Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 1 Julai 2011

Sepetang di KLCC

Lama sungguh daku tak menjejakkan kaki ke KLCC. Agaknya last sekali masuk sini masa belajar kat UPM dulu. Bila dah kahwin ni cuma pergi sekali sekala aje, itupon kat luar KLCC sebab bawa Haziq p mandi kat kolam KLCC. Huh, jakun sekejapan melihat butik-butik pemandangan dalam KLCC tu;P

Actually haritu diriku terikut en suami pergi meeting. Kan dari haritu lagi diriku dok cakap yang nak release stress yang ada & terkebetulan pula haritu diriku terasa sedikit kefreean. Teruslah zass ke sana dengan hati yang gembira pasal gaji dah masuk. Memula ingat nak lunch bersama dengan Mummy Lyna tapi risau gak kot-kot lambat sampai so kansel balik lunch date ngan dia, tapi rupanya tersampai awal..Tapi takderlah nak cari dia so diriku teman ajelah en suami makan lunch kat food court tu. Kami makan Ayam Penyet AP, first time makan & rasanya boleh tahan jugalah!!

Lepas tu kami ke surau solat & lepas solat masing-masing bawa haluan sendiri dah. En suami ke tempat meeting manakala Zaila jalan sorang-sorang cuci mata. Memang rambang mata ah bila tengok kiri kanan sale. Tapi dalam hati ni cakap sabar..sabar..Takleh imaginelah sesiapa yang kerja kat sini. KOnpem kuat iman kan;P Kalau iman macam Zaila ni senipis bawang, konpem hari-hari akan meroyan kan..hehehe

Tapi haritu teringat kembali kenangan 6 tahun dulu yang Zaila ke sini untuk temankan en suami interview dengan kompeni oil & gas yang ada kat situ. Ecececee..Kalau dulu takde ikatan lagi tapi kali ni, nikmatnya bila kita dah sah jadi suami isteri. Paling best bila dah ada 3 orang anak dah!! Tapi yang tak bestnya, kali ni takdelah jalan-jalan pegang-pegang tangan macam dulu dah *alamak kantoi* sebab en suami nak cepat aje;P Tapi syok ah bila dapat keluar berdua dengannya walaupun sekejapan sahaja.

Petang tu habis khatam KLCC dari Tingkat 1 sampai 3, jalan sorang-sorang sampai lenguh kaki!! Semua butik Zaila masuk kecuali butik yang ehem*ehem* kalau tak ada duit sebakul sila jangan masuk*ehem*ehem Butik Coach sampai dua kali dok g mari masuk dalam tu, Seb baik takde orang nak marah..Hehehe..Pastu macam biasalah, ada acara terderma dekat kedai-kedai yang menarik perhatian..Huhuhuhuuu

Bila petang sket tu, kawan perempuan Zaila datang, masa ni sempatlah juga masuk butik LV tengok-tengok apa yang ada. Memula tadi agak segan juga nak masuk sengsorang *kurang keyakinan diri di situ* tapi bila berteman ni, langkah panjang sket;P Alah, survey-survey apa yang ada, bukan nak beli pon..Huhuhuhuu *diriku masih sedar kemampuan diri lagi* Lepas tu operasi merayap diteruskan lagi. Memang best bila keluar dengan teman sejantina ni, sakit kaki yang terasa pun macam terlupa sekejap..Hahahaha

Dalam pukul 5 gitu, en suami call tanya duduk kat mana. Masa tu dok tengah survey handbag lagi. Pung pang pung pang, daku terbalik dengan membawa beg baru..Rezeki..Rezeki..Thanks en suami yang bosan mendengar zikir bini dia setiap malam sebelum tidur ni. Lepas ni kena duduk diam-diam dah!! *takpun curi-curi beli* Eh tetiba;P




sempat snap gambar ni aje

Pasni entah bilalah lagi boleh pergi ke KLCC lagi..Huhuhu

3 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Mananya gambo handbag baru...ekekekeke...

Dah lama sgt tak gi KLCC dah.

IdaShazana berkata...

tunjuk la henbeg baru tu?

Nina berkata...

wawa..sonot!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^