Ini cerita ceriti hari Jumaat yang lepas..Hari ni konfem korang-korang da banyak undangan Open House kan?? Syoknya beraya di bandar ni, sana-sini ada orang buat rumah terbuka. Masa ni jelah kalau dapat bertandang tanpa segan silu kat rumah kawan-kawan mahupun bos, kalau time lain, haruslah malu-malu kerbau kan:P
Ok aku melalut lagi, Jumaat lepas geng-geng floor aku; opis kami ni ada 4 tingkat, Ground floor untuk lobi, meeting room & surau, 1st floor untuk budak-budak engineering, 2nd floor untuk subsidiaries (termasuklah department aku) & 3rd floor untuk para-para Director
yang kaya raya. Dalam banyak-banyak floor, floor akulah hak paling ramai sekali staff & kaum Hawa so berpakatlah kami semua untuk pakat-pakat masak buat potluck haritu. Dapatlah juga sponsor sket dari bos-bos & mula-mula tu ingat tak cukup tapi rupanya punyalah banyak makanan sampai boleh ajak staff-staff dari floor yang lain *berkat hari Jumaat kot*
Meh kita intai sket apa makanan yang ada *kasi korang terliur sket*

ada bihun goreng, nasi impit, kuah kacang, sambal ikan bilis, kuah lodeh, laksa, rendang ayam, ketupat sotong, tembikai, agar-agar laici, koktail & air kiwi..Pergh, berapa kali kami dok ulang makan:P

itu bukan tangan tuan blog yaa

ada rendang ayam hasil air tangan anak dara ni

agar-agar laici pon hasil tangan anak dara *ramai anak dara rajin kat floor aku ni*

ketupat sotong hasil tangan mak dara dari Kelantan *sapelah tu;P*

bihun goreng hasil tangan anak dara cun melecun juga

ni mak dara anak 3 ya fuan-fuan

mak dara diapit anak dara;)

kebetulan haritu ada FAT (Factory Acceptance Test) so adalah serviceman yang turun padang join makan sekali. Seronok dia bila dapat berjumpa dengan ketupat sotong, hilang mengidam katanya!! Sekali makan pulun dalam 3 ekor terus..Walaupun dia ni bukan orang Kelantan tapi tetap suka masakan eksotik ni;P Tapi atas orang ah juga, ada yang boleh terima & ada pula yang sampai panjang anak tekak nak habiskan seekor ketupat sotong!! Hahahaha
Oklah, itu aje gambar yang boleh dikongsi, hak lain aku upload kat facebook je sebab senang nak tag-tag muka-muka femes tu;P
Till then, tatataaaaaaaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan