Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 16 September 2011

Sesi Beraya Di Rumah Pula

Masaklah korang asyik baca entry raya sahaja...Hahaha..Memang konsep "raya kan sebulan" tu memang kena r dengan budaya orang KL ni..Asal weekend je penuh undangan untuk makan-makan. Tahun ni aku tak bercadang pun untuk buat rumah terbuka memandangkan aku nak juga merasa bertandang ke rumah kawan-kawan kan, tapi dalam pada tak nak buat tu..ada je orang yang nak datang beraya di rumah aku..

Ahad yang lepas, adalah segorombolan budak-budak opis aku datang..Hehehe..Seb baik diorang call dulu cakap nak datang beraya so sempatlah aku sediakan nasi hujan panas untuk santapan mereka:P Tapi kan, memula tu yang plan nak datang tu beberapa orang sahaja tapi aku dah tahu diorang ni selalu suka terjah segerombolan so aku saje jelah lebihkan lauk in case bertambah tetamu yang datang kan..

Memang konfem pon ada tetamu yang tak dijemput:P Eh, tapi aku suka aje..sekal harung kan diorang datang..Suka bila tengok rumah kecilku ni penuh dengan tetamu. Sampai ke tangga pun ada!! Salah satu sebab aku tak nak buat Open House adalah sebab nilah, sian pada tetamu yang datang takde tempat nak duduk..Hehehe..Nak tempah kanopi plak macam beria sangat so buatlah ala kadar sekadar yang termampu..Hehehehe:P

Skemanyolah ayat-ayat aku di atas tu..Huhuhu..Aku memang tak pandailah nak karang ayat so mehlah kita melayan aje gambar-gambar buat tatapan mata korang sumer..Percayalah nasi hujan panas tu tak segempar namanya pon & aku hanya start masak pada pukul 12 tengahari sebab en suami keluar lama sangat membeli belah di Econsave..Ramai orang katanya..Dapat je barang basah, keletung keletang aku masak sampaikan rasa pun kedebom ikut suka aku je nak taruk berapa cupak garam gula..Hahahaha..Naseblah korang yang merasa ya:P

Antara first batch yang sampai;- geng anak dara & sorang je teruna..Hehehe..Tak sangka plak si bujang Nujaid pun nak ikut sekali..Huhuhuhu..Penuh 1 meja tu, berhimpit-himpit lak tu..Al maklumler, dining tableku kan kecik..kuikuikui
sambil makan pon sempat posing lagi ya:P
second batch sampai; Kak Linda ni walau datang tanpa suami tapi bawa anak-anak..ada 5 orang semuanya..mana tak riuh rumah aku..Si kecil Ashraf jadik mangsa mainan anak-anak Kak Linda, hehehe kempunan nak adik kecillah diorang tu:P
Haziq p bantai tido atas sofa tu, orang bising macam nak pecah rumah pon dia boleh tak sedarkan diri..Husna pula dalam proses nak sesuaikan diri dengan kehadiran tetamu...Rumah aku ni asyik bertukar-tukar je posisi sofa..Al maklumler tengok mood tuan tanah juga..
terpaksalah Kak Linda jadi pengasuh sementara nak menunggu giliran untu makan..kuikuikui
3rd batch yang datang tema purple..bercouple-couple pula diorang ya;P
4th batch Kak Ina & famili aku ajak melalui sms..hehehe Anak sulungnya si Aiman tu best fren Haziq so memang sukalah bila dapat tahu yang nak datang rumah Haziq..kan memula Haziq tido so bila kejut cakap Aiman datang, terus semangat kawan tu bangun & main tanpa moody pon walau tak cukup tido..hehehe
Faizal datang bawak isteri (kanan baju purple) & si Fazleney pun datang bawak tunang..amboi..amboi kamuuuu..kan aku cakap, bercouple-couple diorang datang:P
Tengok si Faizal tu sampai berubah tempat duduk..Amboi, sedap sangat ke aku masak sampai orang lain dah puas makan ko tak puas-puas lagi?? muahahahahahaha..Leney plak nak jadi duta pinggan baru aku ke??
hak anak dara 2 orang ni tak nak makan..diet ke hape??
amboi, pantang orang ambil gambar
penuhlah sekejap rumah aku tu..minta maaflah kalau ada terkurang ke apa..maklumlah..tak sangka pula ramai yang nak datang kan..
bukti si Faizal ni makan banyak..muahahahaha..orang lain dah lama siap, dia dok makan lagi
Ashraf tukar baju selepas memberak, pandai ya korang..asal Ashraf berak je sume pakat pass kasik aku..bila dah elok pakai baju segala, korang berebut nak gomol yaaaa......
tangan aku memang ada penyakit Parkinson sket, bergegar-gegar:P
lepas tu diorang serbu 2 buah rumah lagi..Hahahaha..pandai ye korang gerak ramai-ramai..Pendek kata, haritu selamatlah duit makan diorang tu..Keluar beraya dari pagi sampailah ke petang..Kalau diorang tak datang haritu, haruslah aku join sekali..muahahahaha
Apa-apa pun, aku suka je bila tetamu datang ke rumah..Ada terasa sedikit keberkatan gitu..Seb baiklah aku masak ngam-ngam sampai petang. Adalah sefamili lagi datang & malam tu dek kerana penat aku tinggalkan aje saki baki makanan atas meja. Esoknya aku kena bergegas balik Kelantan atas urusan kerja & bila balik sini balik, nasi hujan panas aku dah bertukar jadi tapai dah..Hehehe..Punyalah en suami takdan nak kemas rumah..hahahaha

Baru dia tahu macamana rasanya bekerja & balik rumah nak handle 3 orang anak lagi..Ops, aku tak nak cerita lebih-lebih, ni next entry pula yaa..Apa-apa pon, insha Allah aku nak buat juga makan-makan buat kawan-kawan blogger cuma masanya belum ditetapkan lagi..Dah ramai sangat yang request nak makan nasi kerabu, haruslah aku membuatnya kan tapi sedap ke tak tu..aku tak tahu:P

Oklah..selamat bercuti uolsssss

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^