Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan

Ahad, 13 Disember 2015

Shopping Baju Di Parkson Subang Parade

Assalamualaikum,

Nak sembang pasal shopping baju di Parkson Subang Parade masa bawa budak-budak ni pergi MPH haritu, seronok juga bila sesekali keluar sendiri tanpa pengawasan en suami ni, he he he Ampun yang, bukan apa senang nak pilih baju yang kita suka :) Tapi dengan syarat duit kena ada lah kan, kalau tak dak duit memang jeling-jeling jelah :P

Sekali beli terus ambil dua helai yang ada diskaun 70% konon nak jimatlah kan, (itu biasa) tapi yang tak tahannya bila balik rumah tengok "eh kenapa lah aku ni asyik beli warna hitam & purple?" Sedih betul sebab bukan tak nak warna lain tapi itu lah warna yang ada saiz bagi mak buyong ni. Sudahlah saiz makin berganda setiapkali mengandung. Hu hu hu


Kalau dulu masa kerja memang suka lah beli baju online, masa tu saiz pun tak "mengambang" mana tapi sekarang ni, tugas beli baju ni aku serahkan pada en suami jelah, kalau dia ada kerja di Dubai ke selalunya en suami akan belikan abaya, memang best pakai abaya dari sana sebab kainnya sejuk. Kat Malaysia ni bukan takde cuma harga lah berganda-ganda :)

Selalunya kalau balik kampung sambil beli baju anak-anak aku pun menumpang sama "shopping" baju murah-murah, takde dah nak pakai yang berjenama sekarang ni, asalkan selesa dan nampak sopan ok lah :)

Itu sahaja bebelan mak buyong. Kita bagi laluan iklan ya. Bagi yangs edang mencari barangan parti harijadi boleh like fanpage ini ya : BARANGAN PARTI HARIJADI atau terus Whats App ke 012-970 6828 (sebarang panggilan tidak akan di layan ya). Ada pelbagai tema seperti di dalam gambar di bawah :


Sofia the First


Upin Ipin 


Ultraman


Hello Kitty 


Sofia the First lagi

Oklah, hingga berjumpa lagi ya, panjangnya cuti hari minggu ni. Bermula dari Jumaat dan sambung lagi esok sempena kemenangan Selangor dalam perlawanan bola Piala Malaysia :) Lemau juga duduk rumah tapi semalam kami ke KLCC. Nanti cerita entri lain ya. Bye!

Jumaat, 28 November 2014

Cuti Sekolah Sudah Bermula

Assalamualaikum,

Waaah dah seminggu dah cuti sekolah berlalu, sibuknya aku sampai nak menulis dalam blog pun takde masa ya :P Sebenarnya tak adalah sibuk mana cuma ada virus M melanda, itulah siapa suruh banyak makan kan?

Oklah, tiba-tiba rasa rindu nak berkongsi cerita bersama peminat tersayang. Cewah! Gittew perasan diva sekarang ya. Muahaha

Kalau cuti sekolah ni macam biasa rumah aku akan dipenuhi dengan tempikan mahupun teriakan sang tarzan-tarzan kecil yang kadang-kadang bermain mesra dan kadang-kadang bergaduh manja. Memang mama kena banyak-banyak bersabarlah kalau ada anak ramai ni, sebabnya kalau yang besar perangai ok yang kecil buat perangai pula dan begitulah sebaliknya! Nak tak nak mama kena update status di facebook bagi "hint" dekat si papa yang sentiasa sibuk dengan kerja yang mama nak pergi MPH mencari bahan bacaan untuk anak-anak (dan juga mama sekali)

Alhamdulillah, misi tercapai :)

Sabtu lepas kami ke MPH Subang Parade, itupun keluar petang selepas en suami balik dari office, kemudian setelkan pos barang, beli barang niaga & terus ke Subang Parade. Macam inilah hujung minggu kami, tak pernah duduk goyang-goyang kaki depan TV. Selalunya aku akan menggunakan sepenuh masa yang terluang untuk bisnes aku. Maklumlah, hari bekerja dah terperap dalam rumah melayan anak-anak dan pelanggan. Jadinya hari cuti kenalah bawa anak-anak riang gembira keluar sambil-sambil keluar mengambil stok. Kadang-kadang anak-anak dah tak teruja sangat dah nak keluar hujung minggu, kalau ditanya nak ke mana? Mama jawab ke GM ambil barang mesti mereka mengeluh! HAHA Sabarlah nak, mama bisnes untuk kamu-kamu juga

