makan gulai mak dengan acar timun & sambal merah lada kering. Tak sabar nak makan pulut kuning dengan kuah gulai ayam yang mak janji nak buat masa solat hajat minta Allah permudahkan proses kelahiran anak ke3 aku nanti.

Pada en suami, silalah lebihkan masa untuk berada di rumah Bachok memandangkan kita sudah bertemu dengan mek minggu lepas. Berilah masa untuk mama meluangkan masa bermalas-malas di rumah mak pula..Tolong yaa memahami akan kerinduan yang tak terucap buat mereka ini. Tolong yaaaaa..

Aku bangga menjadi orang kampung..Biar hodoh di luar tapi bersinar dari dalam diri ini. Biar nampak miskin tapi sebenarnya kaya. Biarlah nampak serabut tapi sebenarnya bahagia;)

Mengira hari & masa untuk pulang ke kampung halaman terchentaaaa

Ahad, 14 November 2010

Cubaan Untuk Bercucuk Tanam

Tajuk memang tak boleh blah!! Macamlah ada tanah berhektar-hektar kat belakang rumah tu;D Korang jangan salah faham pula dengan tajuk tu tau..Saje nak kasik gimik je..Hehehe

Well, haritu ada beli bunga di IKEA (sila rujuk entry ini), tapi malangnya, pokok ivy ni meninggal sebelum sempat membunga *eh bunga ni ada bunga ke?* so demi tak ingin membazir kerana membazirkan amalan syaitan, Zaila telah mendapat satu idea untuk bercucuk tanam menggunakan tanah yang sedia ada dalam pasu tu. Alah, bukan tanam pokok besar2 pon, tanam bawang aje;D
day 1 : seb baik ada bawang merah kat dapur tu *maklumlah sudah lama tak masak kan*
day 7 : nampak dah keluar sket;)
day 14 : pasni kalau nak masak, gunting aje yang kat atas tuu

Tak sabar nak tambah lain-lain tanaman lagi seperti serai, daun kunyit, daun pandan, daun kari, cili padi & lain-lainlah. Heheheh terhoverlah pula berangannya;D

Tapi haritu masa call mak, mak ada bagitahu yang dia dah tanamkan cili padi untuk Zaila dalam polybag hitam tuh. Owh, tak sabar rasanya nak balik ambil pokok cili ni. Nanti kalau nak makan budu je, terus petik dari pokok aje..Bestnya!!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^