Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 30 Mac 2011

Sambungan Pengalaman Bersalin Ashraf Hariz

Ok sambung balik pengamalan bersalin Ashraf..takut nanti makin lama makin lupa;D Malam 15/03 tu Zaila rasa macam dah tak berdebar-debar dah..Mungkin sebab dah habis dah dos debar-debar tu sebab yang tinggal hanyalah perasaan tak sabar nak jumpa dengan si kecil. Mulalah dok imagine muka dia, kali ni tertanya-tanya nanti agaknya ikut muka sapelah nanti..Malam tu Zaila tidur awal sebab esoknya nak g hospital awal-awal pagi lagi. Lagi cepat sampai hospital, lagi cepat bersalin, lagi cepat balik rumah *sekadar teori Zaila yang tak boleh diterima pakai*
Bangun pagi 16/03 tu macam biasalah kena siapkan pakaian anak-anak sebab nanti nak kena hantar diorang ke nursery. Tapi Zaila dah siap pesan awal-awal lagi dekat Haziq yang Zaila akan ke hospital hari ni sebab baby nak keluar dah. Alhamdulillah, nampak gaya macam Haziq memahami & memang boleh nampak yang dia begitu excited nak berjumpa dengan adik barunya;) Lepas je hantar anak-anak ke nursery, Zaila sempat ajak en suami untuk bersarapan di McD..Haruslah makan dulu nak kumpul tenaga untuk meneran kan;D Hajat di hati nak makan cheese burger tapi lupalah pula yang pagi-pagi mana nak ada burger kan so en suami beli set breakfast yang RM19.90 *kononnya* tu & Alhamdulillah kenyang juga *walau tak terasa nikmat makan sebab debaran makin terasa*



Kami sampai ke hospital SALAM dalam pukul 9.30 pagi & masa tu dah ada beberapa orang patient Dr. Siti tengah menunggu. Terus Zaila jumpa Kak Sri (asisstant Dr. Siti) & bagitahu yang Dr. suruh masuk wad hari ni. Masa bercakap tu rasa macam tak keluar je suara ni..Hai punyalah takut;D Tak lama lepas tu, ada seorang jururawat pelatih datang & bawa Zaila ke bilik. Lepas tu kena tukar baju kaler pink & sempatlah Zaila rehat-rehat atas katil sampailah pukul 10 Dr. Siti datang bersama seorang midwife. Macam biasalah, benda pertama yang Dr. Siti buat adalah check "jalan" & kata Dr. Siti bukaan servik baru 1cm (ke mm eh??lupa..hehehe) & rahim masih berada di atas lagi memandangkan baby masih belum engange lagi ke dalam bukaan serviks *cewah, macam doktor pula rasanya*. Alhamdulillah, Dr. Siti check jalan dengan penuh lemah lembut sampai Zaila pula yang naik malu pasal tak reti nak rileks..Hehehe..Kaum ibu mesti faham apa yang Zaila rasa kan;D



Dalam pukul 11 pagi midwife datang untuk memasukkan ubat (jenis pil) ke dalam serviks Zaila. Fungsi ubat tersebut adalah untuk melembutkan bahagian serviks & Zaila dinasihatkan supaya berehat sahaja di atas katil seolaknya 6 jam agar ubat tu senang meresap ke dalam serviks Zaila. Sempat lagi Zaila tanya Dr. Siti agak-agak pukul berapa akan bersalin & jawapan doktor "bergantung pada rezeki awak, kalau cepat insya Allah petang ni dah boleh bersalin"..so bermulalah saat-saat penantian yang penuh mendebarkan. Masa mula-mula tu ok lagi, sempat berfacebook lagi;D sampaikan ada member Zaila tu siap cakap yang dalam labour room masih boleh berfacebook lagi ke? Tapi sebenarnya Zaila duduk dalam bilik lagi masa tu..hehehe



Dalam pukul 1 tengahari, kontraksi makin terasa cuma tak berapa kuat & kerap. En suami sempat belikan makanan tengahari yang terakhir sebelum berpantang;D tapi masa tu memang dah tak lalu nak makan sebab sakit dah makin kuat. Tak lama lepas tu, datang midwife lagi bertanyakan khabar & usap-usap perut Zaila. Masa tu dia cakap kalau tak tahan bagitahulah ya..nanti diorang akan bawakan ubat tapi rasa Zaila rasa macam boleh tahan lagi. Sempat terlelap sekejap & dalam pukul 3 petang rasa macam tak tahan sangat-sangat & akhirnya Zaila akur juga untuk minta ubat tahan sakit. Tapi sebelum tu midwife check sekali lagi bukaan & terkejut juga dia bila dah buka sebanyak 5cm sampaikan midwife tanya "Awak ada minum air selusuh ke??" hehehe..Zaila cakap mana ada *sebab memang Zaila tak minum pun yang ada hanyalah air rendaman akar bunga kembang Fatimah tu*