Oklah, sambung cerita ke MPH. Memang kalau masuk sini memang rambang biji mata lah tengok buku. Aku lebih suka MPH dari Popular kerana biasalah MPH ni kan kedai Muslim yang punya jadi perasaan itu lain sedikit. Alhamdulillah, hari tu ada "burung kakak tua" si Faber Castle memberikan hadiah percuma pada kanak-kanak yang ada. Apalagi melompatlah anak-anak aku dapat set mewarna dan belon sorang satu. Dalam tu ada 3 warna dan juga nota ringkas untuk menggunakan produk mereka. Ashraf dan-dan tu juga warnakan kertas yang diberikan dan aku pon terkejut bila tengok kemas je hasil kerja dia. OH tak sangka anak mama sudah besar. Huhuhu


Sempat bergambar dengan burung kakak tua tu. Si Azzam pergi tarik ekor burung ni. Hehe Nasib baik burung tak marah :P

Lepas aje beli buku kami jalan-jalan cari kasut anak-anak. Maklumlah bulan 12 nanti nak ke Sabah untuk percutian keluarga kena lah cari kasut yang selesa sedikit. Lepas tu, balik rumah. Itu sahaja aktiviti kami di hujung minggu. Hari Ahad duduk rumah kemas-kemas SOHO dan memasak. Nanti cerita entri yang lain.


Barang dagangan yang dibeli. Alhamdulillah terima kasih pada pelanggan yang menemui aku melalui blog ini dan juga fanpage Barangan Parti Harijadi. Pada yang berhajat untuk mengadakan parti harijadi, jangan lupa rancang seawal mungkin dan boleh PM aku / WA di 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan harga :)
 

Nak kongsikan hasil rembatan dari MPH yang lepas. Hermmmm, lama sudah tak beli buku bacaan. Rasanya tahun ni ini kali pertama aku beli di kedai buku. Teruknyaaaa lah kan. Kata nak suruh anak rajin baca buku tapi diri sendiri yang malas. Jadi, azam tahun baru mak jemah adalah menghidupkan balik suasana membaca dalam rumah ini. Kalau boleh nak konsisten setiap bulan habiskan beberapa buah buku. Haritu pun pernah bincang dengan suami yang kami ni kena ubah gaya hidup dah, kalau mahu jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak maka diri sendiri pun kena banyak membaca. Betul tak?

Sekarang ini aku tengah baca buku Ulu Yam di Liverpool tulisan Nazali Noor. Tak tahu pula yang buku ini merupakan best seller dan penulis tu ada blog. Hermm, aku ni semangat balik nak berblog pun sebab baca penulisan Onn nilah :) Rugi rasanya kalau tak abadikan kenangan hidup semasa anak-anak masih kecil ni. Mana tahu satu hari nanti mereka akan baca. Insya Allah


Kemas juga SOHO untuk bagi semangat untuk lebih berusaha. Alhamdulillah setelah berbulan-bulan menunggu en suami memasang rak DIY yang dibeli di Ikea, akhirnya kemas juga SOHO aku ni. Azam baru 2015 nak penuhkan rak-rak dengan bahan bacaan. Nanti ada masa aku nak buat blog baru untuk kongsikan buku-buku yang telah aku baca (yang hanya beberapa jenis sahaja) HAHA Biasalah Mekla semangat tu selalu ada kemudian pekasammmmmmm!


Buku ini pun baru aje dibeli. Maklumlah sejak fokus berniaga dari rumah ni tak dinafikan kena banyak membaca untuk tambahkan ilmu dan kemahiran. Surirumah macam aku ni mana ada peluang (eh bukan takde tapi tak sempat) nak keluar sertai seminar atau apa-apa jadi baik membaca untuk cari maklumat baru. Lagipun ini juga sebagai persediaan aku untuk menyiapkan ebook sulung aku nanti. Sila Komen "SAYA NAK BACA" jika mahu baca ebook sulung Mekla. muahahaha :P


Eh tiba-tiba masuk gambar ni. Mentang-mentang isteri surirumah, en suami belikan hadiah beras basmatho daripada Dubai. Apakah tanda-tandanya ni?? Huhuhu Nak suruh bini rajin memasak ke nak suruh bini makin mengembang?? Oh pada sesiapa yang mahu beli nasi arab siap rempah dan juga beras, boleh WA aku di 012-970 6828 juga.


