Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 6 Oktober 2011

Sofa Kulit Atau Fabrik? Mana Yang Lebih Baik??

Photobucket
gambar hiasan : kunjungi Carrefour Bukit Rimau sebab sekarang ni ada jualan penghabisan stok dari Fella Design (tahun lepas pernah buat juga, boleh baca entri ini)

Actually rentetan dari entry semalam (seharian di IKEA), hehehe..sebenarnya aku ni dalam misi mencari sofa untuk ruang tamu kami yang sekangkang tu..Bagi kami yang tak berapa nak banyak $$, of courselah jalan sana jalan sini keluar merata-rata untuk menyurvey pilihan yang ada kan..Lagipon aku suka aje;-)

Herm, kali ni hajat di hati nak beli yang 3 seater aje & tak nak dah yang berset (2+3+1) bagai sebab memikirkan keadaan ruang rumah kami yang terhad ni..Kalau rumah aku luas & besar, konpem aku beli berset-set dah letak kat situ:P Walaupun nak beli 3 seater aje pon dah buat aku pening..Hehehe..Yerlah, nak beli sofa fabrik ke kulit?? Banyak faktor yang aku kena konsider so moh kita sama-sama kongsi!!

Sofa Kulit :-
- Sebut je kulit, konfermlah terbayang harga yang..(sila isi sendiri ruang kosong ni) aku boleh jamin paling murah pon RM2k ke atas..Ada orang sanggup berhabis untuk membeli sofa kulit kerana kualiti yang ditawarkan..Nak-nak dari jenama import seperti Lorenzo, Harvey Norman & banyak lagilah..Kalau nak murah sikit, boleh cari di kedai-kedai perabut yang menjual sofa kulit tapi buatan Malaysia punya..tapi harga pun masih cecah ribuan ringgitlah juga..Aku rasa kalau sofa kulit ni senang nak jaga especially bagi mereka yang ada anak kecil..Kalau susu tumpah ke apa senang nak lap & penjagaan pun tak rumit especially kalau kita pilih kaler hitam;P
- Tapi perlu diingat juga, bagi mereka yang ada membela hantu raya kucing, haruslah berjaga-jaga sebab kalaulah kucing-kucing anda mencakar sofa kulit ni..haruslah keluar air mata darah T____T' so pastikan sebelum membeli tu, kedai ada cakap yang sebarang kerosakan pada material kulit akan diganti or else..menangislah kamu!!

Sofa Fabrik :-
- Sofa fabrik ni harganya pun boleh tahan juga tapi depends on kedai jugalah kan..Kalau pergi kedai perabut Ah Keong (nama samaran), range harga boleh start dari RM300 hingga cecah ribuan ringgit. Kalau nak yang jenama & class sket, pergilah ke Fella Design ke, Macy ke Harvey Norman pun ada..tepuk dada tanya poket sahaja;P
- Kalau nak beli sofa fabrik tu, carilah yang jenis boleh dibasuh sebab kalau kotor kita boleh buka & cuci..Kalau jenis tak boleh cuci tu pastikan ambil hak kaler gelap-gelap untuk mengelakkan mudah nampak segala kekotaran yang ada;P Tapi boleh juga letakkan kain throw sebagai hiasan merangkap penyelamat supaya sofa tidak mudah kotor

contoh sofa yang dilitupi kain throw/blanket

Herm..Mana satu pilihan korang ya???

4 ulasan:

Tie HT berkata...

sofa fabrik pn ok, tp beli yg boleh buka dan basuh..then boleh order sarung yg baru..penah beli di kedai furniture..diorang ada jahit utk sarung baru..tinggal order je :)

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

lynn beli sofa kulit - warna hitam
2+3 seater harga rm1700

bukan sintetik..bukan pvc..mmg full leather..rezeki kami agaknya sbb kedai tuh tgk wat sales giler babas..kedainya di blkg tesco puchong..

bg lynn yg ada anak kecik & x berapa nak rajin mmg opt utk sofa kulit..x kuasa nak beli sofa fabrik..sbb dah puas pakai fabrik masa tuh..jenuh nak cuci..pakai throw rasa mcm menyemak pulak mata serebeh2 jek...

so vote utk leather sofa..

hehehehe..

Lily@MamaZaraZareef berkata...

kat umah skang pakai fabrik sbb tk mampu beli leather lagi..lagipon time beli tuh mmg target nk sofa yg ada kusyen2 besar tu sng kalau ramai org datang leh tros jadikkan bantal..agagaga..apepon, harap dpt tukar sofa leather jugak one day..senang klu ada budak kecik kt umah..=p

maya amir berkata...

umah aku skang fabrik..tapi terpikir lps ni nak beli leather sbb mls nak membasuh fabrik..*ntah bile laa tuh*..hehehe...

p/s : tq for the wishes & doa zaila:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^