Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 16 Jun 2011

Kisah Anak & Kereta MPV Ezora




Haritu kebetulan masa en suami nak ke office pada hari minggu, Haziq bagi duit 20 sen kat papa dia. Tahu untuk apa?? Rupanya nak suruh papa belikan kereta baru, sama macam ayah kawan baik dia di taska tu (MPV Grand Livina), sudahlah tu siap pesan suruh beli gula-gula lagi..Haziq..Haziq..20 sen mana nak cukup nak beli semua tu sayang oi!!



Actually Zaila faham akan perasaan dia. Sejak sudah ada adik Ashraf ni, perjalanan kami balik kampung sudah tidak seselesa dahulu. Ditambah lagi dengan barang adik & barang-barang Haziq, Husna, papa & mama. Haruslah bersempit-sempit dalam kereta kami yang comel tu;) Aisy..kalaulah balik kampung masa raya, laaagilah kejang vontot sebab perjalanan 8 jam boleh meleret-leret hingga 12 jam tau!! So pada mereka yang ada anak kecil tu, mesti tension kan sebab kena tahan dengan jem, lepastu anak plak melalak bosan dalam kereta, takpun saling bergaduh ke..Haruslah kuat fizikal & mental!!



Sebab itulah setiapkali kami berjumpa dengan adik beradik, sedara mara, diorang pasti akan mencadangkan supaya kami beli aje kereta jenis MPV supaya perjalanan lebih selesa sedikit. In fact semua abang & kakak ipar Zaila yang ada anak 3 ke atas sudah ada MPV sebagai second car untuk berjalan ke mana-mana (especially bila balik kampung). Herm..ada juga layan-layankan angan-angan Haziq ni, bila ditanya nak kereta yang macamana?? Kereta yang macam kereta Pak Ngah tu..Beshaaaaar, warna putih (Pak Ngah diorang ni beli Ezora) & to be surprise tak sangka Ezora ni menepati all the criteria that we need!!


Tapi takderlah bermakna kami nak terus beli MPV Ezora ni kan..Ni baru nak kenalkan dengan Proton Ezora yang hebat tu. Pendek kata lebih dikenali dengan SPACE;-
S : Safety
P : Performance & Quality
A : Advanced Styling
C : Comfortable & Practical
E : Economy

Pendek kata semua adalah!! Pada sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan diri di dalam sesi uji pandu kereta MPV Ezora ni, boleh klik sini untuk mendaftar. Takpun klik aje link yang Zaila letak kat bawah ni. Zaila sudah mendaftar, eh manalah tahu diorang panggil ke..Sudahlah dapat makan free, nanti boleh menang voucher spa lagi untuk kita & pasangan kita;)

Want a free car briefing session? Or maybe, a spa session? Yes! #allaboutexora is here to provide you space & comfort!

2 ulasan:

yantz-yeem berkata...

betul tu kita pun berkenan ngan exora nih..tggu le $$$ trun dr langit hehehhee

Sumijelly berkata...

alahai..macam tu seklai anak zaila suh beli kerete...hik3...


kali la kit ani mampu beli ..on the spot kit abeli kan??

tp apakan daya.. beli mengikut kemampuan...

anak2 tak paham.. x per..hik3

Sumijelly.com

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^