Novel baru beli juga, nak tahu kenapa aku beli? Sudah semestinya tertarik dengan perkataan "Funny" tu. Maklumlah jadi surirumah ni banyak duduk rumah stress melayan anak-anak aje, jadi baiklah baca novel yang ringan-ringan untuk hilangkan stress yang ada :)


Ini gambar anak jantan Ashraf Hariz yang potong sendiri rambutnya di depan tu. Pantang nampak gunting mesti nak main. Alahai anak, kan dah hensem tu :) Oh sempat juga kami beli beg di "Travel Fair" di Jusco dan alhamdulillah memang berbaloi-baloi dapat beli pada harga yang murah sedikit dari biasa. Nanti aku kongsikan walaupun dah "Travel Fair" tu dah habis. Huhuhu

Oklah, nak pergi masak pula ni. Selamat berhujung minggu semua :)

Jumaat, 22 Ogos 2014

Tips Memilih Stroller : Beruntung Aaliyah Dapat Kereta Baru

Assalamualaikum,

Kami ni walau sudah ada 5 orang anak (alhamdulillah) tapi setiapkali terima kedatangan orang baru, ada sahaja barang yang kena beli. Maklumlah, kadang-kadang barang baby yang dah lama tidak digunakan akan mula rosak dan kotor. Jadi, macam kasihan pula nak bagi si kecil guna. Hujung minggu yang lepas, kami berjaya (yeay!) keluar ke shopping mall Subang Parade hanya semata-mata mahu belikan stroller untuk Aaliyah. Sambil-sambil itu, cari juga car seat yang berpatutan kerana car seat lama sudah pun lunyai dikerjakan abang-abang Aaliyah.

Ingat tak entri yang pernah aku kongsikan dulu? Klik sini >> Tips Memilih Stroller, masa tu kami belikan stroller jenama Sweet Cherry yang bertayar 3 pada Ashraf. Komen aku, stroller ini tidak mesra ruang, sangat berat dan susah untuk buka dan lipat (sampai sekarang pun rasanya aku masih belum dapat melipat stroller ini tanpa bantuan en suami). Harganya boleh tahan juga iaitu sekitar RM300. Sekarang ini stroller itu masih ada lagi di rumah cuma keadaannya yang kotor (habuk dan tahi cicak) membuatkan kami memutuskan untuk membeli yang baru sahaja buat Aaliyah (ini kes aku malas nak basuhlah ni :P)

Mula-mula kami ke butik Mothercare, stroller dari jenama Mc Larren (ke macamana ejaannya) memang ada sale cuma harga selepas potongan pun masih cecah ribu-ribu (kalau tak silap paling murah pun berharga RM700 tapi corak designnya sangat-sangat simple) dan jenama Mothercare ada juga yang berharga sekitar RM300 ke RM400. Aku berkenan juga tetapi en suami yang kurang berkenan. Maklumlah en suami ini sangat cerewet dalam pemilihan barangan terutamanya tentang harga. HAHAHA :P

Jadi kami ke Parkson dan alhamdulillah jumpa stroller ini jenama Mother Love ke apa namanya. Yang bagusnya sekarang ini tengah sale dari harga RM700+ ke RM500+ dan paling best bila didatangkan sekali dengan car seat. Alhamdulillah, setel 2 perkara. Tak payah susah-susah nak fikir dah :)


Bahagian car seat depan tu boleh dibuka dan diletakkan ke dalam kereta. Warna yang ada hanya warna merah sahaja tapi ok lah kan, sesuai untuk anak perempuan gittew :) Jenama ini katanya dari Paris tapi kilang di China (biasa lah tu!)


Terus letak Aaliyah dalam tu. Ya Allah lega rasanya sebab sekarang ini minah ini dah cecah berat 4.2kg (semalam timbang di hospital). Mana tak tercabut lengan mama dia nak dukung, sudahlah baby carrier tak ada (eh semua tak ada!). Selesai buat bayaran terus bergegas pulang.

Minggu selepas itu kami ke Subang Parade sekali lagi untuk beli baju anak-anak. Sebenarnya nak habiskan kupon RM50 yang dapat masa beli stroller tempoh hari. Yang kelakarnya, masing-masing tak tahu cara nak buka balik stroller tersebut. Maka berangkutlah kami ke bahagian stroller Parkson untuk cari adik jurujual tersebut. Manual ada tapi tak faham. HAHAHA Sejak dah ada anak 5 ni otak makin lembablah pula nak terjemahkan gambarajah :P

Alang-alang berada di sana, sempatlah belikan anak-anak baju. Bertuahlah korang ya, semua dapat bahagian masing-masing. Mama aje yang tak dapat sebab masa tu Parkson dah nak tutup. T___T"


Gigih en suami memilihkan selipar untuk anak kesayangannya :)


Seorang tolak stroller seorang tolak troli. Macam inilah kami kalau keluar membeli-belah, terpaksa gunakan bantuan troli untuk letakkan Azzam. Kadang-kadang Ashraf pun letak dalam troli sebab risau dia lari sana sini.


Kebelakangan ini risau betul dengan berita kehilangan dan penculikan kanak-kanak. Hari itu tajuk Wanita Hari Ini pun ada menyentuh tentang berita kehilangan kanak-kanak yang semakin meningkat tahun ini. Jadi mak ayah zaman sekarang memang tidak boleh lalai walau sesaat pun. Kami yang anak 5 ini memang fobia sangat-sangat bila keluar membeli-belah, maklumlah anak-anak aku ini memang terlampau aktif dan jenis suka berlari entah ke mana-mana. Mama dia selalu aje menyinga dalam pasaraya tu, sebab itu paling lama kami boleh bertahan hanya 2 jam sahaja. Itupun hanya pergi dan tuju bahagian yang nak beli sahaja dan terus pulang. Sedih kan?

Oklah, sambung lagi. Mood berblog memang ada tapi masa aje yang tak cukup. Hu hu hu Maafkan daku ya. Nak menulis perkongsian pengalaman berniaga di bulan puasa pun masih belum siap-siap lagi. Doakan semoga lepas ini lebih pandai menguruskan masa. Maklumlah ada anak kecil ini jadual sudah tidak sama macam dulu.

Bye!

Rabu, 6 Februari 2013

Vietnam Oh! Vietnam


klik gambar untuk tumbesaran paling hebat:P LOL

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog kan..Lately ni memang takde masa nak mengadap PC..sudahler takde modal nak merapu meraban..eh idea ada cuma kadang-kadang rasa "Eh benda gini pon nak share kat blog ke?" so selalunya aku akan simpan dalam kepala otak aku sahaja..Lagipon dalam pantang ni takde benda menarik sangat nak dikongsi, kalau ada pon cuma keluh kesah seorang ibu beranak empat yang tak berpantang sangat yang kena jaga anak siang malam pastu meroyan tubuh tak kurus-kurus:P Konpem korang pon meluat nak baca kan? kan?

So untuk tidak menghampakan readers (wah tambah s tuuu, ramai sangat ke pembaca blog ko Kiah?) mari kita kongsikan email dari salah seorang pembaca yang aku dah balas emailnya tentang Vietnam. Kalau nak tahu, memang ramai yang email, sms, whats app & call untuk bertanyakan tentang Vietnam. Tak sia-sia aku buat entri & letak link dalam blog ni. Dapat juga membantu ramai insan-insan yang ingin berkunjung ke Vietnam. Tak kisahlah untuk beriadah ke untuk berniaga ke..Ops sebelum tu, please yaaa aku akan jawab melalui email sahaja..kalau sms tu time ada credit je aku balas (yap, aku masih menggunakan prepaid so what??) whatsapp tu kalau time anak tak bergayut menyusu / Ashraf tak bawa lari handset aku untuk tengok Ultraman Max / wifi ada baru aku balas, kalau tak..sila tunggu jawapan dengan sabar ya:) Call aku tak berapa galakkan sangat sebab most of the time handset aku ni dah jadi mainan budak-budak ni *grrrrrrr*

Agaknya Vietnam sudah sinonim dengan aku. Insya Allah 2013 akan menyusul lagi trip-trip ke Vietnam (kalau panjang umur & diizinkan en suami) tapi kena tunggu baby Azzam Haneef besar sikit, senang papa dia nak jaga bila aku ke Vietnam..cewah! so pada yang berminat untuk ikut sama, sila simpan duit shopping & follow blog aku..pengumuman akan dibuat bila-bila masa sahaja:P

Oklah, tak tahu nak cakap apa lagi..Bye!!

Khamis, 6 Disember 2012

Jom Beli Peplum MURAH-MURAH

 Assalamualaikum,

Sekarang ni baju potongan peplum seakan menjadi trend baru kan? Rata-rata dok bercerita tentang blouse peplum, peplum, peplum..Aku takdelah terkejut sangat sebab rasanya sebelum trend ni keluar aku dah beli secara online dah..hihihi bezanya dulu aku suka beli jenama luar negara seperti Dorothy Perkins & cari blouse yang labuh-labuh sesuai dengan piawaian en suami yang mahukan tang aset aku ni berkaver..faham tak? Tak faham sudah:P

Tapi sekarang ni peplum ada dijual di mana-mana dan semestinya harganya tidaklah semahal luar negara punya..Pada yang berminat untuk mendapatkan koleksi peplum murah-murah, meh klik like fanpage aku ni (facebook.com/Mari Kelih Store) sebab sekarang aku ada menjual koleksi peplum yang menarik!!


Untuk melihat lebih banyak lagi gambar, silalah klik sini

Ada juga blouse peplum labuh corak macam gambar di bawah ini


Ada juga peplum berlayer macam gambar di bawah ini


Semuanya cantik-cantik kan?? Yang penting harganya berpatutan & penghantaran terus ke rumah anda!! Silalah like page aku di sini (facebook.com/Mari Kelih Store) Gudang Serbanika Online anda!! Selain dari menjual pelbagai makanan sunnah, aku ada juga menjual telekung solat, telekung solat kanak-kanak & produk terbaru adalah peplum labuh sesuai digayakan oleh muslimah yang ingin tampil bergaya *macam aku* Eh!

Kat bawah ni gambar aku masa JJCM di Umbai, Melaka pada cuti tahun baru cina yang lepas..Masa ni aku pakai dress Dorothy Perkin yang ala-ala peplum dress..Gambar ni tak upload dulu-dulu sebab al-maklumler yours truly sudah kembang semangkuk (bukan bermangkuk-mangkuk) ke masa ni? :P


tengah mendodoikan buah hati pengarang jantung kami yang kebetulan masa ni sakit mata..Kan balik je dari Melaka terus check in di DEMC selama 5 hari 4 malam..huhuhu


gambar semua pandang ke sana (entah apalah yang dilihat tu) 

Owh! rindunya nak pakai semua baju-baju lama aku..sekarang ni simpan sajork hasrat tu memandangkan perut sudah membuyong ke hadapan..sob..sob..sob..Tunggu kurus baliklah kalau boleh pakai pon..itupun kalau kurus..kalau tak kurus?? Errrr aku jual murah-murah sajork:P
 

inilah gambar dress aku tu cuma kaler lain..Kat bahagian atas memang ada berlubang-lubang macam tu tapi biasalah, kita kan pakai tudung so memang tak nampak cuma nak kena pastikan sentiasa berpin supaya tak diselak oleh angin atau anak:P

Pada kawan-kawan, jom beli peplum labuh..jom jom!

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Jumaat, 2 November 2012

Buffered Earning Blog, Terima Kasih Drypers Sungguh Ceria, Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum,

Sekarang ni susah sangat nak dapat Buffered Earning untuk blog personal (blog yang korang dok baca sekarang nilah) tapi bila dapat tu, rasa syukur sangat-sangat sebab nanti cepatlah duit dalam tabung Nuffnang aku penuh:)

Semalam buka tengok ada satu kempen dari Drypers Sungguh Ceria yang beriklan di blog aku bermula dari 15/10/2012 lagi. Hari ni sudah dikreditkan RM19.86 dah pon..Terima kasih Drypers! Terima kasih Nuffnang! Agaknya blog aku menjadi sasaran Drypers kerana blog ibu-ibu kan..konpemlah sasaran diorang pon kaum ibubapak juga kan..


Tapi jumlah yang aku dapat ni bukanlah banyak sangat jika nak dibandingkan dengan blogger-blgger otai yang UV sehari cecah ribuan pengunjung..Tak kiralah berapa pon, yang penting syukur Alhamdulillah..dapat juga duit poket kan..Bak kata orang tua-tua "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

Kalau tengok kata carian terbanyak di blog aku adalah tentang Genius Aulad. Hujung-hujung tahun macam ni memang ramai ibubapa yang akan melakukan carian di internet untuk mencari pra-sekolah untuk anak-anak mereka. Kata carian kedua terbanyak adalah mengenai shopping di Vietnam. Yang ni aku tak heran kerana aku dulu pon macam tu juga, sebelum ke Vietnam, memang aku ada buat research dengan membaca pengalaman-pengalaman mereka yang pernah ke sana. Alhamdulillah sekarang aku pula yang memberi tips & panduan. Hampir setiap hari ada sahaja orang yang email kepada aku bertanyakan soalan mengenai Vietnam..Rasa macam kaunter pertanyaan pon ada tapi takpe, aku membantu sekadar yang termampu..So pada sesiapa yang ingin bertanya, jangan tinggalkan komen di blog ini kerana aku memang jarang balas komen tapi emailkan pertanyaan terus ke zailamohamad@yahoo.com


Insya Allah, kalau ada kesempatan aku akan cuba menjawab segala pertanyaan tersebut. Untuk memudahkan korang semua, aku dah buat senarai entri aku yang berkaitan dengan Vietnam di senarai "Segalanya Tentang Shopping Di Vietnam" seperti dalam gambar di bawah :-


Semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan buat mereka yang ingin ke Vietnam. Bye!!

