Gara-gara melihat cerita ni di channel HBO beberapa malam yang lepas, Zaila sudah jatuh cinta..Jatuh cinta dengan siapa tu??
takkan si hero tua yang berperut boroi ni pulak Jatuh cinta dengan rumah Jane (Meryl Streep) yang sangatlah cantik tu!! Serious, every corner in that house betul-betul buatkan Zaila jatuh cinta..Owh, mulalah berangan nak buat rumah macam ni kat kampung nanti bila
dah tua dah pencen nanti;D
Zaila bukan nak review pasal cerita ni tapi for me, bagus juga kalau tengok cerita
bodoh ni yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang gila talak terhadap bekas isterinya yang sungguh berbeza dengan isteri barunya. Cerita genre komedi memang seronok untuk dilayan tapi Zaila nasihatkan supaya anak-anak semua dah tidur bagi mengelakkan mereka melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat ya;D

Eh eh termelalut pula, padahal Zaila nak kongsi some of the picture yang Zaila suka tentang rumah / lokasi dalam cerita ini. Watak Jane tu seorang janda yang mengusahakan kedai bakery & membesarkan anak-anak seorang sahaja. Owh, Zaila sukalah plot di mana Jane & kawan-kawan makan malam sambil bergosip-gosip tu. Sungguhlah mak teruja bila membayangkan yang Zaila berada di situasi tersebut bersama-sama minah-minah kepoci
yang sekarang masing-masing busy, sambil makan sambil borak..Syoknyaaaa!!!
Pendek kata the whole set dalam movie ni sangatlah cantik!! Rasa macam nak-nak-nak-nak-nak-nak sangat ada rumah macam ni. Jom kita terjah tengok dalam rumah ni ya..Kalau korang nak tengok movie ni, silalah perhatikan interior rumah Jane ni..sungguh-sungguh mak berkenan;)

ni kawasan living room di mana kaum-kaum hawa sedang bergosip-gosip
*i can imagine me gossiping with my friend with a cup of coffee in my hand*

Zaila suka kalau rumah tu ada banyak tingkap. Lebih kurang macam nilah tapi biaserlah, kalau rumah mat salleh bolehlah tak letak langsir..kalau rumah di Malaysia ni, harus jadi tontonan umum nanti;D

ini bahagian dapur. Walaupon nampak agak serabut tapi tak tahulah rasa seperti dekat dengan hati Zaila..sambil masak hirup udara segar dari luar;)
Lagi satu, watak Jane ni seorang yang perfectionist, tengoklah kalau dia siapkan meja makan untuk dinner bersama-sama dengan kawan / anaknya..sangat beretika you knowwwww

salah satu susun atur meja di rumah Jane

lagi satu tengoklah garden dia youuuuu
Mak suka!! mak suka!! Pendek kata korang kena tengok lagi gambar-gambar rumah Jane dalam cerita ni
di sini. Tapi kalau boleh tengok full version of this movie, lagilah bagus juga!!
3 ulasan:
i suka taman dia tu, main petik2 je sayur. kedai dia pun cute jugak.
aah, cite ni best tp byk scene yg budak2 tak patut tgk sket laa :p
rumah yang praktikal dan hidup..takde la nampak kaku kan..
rumah ada garden best kan :)
Catat Ulasan