Masa midwife check bukaan tu, ada darah keluar..Naik seriau juga Zaila..hehehe..Tak lama lepas tu nurse datang masukkan ubat untuk buang air besar yang sungguh mujarab tu & midwife datang cucuk painkiller. Midwife siap pesan lagi dekat Zaila kalau nak mudah bersalin, rajin-rajinlah berjalan so sempatlah Zaila jalan 2,3 langkah sebelum meringkuk balik atas katil dek kerana sakit yang amat!! Tak lama lepas tu, Dr Siti datang & check bukaan Zaila lagi. Kali ni dia arahkan Zaila masuk ke labour room & dia pecahkan ketuban. Kalau masa Ameera dulu, sebaik sahaja Dr pecahkan air ketuban, Zaila boleh rasa air meleleh keluar tapi kali ni memang tak rasa langsung. Betullah jangkaan Dr yang air ketuban Zaila memang kurang sangat-sangat!!


Masa masuk labour room tu pukul 4 petang. Zaila sempat tertidur dek kerana kesan painkiller yang diambil tu selama sejam. Pukul 5 terjaga & tiba-tiba rasa nak meneran so panggil nurse. Midwife datang & check bukaan masih 8cm so midwife cakap jangan teran lagi. Lagipun masa tu Dr Siti sudahpun balik ke rumahnya. Masa tu memang rasa kritikal sangat-sangatlah, Zaila ingat yang en suami bagi gas (yang sedut ikut hidung tu) setiap kali bacaan CTG memuncak. Masa tu Zaila rasa lalok sangat, rasa macam semuanya bergema & berada dalam dunia mimpi pon ada. Masa tu kita memang sedar tapi tak boleh nak buat apa. Zaila sedar yang en suami suruh Zaila mengucap & midwife ajarkan doa Nabi Noh tu. Tapi bila tiba part sakit tu, memang Zaila tak sedar apa yang keluar dari mulut & one thing yang Zaila ingat, Zaila tanya midwife bila doktor nak sampai sebab dah tak tahan sangat-sangat ni;D Nurse pula dok sibuk suruh tahan..Ada 2 cm lagi, jangan teran dulu *masa ni rasa nak terajang aje sebab rasa nak teran ALLAH sahaja yang tahu*.



Tak lama lepas tu Dr Siti datang. Alhamdulillah..Masa ni terus nurse angkat kaki Zaila, angkat pemegang untuk tangan kita genggam masa nak meneran tu & Zaila ingat lagi tangan kiri Zaila pegang tangan en suami, sebelah kanan midwife yang sentiasa pastikan muka Zaila mengadap bawah masa meneran & dr Siti berada di paha kanan. Kat depan tu ada 2 orang pom pom girl eh silap, 2 orang nurse yang pegang kaki Zaila & keep on bagi semangat suruh Zaila teran. Rasa macam nak pitam juga masa teran tu & tepat pukul 6 petang, Alhamdulillah keluarlah Ashraf Hariz. Benda pertama yang Dr Siti buat adalah mengucapkan "Assalamualaikum" buat Ashraf & azan di telinganya then Dr Siti letakkan Ashraf atas perut Zaila suruh tenangkan Ashraf yang masa tu tengah menangis. Alahai..rasa macam nak nangis pun ada bila tengok kecilnya baby Zaila ni..Then nurse bawa Ashraf untuk proses yang selanjutnya. Masa tu midwife bagi injection kecutkan rahim & Dr Siti pula bagi ubat bius untuk jahit luka koyak. Kata Dr. Siti tak banyak pun & takde episiotomi (gunting) dibuat memangdangkan baby yang kecil so koyak pun dalam 1 degree sahaja!! Dr. Siti siap baiki balik jahitan luka masa Ameera dulu (nampak sangat masa bersalin di hospital S, nurse yang jahit tu tak pandai jahit, no wonderlah sakit sampai sebulan).