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Selasa, 30 Oktober 2012

Pengkalan Kubur~Tempat Shopping Menarik Di Kelantan

Assalamualaikum,

Aku kalau balik kampung, tak sah kalau tak menjejakkan kaki menghabiskan duit di Pengkalan Kubur ni. Maklumlah, jarak Pengkalan Kubur hanya lebih kurang 20 minit sahaja dari rumah en suami so rugilah kalau tak ke sana kan?? Sampaikan orang jual baju ni kenal muka kami laki bini sebabnya setiapkali balik, mesti singgah kedai dia untuk borong baju anak-anak:) Yang bestnya, sudah tentulah dapat harga murah (tanpa perlu tawar menawar)..Pandai akak tu jaga hati pelanggan dia kan=P

Kalau nak tahu, Pengkalan Kubur ni syurga membeli belah bagi kaum Hawa macam aku ni, mana taknya..macam-macam ada kat sini; pinggan mangkuk, toto, perhiasan rumah, baju-baju & segala macamlah! Cuma selalunya kalau ke sini aku akan menambahkan koleksi pinggan mangkuk di rumah aku..hehe

En suami redho sajork, dah nak buat camne..memang fitrah kaum Hawa macam ni kan:P


Tengok tu; Kami Terima Masterkad VISA..hehe tak cukup duit tunai boleh swipe sajork..hehehe
Meh layan antara gambar-gambar menarik yang sempat di Instagramkan oleh aku..Kali ni pergi berdua je dengan en suami, aman sungguh nak shopping & belek-belek apa yang ada..Anak-anak aku tinggalkan di rumah MIL..Tapi balik tu kasi upah baju selai sorang jadiklah:)


Hah, silalah jamu mata dengan pameran barang emas yang ada ni..Bukan original emas 916 pon ni..emas celop je..


Kalau nak tunggu pakai yang asli entah bilalah tu dapat pakai kan..Beli hak ni dalam ratus-ratus je..ada berani?? Aku tak berani..hehehe


Masuk sini, kena hati-hati..Hati-hati dengan poket, hati-hati dengan kaki tangan, kalau terjatuh..silalah ganti yaaaaaaaaaaaaaa


Nak makan camno kalau bunga timbul macam tu?? Jelas sekali pinggan ini hanya pinggan hiasan semata!


Aku ke sini untuk beli hadiah kahwin kawan en suami..Kami belikan set pinggan mangkuk 38pcs; semua ada! cheap version of Corelle..Corak cantik cuma pinggan agak berat sahaja..Lupa pula jenama apa..tapi rasanya berbaloi dengan harga yang ditawarkan!


Berkenannya dengan bekas air ni..takpe..takpe..tunggu raya tahun depan..hehehe


Lepas beli, SA akan check keadaan pinggan mangkuk tu, kalau pecah diorang akan ganti balik..Nak suruh balut terus pon boleh..senang kerja kami:)

Pada sesiapa yang datang bercuti ke Kelantan, harus jejakkan kaki di sini. Ada orang lebih sukakan Rantau Panjang dari Pengkalan Kubur kerana kata mereka dari segi harga RP lebih murah..Tapi bagi aku; aku suka lagi PK kerana dekat dengan rumah, harga pon tak jauh beza & ada pula kedai fav kami..Senang!

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Selasa, 16 Oktober 2012

Review Hotel Saigon Pink 2 di Vietnam

Assalamu'alaikum,

Lamanya gambar ni terperap dalam draft..Lupa nak share review Hotel Saigon Pink 2 ni..Kali kedua aku ke Vietnam, aku tempah hotel ini melalui Agoda.com. Masa tu aku booking bilik Superior dalam harga RM107.68 (USD33.12) sebab ingat nak pergi berdua dengan kakak aku tapi last-last ada budak office aku nak join juga so masa check in dekat hotel kena tambah USD5 & bilik kami di upgrade ke bilik Deluxe (Tingkat 9)..Dulu masa firts time aku g, aku stay di Than Thu hotel (sebelah je hotel ni) & bilik Deluxe diorang ada 2 katil, toilet ada bath tub segala..Walaupon nampak buruk (dari luar) tapi sekurang-kurangnya lif diorang sampai tingkat 9..Berbeza sangat dengan hotel Saigon Pink 2 ni, indah khabar dari rupa..Kalau sesiapa yang dapat bilik tingkat 9, FYI lif diorang sampai tingkat 8 je & kenalah menapak dengan tangga..Sudahlah kami ni banyak memborong, terkangkang jugalah nak hangkut semua barang tu, seb baiklah ada budak opis aku yang sangat rajin membantu:) Thanks Nini, lepas ni boleh bawa lagi ni:))

