Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 19 Mei 2011

Lawak iPhone

Siapa yang tak kenal dengan iPhone4 kan?? Pendek kata semua orang nak memiliki iPhone4 ni. Entah apalah yang hebatnya kan?? Bagi Zaila yang bukan penggemar gadget ni (bukan tak gemar tapi takde fulus untuk follow setiap keluarannya so cakaplah tak gemar kan..Hehehe) rasanya handset Nokia lah yang terbaik kan (nak juga defend handset sendirik) tapi dek kerana ramai blogger yang dok bercerita tentang iPhone4 ni, nak jugaklah cuba nasib mengadu domba dengan adinda tersayang kan..Manerlah tahu, kot-kot en suami akan buang tebiat nak melayan permintaan bini dia ni..




So pada satu malam sebelum tidur;-



si isteri : Yaaaaang (kalau panjang ni mesti ada apa-apa nak minta ni), bila b nak beli iPhone ko mama??



si suami : iPhong?? Buleh jah..Nok berapo??



si isteri : Jollo (betul) ko?? Oloh, sebutir pon padan ah, dokpon b sor mama sor (b satu mama satu)



si suami : Baik beli sekotok slaluh..Tapi sini payoh nak cari..Nati kelik kampung ah

si isteri : (dah mula naik hairan) Payoh gaponya?? Sini kae ado!!



si suami : Mano ado..abe xrajin kelih pom



si isteri : (dah makin pelik) Adolah, kedai handset nuh



si suami : Laaaaa, hendset ko?? ingatkan air pong!! (sila rujuk gambar di bawah)



kalau zaman sekolah dulu, balik je sekolah mesti beli air pong ini;) *pic googled*


Hahahaha..en suami memang kelakar..dia sukalah buat lawak yang kadang-kadang selamber aje. Lepas tu mulalah kami mengimbau kenangan zaman sekolah pula..Dan-dan tu Zaila terus lupa pasal iPhone ni;D



Tapi bagi korang yang berminat untuk dapatkan iPhone4 serendah RM58 sebulan. Digi ada menawarkannya. Klik iPhone serendah RM58 sebulan untuk mengetahui dengan lebih lanjut terma & syaratnya.



iPhone ke iPhong jadi pilihan anda??

4 ulasan:

kasihredha berkata...

hahaha...kelakar nya!!! kena kelik kelate baghu buleh beli air pong.
Tapi akak penoh jupo air pong kat Giant...jual sepeket. Air pong mughoh jah...iphone yang mahal nyo...:)

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

hehehehe...Ipong pun Ipoong la kan...mmg kecik2 dulu balik sekolah..suka beli. kami panggil air poli. sedap tu sejuk2

yatie chomeyl berkata...

ngeh3x, aiskring polipong ruponyo

Tanpa Nama berkata...

hehe..klakar ur husband ni zaila...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^