Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 5 Oktober 2011

Seharian Di IKEA

Macam entry-entry yang lepas, kalau korang korek baca, mesti akan dapat tahu yang aku ni penggemar barangan IKEA. Bagi aku produk IKEA ni sangat praktikal bagi mereka yang tinggal di rumah kecil yang ruangnya terhad gitu..Sudahlah barangnya comel-comel pastu sesuai untuk semua golongan plak tu. Tak semua barangan IKEA mahal & tak semua barangan IKEA tak elok..Bukan apa, ada setengah orang berpendapat yang barangan IKea ni mahal tak padan dengan kualiti..Bagi aku, semua produk pun macam tu & kita pun sebelum buat pembelian tu kenalah konsider banyak benda kan..Jangan main beli je then bila rasa tak elok terus salahkan jenama tersebut..Eh apa aku melalut ni?? Ok, back to cerita..

Macam biasalah aku..dah lama tak pergi Ikea mulalah menggedix ajak en suami pergi..Tak beli apa pon takpe janji dapat melepas hajat:P *macam ber@k aje bunyinya kan*
Photobucket
Haziq & Husna memang suka kalau datang sini..selalunya diorang berebut nak ambil kertas & pensel Ikea tu:P


Photobucket
Tapi kunjungan kali ni banyak ruang dah ditutup sementara sebab renovation sedang dijalankan..Al maklumler, katalog 2012 kan dah keluar so haruslah hiasan pun ikut tema tahun depan kan..Tak sabar nak g tengok showroom baru..Korang dah dapat katalog 2012 Ikea?? aku dah dapat;-) *boleh ambil kat kaunter customer service secara percuma*
Photobucket
Actually dalam pada jalan-jalan cuci mata padahal nak g ambil katalog baru aku ada juga misi yang nak dicari..tapi later-laterlah citer..bukan gempak pon:P Sempatlah duduk feeling-feeling atas sofa Ikea yang hempuk lagi gulp *telan air liur* faham-faham sendirilah ya..hikhikhik

Bagi aku, dalam Ikea ni memang ada banyak sangat pilihan perabut untuk dipilih, cuma nak kena tepuk dada tanya poket sahaja..Cuma aku nak tanya, ada tak sesiapa yang pernah beli sofa kat Ikea ni?? Boleh share tak pengalaman korang?? Puas hati tak dengan mutu serta harga yang ditawarkan??
Photobucket
Aku berkenan kabinet ni..cadangnya nak bina sebijik macam ni untuk tutup tangga rumah kami nanti..En suami suh ambik gambar kasi tunjuk kat kontraktor tapi..entah bilalah tu ya?? Takpe, kita beranganlah dulu:P
Photobucket
Aku suka tengok idea hiasan dalaman dari Ikea sebab very modern style & kalau kena gaya, ruang yang sempit pon boleh nampak luas & penstoran yang cukup bagus boleh buat rumah nampak kemas aje
Photobucket
Cadang *sebenarnya lebih pada koyal* nak beli lampu besar macam kat atas ni nak gantung di ruang tangga
Photobucket
Ni gambar snap depan surau..Kalau nak tahu Ikea ni datangnya dari Sweeden..Lepas solat perut berbunyi terus terjah food court Ikea yang aku rasa memang tak pernah tak ada manusia..ya ampuuuuun ramainya manusiaaaa *habis ko bukan manusia juga??hehehe* sampaikan kena tunggu meja dek kerana takde meja kosong..
Photobucket
Aku memang penggemar salmon so aku makan Poached Salmon RM13.67 (after gov tax)
Photobucket
belikan chicken wing RM9.54/5 pcs untuk anak-anak & mak anak ratah:P
Photobucket
dan juga Daim cake RM5.51..Rasanya?? macam gula-gula Daimlah juga..Tak lupa juga aku sempatlah merasa the famous meatball Ikea yang rasanya...bagi aku biasa-biasa aje..gambar tak letak sebab takut ada yang telan air liur karang;P

Apa yang paling best adalah air soft drink kat food court Ikea ni kita boleh refill selalu..seronoklah Haziq sebab dapat minum air "gas", dua tiga empat lima nam kali rasanya duk g refill..Aku just minum hot coffee je, seb baik tak ambil ekspresso sebab kalau ekspresso takleh refill..tapi kan..kalau kita refill pon, dia tahu ke?? Hehehehe

Lepas tu sambung cuci mata lagi & adalah terembat dua tiga barang..Keluar je terus nampak kaunter ais krim & hot dog so apa lagi, anak-anak aku meroyanlah nak makan ais krim..Layankan aje diorang ni..bukan selalu datang Ikea ni:P
Photobucket
kalau kat sini tak dikenakan gov tax & harga pon murah;- RM1 untuk ais krim, RM2 untuk hotdog..
Photobucket
tengoklah..ramainya manusia..huhuhuhu..kalau tak nak bersesak-sesak..pergilah time weekdays ya;)

Lepas je habis makan ais krim, aku terus balik..Anak-anak terbungkang keletihan dalam kereta..Sesekali syok juga ke Ikea ni..kalau selalu..boleh kopakskan poket juga..Hahahaaa

9 ulasan:

kasihredha berkata...

akak pun suka ikea
kita serupa :))

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhhhhh bestnya berjalan di IKEA .. nice ler kabinet tue .. bagus idea nak tutup tangga tue zai ;-)

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

dah lama x masuk ikea..lalu je...

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

nih pun tgh meroyan jugak kat hubby nk g ikea..nak amik katalog..

wah intai sofa ikea ke?

like 1000x

Tie HT berkata...

semua cantik2 brg2 ikea ni..
I like chiken wing :)

Tie HT berkata...

semua cantik2 brg2 ikea ni..
I like chiken wing :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

lameeeeeee sgt tk pi ikea..kurang pergi sbb malas nk sesak2..leh gitu?hehehehe..tp teringin sgt nk rasa ikea meatball ngan kek daim yg org kata sedap sgt tuh..mcm jakun sgt tak pernah makan kan..huhuhuhu

Lily@MamaZaraZareef berkata...

lameeeeeee sgt tk pi ikea..kurang pergi sbb malas nk sesak2..leh gitu?hehehehe..tp teringin sgt nk rasa ikea meatball ngan kek daim yg org kata sedap sgt tuh..mcm jakun sgt tak pernah makan kan..huhuhuhu

YANI SLiM berkata...

Salam perkenalan & nice blog you have :)

I'm Yani an online exclusive franchisor for Bios Life.

We hv good news for those who wanted to lose weight!

Bios Life Slim the revolutionary slimming drink from USA can help you to get your ideal weight without dieting, liposuction and corset!

Join 90 days get slim challenge with Bios Life Slim with "Happy Life Project". Get ur family members n frens to join us too!

For more info, pls view snowiffy blogspot and add me on fb : haryani hamdan. I'm looking for business partner among bloggers in Malaysia who wish to generate extra income.

Pls add me in fb to view the testimonies album of Bios Life Slim happy users :)

Call/pm/email me if you wish to know more abt the product & business.

thank you.

Yani
0122048141
yanihamdan@gmail.com

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^