By the way, bilik memang nampak cantik..Asalnya hotel ni dah lama sebab kalau tengok kat dalam almari tu macam dah bekulat tapi diorang cat balik luarnya, lantai pon tukar laminated floor, manalah tak nampak moden kan:P


Tapi bolehlah..Salah seorang terpaksa tidur kat bawah..hehehe mak buyong yang offer tidur kat bawah, bangun pagi esoknya sakit kepala sebab bantal kat hotel ni tak selesa..spoil satu hari mood nak shopping!


Belakang tu ada toilet..Honestly toiletnya sangat kecil tapi modern style..Lupa pula nak snap gambar toilet..Masa hari kami pergi tu, hot shower kadang-kadang menjadik kadang-kadang tak menjadik..sejuk menggigil kami mandi malam tu T_____T


TV kecil, peti ais kecik & nak masak air pon susah..Memang ala kadar je hotel ni ghupanya..Ok ni review aku bagi mereka yang nak ke Vietnam & bercadang untuk tinggal di sini :

- Masa aku pergi diorang amat strict sangat tentang check in & check out..Waktu check out adalah pukul 12 tengahari (1 tengahari waktu Malaysia) & dalam pukul 11 pagi diorang dah call ko dah remind supaya check out ON time..Sini takder late check out macam aku buat di hotel Thanh Thu dulu (kena bayar berapa US ntah) Mungkin sebab hotel ni sentiasa fully booked & janganlah datang gamble je nak walk in macam tu, konpem-konpem takde bilik kosong kak oi...So please booking at least seminggu (baik booking awal kot-kot dapat harga murah) sebelum datang yaa anak-anak

- Masa aku datang diorang cakap ada masalah dengan line telepon diorang ke apa so wifi adalah tak dapat digunakan baik di lobi mahupon di dalam bilik pfttttttttt!!!!

- Apa yang bagus adalah receptionist diorang mesra pelanggan gitu..Masa hari kedua lepas je aku check out tapi aku masih nak g membeli barang di dalam pasar so boleh je tinggalkan luggage di bahagian lobi mereka yang sekangkang kera tu & diorang akan tutup dengan tali so keselamatan beg ko adalah terjamin..Lepas tu aku dok lepak buang masa kat area lobi tu sampai petang pon diorang tak marah..Ada sorang makcik dari Malaysia tu selamba masuk duduk dalam lobi sebab nak rasa air cond sedangkan dia bukan stay kat hotel tupon..hikhik Seb baik tak kena halau..so kesimpulan lobi diorang best untuk lepak melainkan ada bau semacam yang aku tak suka

- Hotel betul-betul depan kedai Hajah Basiroh tu so anytime boleh makan nasi..horreyyyyyy!!!

- Breakfast ada disediakan tapi sah-sahlah tak halal so memang takdenya aku nak g makan..Baik makan karipap di kedai Hajah Basiroh tu lagi best:) tapi harga makanan dia..boleh fengsan tau!

Trip kedua aku ke Vietnam takde dah jalan-jalan, pergi 2 hari 1 malam je pon..Aku ni tukang bawa kakak aku je, dia yang shopping beria..Alhamdulillah, lepas je pergi dengan aku, dah pandai pergi sendiri dah..Haritu baru je balik & dengar cerita bulan 12 ni nak pergi lagi..Amboi..amboi..lawan tokei nampak:P

Pada yang dok email tanya next trip ke Vietnam, Insya Allah tahun depan lepas aku pantang & kalau keadaan mengizinkan bolehlah bawa 2,3 orang untuk trip shopping ke Vietnam..Pada yang dok tinggalkan komen bertanyakan harga barang-barang di Vietnam, sila email terus pada aku ya..Bukan semua aku bleh kongsikan di sini..Al maklumlah ramai yang berniaga ambil barangan di Vietnam so takkanlah kita kalau beli barang nak harga sana kan..kesian diorang..

Ada juga yang dok bertanya macamana aku boleh lepas kastam di LCCT & airport Vietnam..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..Sepanjang 2 kali pergi tak pernah sangkut lagi tapi aku tak nafikan memang berdebar gila masa timbang check in di kaunter sebab tak nak lebih muatan..Mahal gilos nak kena bayar dalam USD pulak tu..Banyak pengalaman yang mematangkan aku..Actually masa di LCCT kami dah kena tahan dengan Kastam tapi tulah..rezeki aku agaknya..tak kena cukai walau sesen pon..