Lepas tu Dr. Siti keluarkan darah yang ada & naikkan peranakan Zaila. Dr Siti cakap uri Zaila memang bermasaah sedikit memandangkan ianya keluar bersama dengan baby (selalunya baby keluar dulu then baru menyusul uri) so no wonderlah berat baby masa dalam kandungan dulu tak naik-naik..Semuanya disebabkan uri ni so salahlah tanggapan Zaila yang Dr Siti saja-saja nak suh baby keluar awal dari EDD..hehehe Masa tengah jahit tu, sempatlah Dr Siti borak-borak dengan en suami & Dr cakap, biaserlah orang perempuan ni sekejap je sakitnya then lama-lama lupalah tu. Sebab tu ALLAH bagi keistimewaan buat kaum wanita untuk melahirkan anak. Kalaulah kaum lelaki yang boleh bersalin, haruslah sekali bersalin sudah tak mahu bersalin lagi;D



Actually kali ni Zaila rasa terhutang budi sangat-sangat dengan Dr Siti & warga kerja SALAM Specialist Hospital ni. Mungkin ini pengalaman pertama bersalin induce & bersalin di hospital swasta so terasa berbeza sangat-sangat dari segi layanan dengan kelahiran sebelum ini. Alhamdulillah semuanya selamat & berjalan dengan lancar. Lepas je siap dijahit, Zaila kembali ke bilik & menu berpantang sudah tersedia di atas meja so sempatlah melantak dulu sebelum berehat-rehat di atas katil;) Secara ringkasnya; ini detail kelahiran Ashraf


DOB : 16/03/2011


Birth Weight : 2.35kg


Body Length : 47cm


Head Circumference : 33cm


Time : 1800 hour


Mode of Delivery : SVD 1 degree tear



Buat en suami, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi Zaila sepanjang hari semasa Zaila sakit & terima kasih kerana tak putus-putus membacakan Yasin sepanjang Zaila terbaring menahan kesakitan & terima kasih kerana meminjamkan tangan di saat Zaila ingin meneran & terima kasih di atas kata-kata semangat yang diberikan. Alhamdulillah, you always there when i need you;)

11 ulasan:

nkniessa berkata...

akak, bila akak minum air rendaman akar bunga kembang Fatimah? pd minggu ke berapa ek? nang pun ada gak sepupu bg.... ingat nak jg minum supaya mudah bersalin....

hiihihih.....

Zaila Mohamad berkata...

nang, akak minum awal2 pagi masa hari nak deliver tu..memang masa anak second & first pon, hari nak bersalin baru minum & Alhamdulillah memang mudah sangat bersalin..tapi atas orang2 juga sebab SIL akak pon minum juga tapi baby keluar ikot tingkap juga..hehehe

Lily@MamaZaraZareef berkata...

bestnye smpat tertido..nyesal tk mintak pain killer awal2..hehehe..kite mintak pain killer pas pecah air ketuban (dh dlm labour room mase tuh). so tk lame pas injection, rase ngantuk n tros nk meneran..tk smpat amik yg gas tu..huhuhuhu

Zaila Mohamad berkata...

Lily, Zaila lg lawak sebab memula tu ingatkan painkiller ni epidural..rupanya bukan..hehehe..tapi terlelap sekejap aje sebab sakit sangat so tidur2 ayam sahaja

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

aminn senang bersalin zaila ... hu..hu..kita nie dua2 c-sect .. mmg confirm kali ketiga-csect juga ... ramai member bersalin kat salam tue .. dgn dr. siti juga ;-)

Diana AR berkata...

teringat masa lahirkan pertama, induce jugak, sakit dia lain skit compare dengan bersalin tak pakai induce

tahniah ye zaila

Zaila Mohamad berkata...

Di, alah takpe..keluar ikut mana2 pon tak pe janji ibu & anak sihat;)

Diana, thanks!! memang sakit kan kalo induce ni

amalina berkata...

mmg best bsalin kat swasta..ehehe. tp, knp dr. siti yg azankan & bkn en suami?

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

pengalaman kita hampir sama..apapun seronok kan bile teringat2 balik!!

Zaila Mohamad berkata...

ama, Dr Siti bukan azan sampai habis pon..lepas tu dia bg dekat papa Ashraf suh azankan;)

memang berbeza layanan between private & gov. bila dah ada pengalaman bersalin swasta, pasni xnak dah bersalin gomen;D

Lynn, iya?? sakit kan induce ni

shilafaizz berkata...

Salam kak zaila..*kakak kot..hehe
seronok baca pengalaman org bersalin..
sy pon bersalin dgn Dr.siti di SALAM pd 31/08/2010 (anak 1st)
Dr.siti memang femes dgn jahitan yg kemas..
Baby sy kene vacuum dan koyakan agak banyak tapi luka sy alhamdulillah cepat je sembuh..mak pon cakap jahitan nye kemas
akak senang bersalin, sy jenis dilate lambat so agak lama dalam LR..kene induce pitocin yg drip kt tgn..tapi ape pun memang best lah bersalin dgn Dr.Siti..very helpful

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^