Oklah..itu sahaja review aku..Rindu juga dengan Vietnam tapi takpelah..aktiviti berjalan sudah terbantut dek kerana nak bawa perut pon dah tak larat dah..

Pada sesiapa yang nak mulakan bisnes kain cotton Vietnam, pembelian min adalah 10 helai..Boleh PM aku untuk mengetahui harga yang ditawarkan..

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Jumaat, 3 Ogos 2012

Baju Raya~Beli atau Tempah??


Assalamu'alaikum semua!

Puasa tak sampai separuh bulan tapi aku percaya mesti rata-rata dari kaum Hawa dah buat persiapan baju raya kan? Ahaksss..owang fomfuan memang hover!

Macam aku setiap tahun pon beli hak siap je..memang tak pernah tempah sebabnya malas nak cari tukang jahit yang memenuhi citarasa aku..Tahun ni merasa pakai baju gelemer dengan manik-manik sekali lagi..Raya kan sekali setahun so kenalah pakai yang bling-bling gitu:P

Baju raya aku semuanya dibeli di Vietnam. Memang puas hati dengan hasil sulaman maniknyaaa...tema baju raya tahun ini adalah polka dot..ada kelabu & biru..Korang tema warna apa??

Selasa, 10 Julai 2012

Ole-Ole Dari Vietnam

Assalamu'alaikum,

Asyik terlupa je nak kongsikan beberapa barang yang aku beli di Vietnam haritu..Shopping di Vietnam memang heaven! Segala macam benda ada di sana..Meh tengok apa yang aku beli haritu;-


pasu hiasan ni actually diperbuat dari tempurung & kulit telur..silalah percaya..memang kalau jatuh tak akan pecah! tapi haritu sumbing juga dikerjakan Ashraf..


pinggan hiasan..alang-alang dah ada koleksi dari Uzbekistan, mari kita teruskan..eh! macam mak-mak datinlah fulak bunyinya kan..kalau masuk majalah mesti tajuk "Datin Zaila suka mengumpul pinggan hiasan dari negara yang dilawatinya" cewah! sila fengsan ya:P


baju raya Husna dah settle dah! aku beli 2 pasang sekali beli..tak kisahlah tak matching dengan mama pon sebab famili aku mana pernah buat baju raya sepapan kain pon..tapi puas hati sebab manik penuh uolsssss..gelemer mak ngan anak:)


aku belikan juga baju budak Vietnam untuk Husna, kain dia lembut gitu..Husna suka je pakai baju ni


beli kopi untuk en suami..Aku beli di kedai Hajah Basiroh tu..dekat peket ada tertampal simbol halal tau..


siap dapat penapis kopi ni lagi..pastu orang kedai tu ajarlah cara-cara nak bancuh kopi Vietnam tu


Tapi kan..kalau kita buat sendiri konpem tak best tau...haisyyyyy..nak kena g sana lagi rasa ni

Oklah, actually banyak lagi aku beli baju untuk Husna tu, sampaikan Haziq merajuk cakap aku sayangkan HUsna je..haha dah nak buat macamana, kat situ banyak barang orang pompuan je nak..baju orang laki tak banyak pilihan..

Tak sabar nak pergi lagi! bye!

Rabu, 4 Julai 2012

Ikea Sale 5-22 Julai 2012

Assalamu'alaikum,

Wah! Ikea buat Sale lagi!!

Jangan lepaskan peluang untuk pergi sana cuci-cuci mata tau..Bagi aku peminat tegar barangan Ikea ni, tak tahulah sempat ke tak nak pergi sebab kekangan masa & fulus..hehehe

Raya tahun ni tak tahulah macamana persiapannya memandangkan aku dah jadi fully HOME MANAGER *title tak nak kalah tu* so kewangan tak boleh nak jangka lagi..Harapkan gaji & bonus raya en suami jelah..takleh nak bermewah-mewah dengan duit sendiri dah..Tapi takpe, gelang raya dah lama dapat..eh!

So pada sesiapa yang tengah aim nak cantikkan kediaman sempena lebaran ni, bolehlah ke Ikea..

Ni antara barangan yang tengah SALE;-
GRUNDTAL shelf unit RM59, harga asal RM139..murah banyak tuuuuuuuuuuu en suami, tak nak beli ni ke buat display barangan antik kita *antiklah sangat*



BITRADE shelving unit RM245 dari harga RM299

Ada banyak lagi barang yang tengah SALE..so jangan lupa terjah sini dulu cuci-cuci mata:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^